Fabrizio Romano: Board Man Utd Harap Kelab Sudah Dijual Menjelang musim panas’

romano manchester united

Fabrizio Romano telah melaporkan bahawa Lembaga Pengarah (Board) Manchester United kini berharap penjualan dan pengambilalihan kelab akan selesai menjelang musim panas ini.

Tempoh pengambilalihan ini penting untuk terjadi sejurus musim tamat kerana ia akan sangat membantu di jendela perpindahan dan akan membawa impak kepada lanjutan kontrak pemain yang hampir tamat.

Keluarga Glazer menguasai Red Devils apabila perjanjian £790 juta dicapai untuk memperoleh lebih daripada 70 peratus aset kelab itu pada 2005, tetapi perubahan pemilikan nampaknya tidak lama lagi akan terjadi.

Dari penilaian dari pakar telah meletakkan nilai Manchester United pada harga £3.6 bilion (RM19.11 bilion) dan keluarga Glazer pula sebelum ini dilaporkan bersedia melepaskan United pada harga $6 bilion (RM31.86 bilion).

Harga yang diletakkan Glazer itu adalah logik jika dilihat Chelsea telah dilepas oleh Roman Abramovic kepada konsortium yang diketua oleh Tood Boehly pada harga £4.25 bilion pada tahun lalu.

Menurut laparon The Times, Orang Kaya Inggeris yang merupakan Setan Merah Sejati, Sir Jim Ratcliffe secara rasmi menyertai perlumbaan untuk mengambilalih Manchester United dari tangan Glazers.

Laporan itu mencadangkan terdapat mesyuarat penting berhubung cadangan pembeian di London minggu ini dan jurucakap dari Ineos, syarikat petrokimia Ratcliffe, telah mengesahkan minat untuk berada dalam perlumbaan pemgambilalihan secara rasmi.

Manchester United juga telah menerima minat serius dari Timur Tengah, Asia dan Amerika Syarikat dan keluarga Glazer bersedia untuk menjemput bidaan rasmi pada tarikh akhir pertengahan Februari.

Ia berlaku selepas pemilik dari Amerika Syarikat mengumumkan pada November bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menjual Red Devils kerana mereka ‘meneroka alternatif strategik’.

Sir Jim Ratcliffe juga ingin membeli Manchester United tahun lalu, tetapi diberitahu bahawa Glazers tidak berminat untuk meninggalkan kelab itu pada peringkat itu.

Fabrizio Romano telah memberitahu GMS bahawa dia boleh memahami hierarki Manchester United kini mahu pengambilalihan dilakukan sebelum musim panas bagi membolehkan pengambilalihan ini tidak menjejaskan perancangan kelab.

Wartawan Itali itu merasakan pemergian jika Keluarga Glazer bersambus sebelum musim mencapai kemuncaknya akan membolehkan Red Devils membuat perancangan sebelum jendela perpindahan.

Fabrizio Romano juga percaya perubahan pemilikan mungkin mempunyai kesan apabila ia datang untuk membuka rundingan mengenai tawaran baharu dengan bintang semasa seperti Marcus Rashford dan David De Gea.

Dia memberitahu GMS:

“Adalah penting bagi semua orang dalam lembaga pengarah dan kakitangan berharap segala-galanya dapat diselesaikan sebelum musim panas untuk bersedia untuk jendela perpindahan musim panas dan mungkin membantu dengan lanjutan kontrak.”

Pelan perpindahan pemain Manchester United bagi musim panas sudah pun ada di mana mereka meletakkan keutamaan untuk mendapatkan seorang penyerang tulen dan Harry Kane antara pilihan dalam senarai teratas.

Menurut Reuters, anggaran daripada penganalisis telah meletakkan nilai Manchester United lebih daripada £3.6 bilion dan bola sepak adalah antara sasaran pelaburan jangka masa panjang selain teknologi kerana nilai komersil yang mesra pelabur.

Laporan itu mencadangkan bahawa jumlah itu boleh membebankan Ratcliffe selepas dia juga gagal dalam percubaan untuk membeli Chelsea sebelum konsortium yang diketuai oleh Todd Boehly menyelesaikan pengambilalihan bernilai £4.25billion tahun lepas.

Pada bulan Oktober, telah didedahkan bahawa Manchester United hanya akan bertukar tangan jika tawaran bernilai melebihi £9 bilion bukannya £6 bilion diletakkan di atas meja, dengan angka itu menjadikan Red Devils pasukan sukan paling berharga di dunia.

Jika dilihat kepada angka ini mungkin pelabur dari Timur Tengah tiada masalah untuk meletakkan duit di atas meja terutamanya pelabur dari Qatar yang mempunyai dana pelaburan $450 juta untuk dibiakkan.

BACA:  Solskjaer: Kami Yakin Mampu Tewaskan PSG Walaupun Ketinggalan 2-0