Fakta Di Sebalik 400 Gol Cristiano Ronaldo Untuk Real Madrid

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol ke-400 dan 401 ketika Real Madrid menewaskan Sevilla 4-1 di sebalik gol kontoversi sepakan percuma pantas Nacho.

Secara keseluruhannya Ronaldo telah menjaringkan 400 gol dalam 391 perlawanan untuk Real Madrid. Sevilla merupakan lubuk gol buat Ronaldo.

Akulah Ronaldo Original, Ronaldo Satu lagi Spicy. Photo : reddit.com

Ketahui perincian 400 gol yang dijaringkan Ronaldo. Tak nak amek tau pun takpe. Tak penting pun sebenarnya.

Gol Pertama Untuk Real Di La Liga

Ronaldo menjaringkan gol pertama untuk Real Madrid di La Liga ketika Real menewaskan Deportivo 3-2 di Barnebeu pada Ogos 2009 menerusi sepakan penalti.

Jaringan di Home dan Away

Gol Setiap Musim. Photo : goal.com

Barnebeu – 218 gol, 196 perlawanan

Away – 174 gol, 187 perlawanan

Neutral – 8 gol, 8 perlawanan

Hatrik – 42

Jaringan Terbanyak Semusim

Pada musim 2014/15 Ronaldo telah menjaringkan 61 gol dalam 54 perlawanan.

Tempoh Jaringan Terpanjang dan Kemarau Jaringan

Melompat lebih tinggi

Ronaldo telah melakukan jaringan dalam 12 perlawanan berturut-turut antara bulan Ogos sehingga November 2014.

Ronaldo juga mengalami kemarau gol terpanjang dalam 5 perlawanan, tempoh membangau dari Mei sehingga September 2010.

Pasukan Lawan Paling Banyak Dirobek Ronaldo

Sedia Merobek

Ronaldo telah menjaringkan gol ketika menentang 60 pasukan yang berlainan. Pasukan lawan banyak dibolosi Ronaldo seperti di bawah

1. Sevilla – 24 gol, 17 perlawanan
2. Atletico Madrid – 21 gol, 29 perlawanan
3. Getafe – 20 gol, 12 perlawanan

Rumusan

Photo : Sky Sports

Baca Juga

Baca Juga