Fajer Tinggalkan Kelantan Dengan Surat Pengunduran Yang Sungguh Klasik

Kehilangan jurulatih pasukan Kelantan, Fajer Ibrahim terjawab apabila dengan satu surat yang sungguh klasik.

Berdasarkan laporan MstarFajer telah memaklumkan hasrat untuk meletakkan jawatan melalui satu surat yang diberi kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan.

Surat bertulisan tangan yang agak buruk tetapi penuh dengan usaha itu menjelaskan kenapa pengendali dari Syria itu mahu meninggalkan Kelantan.

Hanya tandatangan sahaja kelihatan cantik di dalam tulisan yang buruk dan tiada noktah digunakan. Tidak dapat dipastikan samada ada bedak di tabur atau tidak.

Dalam surat penuh ringkas itu Fajer menerangkan keputusan tersebut dibuat kerana tugasnya yang sukar, selain kekurangan kemudahan untuk sesi latihan pemain.

Adakah ini benar? Foto : mStar

“Kehadapan Presiden KAFA,

Assalamualaikum.

Ekoran berlaku kesukaran teruk untuk bekerja dan kekurangan fasiliti untuk latihan

Ana mahu berhenti dari melakukan kerja

Ana ucapkan selamat berjaya buat pasukan anti”

mStar Online yamg telah menghubungi BiBi Ramjani menyatakan bahawa Presiden KAFA itu telah mengesahkan menerima surat tersebut yang dihantar Fajer menerusi WhatsApp.

“Dia hantar surat itu menerusi WhatsApp pagi ini,” katanya.

Jelas usahawan batik itu, tugas Fajer telah diambil alih pembantunya Yusri Che Lah berkuatkuasa pada Isnin.

“Kita sudah kesuntukan masa. Jadi segala tugas Fajer akan diambil alih Yusri Che Lah,” katanya.

Satu usaha yang klasik dari Fajer menggunakan tulisan tangan yang buruk kemudian ambil gambar hantar melalui WhatsApp. Gigih.

Baca Juga

Baca Juga