Fairuz Fauzy Meraih Tempat Kedua Pada Perlumbaan Grand Prix Kuala Lumpur City (Video)

Pemandu GT Malaysia, Fairuz Fauzy melonjak daripada kedudukan akhir untuk meraih kedudukan podium pada saingan kelas Piala GT pada perlumbaan Grand Prix Kuala Lumpur City hari ini.

Fairuz, pemandu berpengalaman dalam perlumbaan GT, bermula dari petak ke-18 selepas menukar kelas daripada GT3 kepada GTM apabila jenteranya Lamborghini Gallardo FLII mengalami kerosakan teruk semasa sesi kelayakan semalam.

Pemandu OD Racing Team itu memulakan perlumbaan dengan memandu Lamborghini Huracan selepas Automobili Lamborghini bersetuju meminjamkan kereta ujian itu kepada beliau apabila pasukannya tidak sempat membaiki jenteranya untuk perlumbaan.

Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 13.778 saat, 36.101 saat di belakang pemandu Jepun Naoki Yokomizo dari Direction Racing yang beraksi di bawah Kelas GTM.

Tempat ketiga disandang oleh Frank Yu dari GT3 yang melintasi garisan penamat dengan masa 41:13.790s.

“Ia adalah hujung minggu yang sukar untuk saya dan pasukan saya. Lonjakan hebat semalam tetapi memandu jentera yang tidak biasa dari kategori lain (Super Trofeo) adalah sangat mencabar tetapi saya berjaya menamatkan perlumbaan.

“Huracan (Lamborghini) jauh lebih canggih tetapi dari segi membrek, tidak sebaik jentera saya GT3,” kata Fairuz, 32, kepada pemberita selepas perlumbaan.

Pemandu Hong Kong, Michael Choi dari Arrows Racing menduduki tempat ketiga.

Pemandu Australia, Josh Hunt memburu dari Kurnia AmAssurance Racing terpaksa menarik diri dari perlumbaan itu kerana masalah yang dihadapi oleh sistem jenteranya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Malaysia, Adrian d’Silva dari Nexus Infinity menduduki tangga kedua dalam kelas GT3 dan kedudukan keenam keseluruhan dalam Piala GT selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 41:26.307s di belakang pemandu Hong Kong, Frank Yu.

“Saya bermula dengan baik pada perlumbaan dengan meraih kedudukan kedua  keseluruhan dan menamatkan pusingan lebih baik sebelum menghadapi masalah dengan kotak gear.

“Saya cuba untuk ‘reset’ semula jentera di trek… Kemudian jurutera saya meminta saya untuk mengekalkannya sehingga ke garisan penamat,” kata Adrian.

Hanya dua pemandu beraksi di bawah kelas GT3 selepas Fairuz menukar kepada kelas GTM.

Afiq Ikhwan Yazid menarik diri dari perlumbaan selepas jenteranya mengadalami masalah casis setelah terlibat dalam kemalangan semasa perlumbaan kedua Lamborghini Super Trofeo Siri Asia.

BACA:  KL City GrandPrix Perlumbaan Yang Menyusahkan Rakyat