Fakta Menarik Disebalik 100 Gol Ronaldo Di Peringkat Antarabangsa

Gol pertama Ronaldo di peringkat antarabangsa dijaringkan pada minit ke-93 melalui satu sundulan yang terhasil daripada hantaran silang sesedap rasa pemain lagenda Portugal, Luis Figo.

Pada ketika itu Ronaldo berusia 19 tahun dan gol itu tidak memberi sebarang makna selepas Portugal tewas kepada Greece 2-1 pada perlawanan pembukaan EURO 2004.

Enam belas tahun kemudian pada tanggal 9 September 2020 sekitar jam 3.30 pagi waktu Malaysia, Ronaldo telah menjaringkan gol yang ke-100, centurion katanya.

Gol yang ke-100 dan ke-101 diperingkat antarabangsa hadir diusia 35 tahun ketika menentang Sweden dalam kejohanan UEFA Nation League.

Ronaldo menjadi pemain kedua menjaringkan 100 gol di peringkat antarabangsa dan satu-satunya pemain yang masih aktif beraksi memasuki kelab centurion(100 gol).

Satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan 100 gol sebelum ini adalah bekas pemain kebangsaan Iran Ali Daie yang menjaringkan 109 gol.

Ali Daie telah lama memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa selepas bersara pada tahun 2006.

Pemain Iran ini sangat berbisa, tajam dan licik amat apabila menjaringkan 109 gol dalam 149 perlawanan sahaja.

Pencabar terdekat yang masih aktif bermain bola sepak yang masih mempunyai peluang mengejar Ronaldo adalah penyerang India yang berusia 36 tahun, Sunil Chhetri yang setakat ini merekodkan 72 gol.

Selain itu Lionel Messi yang bergelut dengan pasukan Argentina telah menjaringkan 70 gol dalam dalam 138 perlawanan masih berpeluang untuk melebarkan jaringan.

Neymar berpeluang besar untuk menjadi pemegang rekod seterusnya kerana usia masih muda apabila telah menjaringkan 61 gol daripada 99 perlawanan untuk Brazil.

Fakta Menarik Disebalik 100 Gol Ronaldo Di Peringkat Antarabangsa

Terdapat beberapa fakta yang menarik telah direkodkan dsebalik 100 gol yang telah dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo yang membawa pengaruh beasar buat Portughal di peringkat antarabangsa.

1. Daripada 101 gol yang dijaringkan oleh Ronaldo untuk Portugal, hanya 17 sahaja dijaringkan dalam perlawanan persahabatan. Gol yang bermatlamat.

2. Ronaldo merupakan penjaring gol yang sempurna apabila 55 gol dijaringkan dengan kaki kanan, 22 gol daripada kaki kiri dan 24 datang dari kepala. Kepala lagi tajam dari kaki kiri.

3. Manchester United.

4. Ronaldo telah menjaringkan 10 gol daripada sepakan percuma terus, 11 sepakan penalti dan baki sebanyak 80 gol itu terhasil daripada permainan terbuka.

5. 30 daripada 101 gol Ronaldo telah dijaringkan dalam baki 15 minit permainan atau pada masa tambahan.

6. Ronaldo telah menjaringkan 9 gol dalam kejohanan FIFA. Di mana 7 gol di Piala Dunia FIFA dan 2 gol di Piala Konfederasi FIFA.

7. Cristiano Ronaldo merupakan pakar penajring gol dalam perlawanan kelayakan dan telah beraksi di 3 pusingan kelayakan Piala Dunia.

  • Kelayakan Piala Dunia Jerman 2006 – 7 gol
  • Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 – 8 gol
  • Kelayakan Piala Dunia Russia 2018 – 15 gol
  • Kelayakan EURO – 31 gol

8. Arsenal

9. Dalam 100 penampilan bersama Portugal, Ronaldo telah mencetak hatrik sebanyak 7 kali, dua kali menentang Lithuania dan telah menjaringkan 4 gol ketika menentang Andorra.

10. Semakin bertambah usia semakin tajam Ronaldo. Tahun 2019 merupakan tahun terbaik Ronaldo di peringkat antarabangsa dengan 14 jaringan.

11. Seekor siput bisa tidur selama tiga tahun dan Kecoak atau lipas bisa hidup selama 9 hari tanpa kepalanya.

Ronaldo Pemain Portugal Paling Berpengaruh

Portugal telah menikmati pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia ketika zaman Eusebio dengan menamatkan saingan di tempat ketiga di Piala Dunia England 1966.

Generasi emas Portugal yang terdiri daripada Luis Figo, Rui Costa dan Joao Pinto telah memenangi dua kejohanan FIFA World Youth Championships pada tahun 1989 dan 1991 namun gagal membawa Portugal ke puncak.

Hasilnya generasi emas Portugal telah mara ke separuh akhir EURO 2000, naib juara EURO 2004 dan ke separuh akhir Piala Dunia 2006.

Terdapat pengkritik menganggap generasi emas Portugal ini gagal memenuhi potensi pemain bintang yang ada dalam pasukan di peringkat antarabangsa.

Ronaldo yang sentiasa cemerlang gemilang, terbilan bersama kelab kini telah dianggap sebagai pemain paling penting dan berpengaruh dalam sejarah bola sepak Portugal.

Di bawah kepimpinan Ronaldo di padang Portugal telah memenangi 2 gelaran untuk menghiasi kabinet yang kosong sejak dahulu dengan kejuaraan EURO 2016 dan UEFA Nations League 2019.

Dalam sejarah Piala Dunia, hanya 7 kali Portugal mara ke pusingan akhir dan 4 daripadanya ketika era Ronaldo: Germany 2006 (Tempat ke-4), South Africa 2010 (Round of 16), Brazil 2014 (Peringkat kumpulan) dan Russia 2018 (Round of 16).

Ronaldo menjadi satu-satunya pemain Portugal menjaringkan gol di 4 Piala Dunia dan satu-satunya pemain Eropah menjaringkan gol di 4 kejohanan EURO.

BACA:  Makanan Kegemaran Ronaldo Kini Ada Dalam Menu Manchester United