Fabregas Tidak Mahu Maafkan Costa Kerana Mempersiakan Assist Terbaiknya

Cesc Fabregas merupakan salah seorang pemain bola sepak terhebat yang pernah dilihat dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau adalah pemain yang memiliki keupayaan luar biasa dari segi hantarannya. Tidak kira hantaran panjang, pendek, rendah dan tinggi.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu telah mencatatkan banyak assist yang cantik dan diingati sehingga kini sepanjang kariernya.

Fabregas sentiasa memiliki visi permainan yang luar biasa ketika beraksi di atas padang. Sepanjang kariernya dalam saingan Liga Perdana, beliau telah beraksi sebanyak 350 perlawanan untuk pasukan Arsenal dan Chelsea.

Sepanjang karier beliau dalam saingan premier league, Fabregas berjaya mencatatkan 111 assist, lalu meletakannya dikedudukan kedua terbanyak di belakang Ryan Giggs.

Namun dalam 111 rekod assist yang beliau cipta, Fabregas memilih assist beliau yang tak pernah wujud sebagai yang terbaik dalam kariernya.

Baru-baru ini, beliau mengadakan sesi soal jawab bersama peminatnya di laman Twitter rasmi milik Chelsea.

Dalam sesi soal jawab itu, Cesc Fabregas ditanya tentang assist manakah yang dirasakan terbaik pernah dilakukan sepanjang kariernya.

“Hantaran half volley yang dilakukan untuk Diego Costa ketika bertemu Swansea tetapi dipersiakan olehnya. Saya tidak akan maafkan dia untuk kesalahan itu.”

Jawab Fabregas.

Ketika dalam perlawanan bertemu Swansea itu, Fabregas melakukan satu hantaran pancungan yang kemas mengatasi pertahanan lawan.

Namun sayangnya hantaran secantik itu telah dipersia-siakan oleh Diego Costa. Kerana itu lah Fabregas sangat marah kepada rakan senegaranya itu.

Assist yang sepatutnya menjadi salah satu hasil tercantik dalam kariernya sebaliknya tidak mendatangkan apa-apa makna.

Diego Costa sememangnya dikenali dengan ketajamannya ketika berada di hadapan gol. Tetapi tidak tahu mengapa pada hari itu beliau gagal untuk menyempurnakan peluang keemasan itu.

Jika ada yang masih belum menonton atau terlupa assist yang dimaksudkan oleh Fabregas, boleh tonton video di bawah:

Hantaran yang cantik, kemas, tepat, padat dan padu. Kawalan bola juga sempurna dan tidak lari daripada kawalan.

Sebenarnya Fabregas dan Costa memiliki keserasian yang luar biasa. Gandingan mereka berdua di atas padang sangat baik sekali.

Fabregas antara yang memahami kemahuan Costa dalam taktikal menyerang, beliau boleh membaca gerakkan dan visi Costa, beliau juga akan menghantar bola yang memudahkan untuk diterima oleh Costa.

Fabregas kini sedang beraksi untuk pasukan AS Monaco dalam saingan Ligue 1 selepas meninggalkan skuad the blues.

Beliau juga merupakan salah seorang pemain yang beraksi dalam generasi emas untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

BACA:  Fabregas Kalah Bet Kena Hadiahkan Caballero Sebuah Range Rover