Fakta Dan Sejarah Piala Malaysia Yang Kita Perlu Tahu

Pada musim ini, sebanyak 16 pasukan bertanding dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Juara Piala Malaysia pada musim lepas ialah pasukan Kedah. Kejohanan ini mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi sejak mula dipertandingkan pada tahun 1921. Mari kita lihat beberapa fakta mengenai piala tertua dalam sejarah bola sepak negara kita ini.

1.Pada mulanya Piala Malaysia dikenali sebagai Piala Malaya dan disertai oleh negeri-negeri Tanah Melayu ketika itu. Perlawanan pula melibatkan Juara Utara dan Juara Selatan.

2.Perlawanan akhir Piala Malaya yang pertama melibatkan pasukan Selangor dan pasukan Singapura yang diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur (kini Dataran Merdeka) dan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2-1.

3. Piala Malaya telah ditukar nama sebagai Piala HMS Malaya sempena nama sebuah kapal perang pada tahun 1933. Pegawai pemerintah kapal tersebut telah menyumbang sebuah piala untuk menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Kapal Perang HMS Malaya Sumber Gambar: KelabJersiKita.Blogspot.Com

4.Nama Piala HMS Malaya sekali lagi ditukar kepada Piala Malaysia pada tahun 1967 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

5.Pasukan paling banyak menjuarai Piala Malaysia ialah Selangor sebanyak 33 kali diikuti dengan pasukan Singapura sebanyak 24 kali.

Pasukan Terbanyak Memenangi Piala Malaysia Sumber: FootballChannelAsia

6.Pasukan Brunei pernah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1999 di Stadium Merdeka. Ketika itu, Stadium Merdeka digunakan sebagai gelanggang final Piala Malaysia buat kali terakhir.

7.Pasukan kelab pertama yang berjaya layak ke Piala Malaysia ialah Johor Darul Takzim (dahulunya dikenali sebagai Johor FC) pada tahun 2000.

8.Pasukan penanda aras bola sepak Malaysia, Johor Darul Takzim belum pernah menjuarai Piala Malaysia namun pasukan feeder mereka Johor Darul Takzim II telah menjuarai piala ini sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1986 dan 1991.

9.Pasukan kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia ialah MPPJ Selangor pada tahun 2003 setelah menewaskan Sabah 3-0 dalam perlawanan akhir. Semua Gol MPPJ dijaringkan oleh penyerang yang berasal dari Argentina Juan Manuel Aristegui.

10.Penjaring terbanyak dalam perlawanan akhir sepanjang kejohanan ini berlangsung ialah Allahyarham Datuk Abdul Ghani Minhat  dengan 4 gol pada tahun 1961. Selain itu terdapat beberapa pemain yang berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir iaitu S.Thanabalan (1961), Ervin Boban (1991), Abbas Saad (1994), Juan Manuel Aristegui (2003) dan Bambang Pamungkas (2005).

11.UiTM FC dan PKNP FC layak untuk menyertai Piala Malaysia buat kali pertama pada musim ini.

Baca Juga

Baca Juga