Faiz Nasir Kini Sah Menjadi Messi Selangor

Pemain lincah yang beraksi bersama Terengganu FC musim lepas, Faiz Nasir sah menjadi milik Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim 2019.

Faiz Nasir yang mendapat jolokan Messi Terengganu FC kini sudah menjadi Messi Selangor. Faiz Nasir sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Melaka United namun Gergasi Merah menjadi pilihan.

Pengumuman ikatan Faiz Nasir dengan Selangor telah diumumkan melalui media sosial rasmi Selangor FA dengan satu video yang power.

Pada 6 November 2018 Selangor menimbulkan tanda tanya apabila menwar-warkan akan mengumumkan pemain baru mereka pada 7 Disember 2018.

Segala tanda tanya dan teka teki terjawab apabila Faiz Nasir menjadi pemain terbaru yang diikat Selangor.

Faiz Nasir mula mendapat jolokan Messi Kelantan sebelum bergelar Messi Terengganu. Adakah Faiz akan digelar Messi Selangor.

Nikmatilah kompilasi aksi lincah Faiz Nasir yang menghiburkan.

Baca Juga

Baca Juga