Fabrizio Romano Dedah Berapa Sebenarnya Liverpool Dapat Hasil Penjualan Minamino

Takumi Minamino dijangka akan menyertai AS Monaco dalam tempoh beberapa hari lagi, seterusnya mengakhiri karier pendek beliau bersama Liverpool.

Manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano telah mengesahkan tentang berapa sebenarnya jumlah yang Liverpool terima hasil penjualan bintang Jepun itu.

Laporan dari pelbagai media mengesahkan yang Liverpool akan menerima £17.7 juta hasil penjualan bekas bintang Red Bull Salzburg itu.

Walau bagaimanapun angka sebenar yang Liverpool akan terima jauh berbeza dari apa yang dinyatakan dalam laporan kebanyakan media.

Romano menulis yang Liverpool akan menerima €15 juta dan tambahan €3 juta bonus, seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan £15.4 juta.

Ia jelas sekali satu perniagaan yang sangat bijak dari Liverpool memandangkan mereka hanya mengeluarkan dana bernilai £7.25 juta pada tahun 2019 yang lalu.

Oleh yang demikian, Liverpool secara tak langsung telah berjaya menjana keuntungan berganda hasil penjualan Takumi Minamino kepada Monaco.

Sepertinya Liverpool pada ketika ini tidak ada perancangan untuk mencari pemain pengganti kepada bintang berusia 27 tahun itu.

Minamino walau bagaimanapun berjaya menjadi pemain terpenting Liverpool dalam aksi saingan Cup competition pada musim lalu.

Beliau berjaya menjaringkan gol-gol penting yang membantu Liverpool untuk menjuarai saingan Carabao Cup dan FA Cup.

Minamino merasakan yang sekarang adalah masa yang tepat untuk beliau meninggalkan Liverpool dan menyertai kelab lain.

Minamino tidak pernah berjaya untuk mengukuhkan dirinya sebagai nadi utama Liverpool, dan ramai sebenarnya yang terkejut melihat beliau kembali sertai kelab selepas menghabiskan waktu beraksi bersama Southampton sebagai pemain pinjaman.

Para peminat pada awalnya merasakan yang Minamino akan terus meninggalkan kelab selepas cemerlang beraksi sebagai pemain pinjaman musim lalu.

Walau bagaimanapun, Liverpool tetap memanggil beliau Kembali ke Anfield dan membaberikan minit permainan kepadanya sepanjang musim ini.

Monaco bukanlah satu-satunya pasukan yang berminat mahu mendapatkan khidmat bintang Jepun itu dengan beberapa pasukan dari Premier League sendiri turut berhasrat mahu menandatanganinya.

Leeds United dan Wolverhampton Wanderers merupakan antara pasukan yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Takumi Minamino pada jendela perpindahan musim panas ini, sebelum beliau akhirnya memilih Monaco.

Liverpool sememangnya antara pasukan yang bijak mendapatkan pemain dengan harga murah dan menjual mereka dengan harga yang tinggi.

Andy Robertson antara pemain berkualiti dan berprofil tinggi yang berjaya Liverpool tandatangani dengan harga yang sangat rendah.

Paul Merson sendiri turut terkejut mendengar berapa yuran perpindahan yang Liverpool bayar untuk dapatkan ketua pasukan kebangsaan Scotland itu.

Paul Merson terkejut Liverpool beli Robertson dengan harga £8 juta

Legenda Arsenal, Paul Merson telah mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat berminat dengan pemain back kiri Liverpool, Andy Robertson.

Merson juga turut menjelaskan yang beliau sebenarnya sangat terkejut untuk mengetahui yang Liverpool membeli Robertson hanya dengan nilai £8 juta sahaja.

Andy Robertson merupakan antara pemain terawal yang Jurgen Klopp tandatangani di Anfield dengan beliau membeli bintang Scotland itu dari Hull City pada tahun 2017 yang lalu.

Bercakap kepada SportsKeeda, Paul Merson mengucapkan kepada scouting team Liverpool kerana berjaya menemui pemain berkualiti seperti Robertson.

Beliau percaya bakat seperti Robertson sebenarnya antara bakat yang sukar untuk ditemui dalam dunia bola sepak hari ini dan Liverpool bertuah kerana berjaya mendapatkan khidmatnya.

Beliau mengagumi usaha Liverpool yang tidak perlu berjalan terlalu jauh hingga ke Brazil semata-mata untuk mencari bakat hebat, dan menemui pemain seperti Robertson di depan mata sahaja.

Paul Merson kemudiannya menganggap Andy Robertson sebagai pembelian yang sungguh luar biasa menakjubkan dari Liverpool.

Beliau menganggap nilai £8 juta yang Liverpool belanjakan sebenarnya terlalu rendah dan kelab Merseyside itu berjaya mendapatkan pulangan yang sangat lumayan.

Bintang Scotland itu telah melalui karier yang sungguh luar biasa dasyat di Anfield, dengan Robertson telah membuat 224 penampilan dan terlibat dengan 112 gol sepanjang kariernya bersama Liverpool.

Ia merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa dasyat untuk seorang pemain left back dan diakui bakat seperti Robertson sememangnya sukar untuk ditemui.

Para penyokong Liverpool sangat berharap agar rakan senegara Robertson, Calvin Ramsay yang juga penandatanganan terbaru Liverpool, akan mampu mengecapi kejayaan yang hebat di Anfield.

Pemain berusia 18 tahun itu dianggap antara bakat paling berpotensi dalam dunia bola sepak hari ini, dengan beliau telah membuat 28 penampilan dalam karier profesionalnya.

Beliau selepas ini bakal menjadi back up kepada Trent Alexander Arnold di Anfield dan jelas sekali Jurgen Klopp sedang mempersiapkan skuad masa depan yang sungguh mengagumkan.

Ramsay boleh dianggap sebagai pemain pertama yang ditandatangani untuk menjadi back up kepada Trent Alexander Arnold sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Sejak pemergian Nathaniel Clyne pada Jun 2020 yang lalu, Alexander Arnold sepertinya tidak mempunyai back up dan posisi beliau juga sepertinya tidak tercabar.

Pemain seperti James Milner dan Joe Gomez sering di bawa masuk untuk menjadi pengganti Trent Alexander Arnold andai beliau terpaksa dikeluarkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Liverpool Dianggap Tak Ada Semangat Kesukanan Kerana Tetap Bermain Walau Ada Pemain Tumbang