Pemenang anugerah Puskas The Best FIFA Awards tahun 2016 Faiz Subri yang berasal dari negara Malaysia telah mengutuskan ucapakan tahniah kepada pemenang Puskan tahun 2017 iaitu pemain handalan Arsenal, Olivier Giroud.
Ucapan tahniah Faiz Subri ini mungkin satu berita gembira buat Giroud. Faiz Subri yang sememangnya seorang yang rendah diri enggan membandingkan gol sepakan lencongnya dengan tendangan kala jengking Giroud.
“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Giroud. Dia berhak memenangi anugerah FIFA itu kerana jaringannya unik.”
Faiz menganggap tendangan lencongnnya yang dikatakan melawan hukum fizik itu dab sepakan kala jenking Giroud mempunyai keistimewaan masing-masing.
“Saya tidak dapat bandingkan jaringan saya dengan dia (Giroud) kerana gol saya terhasil daripada situasi bola mati,” Ujar Faiz kepada Berita Harian.
Penyerang Perancis ini melakukan scorpion kick untuk menjaringkan gol ketika serangan balas hasil hantaran Alexis Sanchez sedikit terkebelakang. Tetapi tiada masalah untuk penyerang berbisa seperti Giroud membuat aksi akrobatik.
Gol ini dilakukan Giroud ketika menentang Crystal Palace dalam saingan Premier League pada bulan Januari lalu.
Selepas undian tamat maka 3 finalis telah disenarai pendek dari 10 calon untuk anugerah Puskas dan mereka adalah Deyna Castellanos, Olivier Giroud dan Oscarine Masuluke.
Olivier Giroud kini boleh berbangga dan sebaris dengan Faiz Subri selepas meraih Anugerah Puskas 2017. Faiz Subri dari Pulau Pinang telah memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu..
Giroud meraih 36.17 peratus daripada 792,062 undian yang telah dibuat secara atas talian untuk memilih gol tebaik.
Senarai 10 Calon FIFA Puskas Award 2017
Sepakan kala jengking atau ada menggelar sebagai sepakan Keldai Giroud telah dipilh sebagai pemenang dan ini merupakan calon 10 akhir Puskas 2017.
1. Kevin-Prince Boateng (Las Palmas)
2. Alejandro Camargo (Universidad de Concepcion)
3. Deyna Castellanos (Venezuela)
4. Moussa Dembele (Celtic)
5. Olivier Giroud (Arsenal)
6. Aviles Hurtado (Tijuana Xolos)
7. Mario Mandzukic (Juventus)
8. Oscarine Masuluke (Baroka)
9. Nemanja Matic (Chelsea)
10. Jordi Mboula (Barcelona)