Facebook Bakal Menyiarkan Debut Ronaldo Bersama Juventus Secara Langsung

Berita baik bagi penduduk United Kingdom yang menanti debut Cristiano Ronaldo bersama Juventus apabila Facebook bakal menyiarankan perlawanan itu secara langsung di laman muka buku ini.

Siaran langsung itu akan di buat melalui muka surat Facebook Eleven Sports dan hanya untuk tontonan penduduk UK sahaja. Kalau ada penduduk UK baca artikel ini dan faham maka untungla bossku.

Debua Ronaldo di Serie A akan menemukan Juventus menentang Chievo Verona dan dipancarkan secara percuma pada 18 Ogos dan merupakan minggu pembukaan Liga Italy.

Eleven Sports yang memegang hak penyiaran Serie A dan La Liga kini bersedia untuk musim baru dengan membuat perjanjian dengan laman media sosial terbesar dunia ini untuk menyiarkan satu perlawanan setiap minggu secara percuma di Facebook.

Kempen La Liga bermula pada jumaat ini 17 Ogos 2018 dengan siaran langsung pertama perlawanan diantara Girona menentang Real Valladolid.

Pengarah Urusan kumpulan Eleven Sports menyatakan bahawa usahama mereka dengan Facebook akan merupakan satu inisiatif mereka untuk menjadi peneraju insudtri media sukan Dunia.

“Dengan kerjasama Facebook sebagai rakan free-to-air(FTA) atau siaran ke uadara secara percuma akan membuka lembaran baru dan dari sudut penonton yang pelbagai dan merupakan inisiatif kami untuk menjadi peneraju insudtri media sukan Dunia.”

“Cara unik kami keudara secara percuma bersama Facebook membantu kami untuk melebarkan cara baru lagi terkini dalam penyiaran.”

Rhys Beer yang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam Program Siaran Langsung Sukan di Facebook berkata.

“Kami teruja dapat membina hubungan yang kukuh dengan Eleven Sports dengan menyajikan siaran percuma ke kediaman di UK dan Ireland dengan beberapa siaran pilihan musim ini.”

Hanya satu sahaja siaran langsung perlawanan pilihan dari Serie A dan La Liga setiap minggu dan hanya untuk penduduk UK dan Ireland sahaja. Maka berita ini tidak penting, sia-sia je korang baca.

Sampai masa nanti tibalah di Malaysia.

Baca Juga

Baca Juga