Fabregas Jelaskan Bagaimana Arsenal Diubah Arteta Hingga Menjadi Hebat

Cesc Fabregas telah menjelaskan bagaimana Arsenal telah diubah oleh Mikel Arteta sehingga menjadi hebat seperti hari ini dan apa yang dilakukan bekas rakan sepasukannya itu nyata membuatkan dia kagum.

Arsenal telah mencipta kejutan di Premier League musim ini apabila terus memacu puncak liga sejak awal dan hanya turun untuk tempoh beberapa jam sahaja sebelum kembali gayat.

Setakat ini Mikel Arteta berjaya menutup mulut pengkritik yang menyatakan situasi Arsenal itu hanya sementara dan akan ke bawah kembali pada pertengahan musim.

Memasuki pertengahan musim Arsenal masih di atas dengan kelebihan lima mata dan mampu menjarakkan kepada lapan mata kerana kurang satu perlawanan.

Selepas tersingkir dari semua kejohanan domestik, fokus Arsenal kini hanya pada Premier League dan juga Europa League yang tidak memadatkan sangat jadual perlawanan mereka.

Cesc Fabregas sempat turun sendiri meninjau keadaan di pusat latihan Arsenal dalam satu lawatan sambil belajar dan bekas pemain Arsenal itu benar benar kagum dengan apa yang dilakukan Mikel Arteta di kelab tersebut.

Fabregas berkongsi pengalamannya ketika melawat tempat lamanya, dia sangat kagum dengan cara Arteta Bukan sahaja mengubah gaya permainan Arsenal, Arteta malah mengubah mentaliti dalam kelab itu sendiri termasuk motivasi yang luar biasa pada diri pemain.

Selain itu Arteta juga telah membantu kelab agar meningkatkan dan memodenkan tahap fasiliti di kompleks latihan mereka yang penting untuk kelab meningkatkan prestasi pemain.

Sebagai bekas pemain Arsenal, Fabregas merasakan perubahan yang sangat ketara dan merasakan seperti tidak pernah ada di sana dan seperti itulah pertama kali dia ke Arsenal.

Cesc Fabregas yang melihat segalanya serba serbi berubah di pusat latihan berbanding ketika dia meninggalkan kelab itu pada 2011. Fabregas berkata:

“Saya sangat bertuah kerana sempat berada di pusat latihan Arsenal baru baru ini. Saya terasa seperti tidak pernah berada di sana.”

“Pengurus pusat latihan memberitahu saya bahawa, 95% perubahan yang ada di pusat latihan tersebut adalah perubahan yang dilakukan Arteta yang mengubah segalanya.”

Dan ketika diitanya, apa yang dia maksudkan dengan Mikel Arteta telah mengubah segala-segalanya di Arsenal, Fabregas menjawab:

“Ya semua perkara dia ubah. Dia mengubah persepsi kelab itu dalam beberapa tahun ini, banyak mesej positif di sekitar pusat latihan, fasiliti lebih besar, kelengkapan lebih baik, padang lebih baik, kamu sebut sahaja, semuanya lebih baik.”

“Saya rasa, di pintu masuk pun ada simbol trofi Liga Perdana Inggeris yang dibiarkan kosong, di mana dia mahu mesej itu sampai kepada semua orang: ‘Gais, kita harus meletakkan trofi di situ’.”

“Jadi, setiap hari pemain pergi ke pusat latihan, mereka akan melihat trofi EPL tu kosong dan cuma simbol.”

Bagi Fabregas bukan setakat fasiliti pusat latihan sahaja berubah suasana dan susun atur sekitar pusat latihan juga diterapkan dengan unsur motivasi seperti di pintu masuk.

“Itulah mesej yang mahu dia sampaikan kepada pemain atau inspirasi kepada pemain setiap hari agar mereka membuktikan bahawa mereka benar benar mahu meletakkan trofi EPL di situ.”

“Saya rasa dia telah mengubah mentaliti kelab ini sejak Arsene Wenger meninggalkan kelab ini. Apa yang dia telah lakukan sangat luar biasa.”

Kata-kata Fabregas itu dapat dibuktikan dengan aksi mereka di padang di mana Arteta seperti berjaya mengembalikan Arsenal seperti zaman kegemilangan bersama Arsene Wenger.

Kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Manchester United minggu lalu juga mengembalikan memori lama apabila telah dinobatkan sebagai perlawanan klasik dan antara permainan terbaik musim ini.

BACA:  Arsenal Mahu Dapatkan Bintang Liverpool Yang Kini Sering Diketepikan