Faiz Subri Dan Pasukan Kedah Menerima Pingat Dari Sultan Kedah

Faiz Subri pemenang gol tercantik Anugerah Puskas FIFA 2016 dan pasukan bola sepak negeri Kedah menerima pingat daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sesi kelapan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit.

Penjaring gol bola lencong itu menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K). Faiz Subri merupakan antara 164 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89.

Pemain Pulau Mutiara itu merupakan pemain Asia pertama memenangi anugerah Puskas. Ketika di tanya selepas menerima anugerah itu Faiz Subri berkata :.

“Saya berterima kasih ke atas Tuanku Sultan Kedah atas pingat ini dan berjanji akan terus beri fokus dalam bola sepak dan berusaha memajukan diri untuk pasukan dan negara,” katanya.

Gambar : Kedah FA

Sementara itu 31 pegawai dan pemain pasukan Kedah seperti Mohd Syazwan Zainol, Muhammad Shafiq Ahmad , Abdul Halim Saari, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, Lord Ahmad Fakhri Saarani dan Mohd Rizal Ghazali turut menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (A.S.K).

Gambar : Kedah FA

Kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari dan Abdul Hadi Abdul Hamid pula menerima Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) manakala pemain import, Sandro Da Silva menerima pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah Kehormat.

Gambar : Kedah FA

Baca Juga

Baca Juga