Fakta Perlawanan Argentina vs Croatia Yang Perlu Kau Tahu

Pertemuan Argentina dan Croatia di kumpulan D disajikan dengan aksi yang keras dengan keganasan fizikal yang bermutu tinggi dan menghiburkan.

Argentina beraksi buruk dan teruk pada separuh masa pertama dan Croatia pula bermain secara konsisten serta tenang-tenang sahaja disamping ayah dan bonda.

Pada separuh masa kedua permainan Argentina bertukar dari buruk kepada beruk dan Croatia mula melakukan serangan yang mengancam serta menjaringkan gol.

Terdapat 3 punca utama kekalahan Argentina.

1. Ante Rebic menjaringkan gol pertama. Mata Messi mula berkaca.
2. Luca Modric menjaringkan gol kedua. Messi menyeka air mata.
3. Rakitic menjaringkan gol ketiga. Messi mula menangis.

Punca utama adalah Croatia menjaringkan 3 gol manakala Messi dan rakan-rakan menangis mungkin mahukan undian SMS dari penonton di rumah. Ko ingat masuk Akademi Fantasia ke setan?

Adakah Messi akan merajuk lagi dan bersara lagi?

Secara Matematiknya peluang Argentina masih ada walaupun ramai mula mencanang Argentina sudah boleh pulang kerana semangat yang hilang.

Argentina perlu mengembalikan semangat perjuangan harmoni untuk terus mara dengan berharap kepada beberapa kebarangkalian.

Dalam perlawanan ini juga terdapat beberapa fakta menarik yang perlu kau amek tahu.

Fakta Perlawanan Argentina vs Croatia

1. Lapan pemain daripada kesebelasan utama Croatia mempunyai nama yang berakhir dengan -ic. Andai kesemua 11 pemain namanya berakhir -ic, Argentina dijangka tewas 5-0.

2. Willy Caballero pernah bermain sebagai feeder bersama pasukan sepaktakraw sekolahnya di peringkat MSSD Buenos Aires.

Ada juga mengatakan bahawa sangat rare dapat melihat bola tanggung dalam bola sepak yang selalu terjadi dalam permainan badminton.

Terlalu banyak kerjaya ganggu fokus Caballero.

3. Benteng pertahanan Argentina lebih rapuh dan senipis kukit bawang berbanding pasukan Kelantan yang tidak dibarisi pemain bintang. Tusukan objek tumpul sudah membolehkan penetrasi terhasil.

4. Luka Modric jarang menjaringkan gol dan jaringan semalam merupakan gol ke-14 nya dalam 108 penampilan bersama Croatia. Melihat rakan bergelut menambah jaringan Modric menunjukkan cara menjaringkan gol dari luar kotak penaltim

5. Andai Modric mahu menyamai rekod jaringan Cristiano Ronaldo bersama Portugal, dia perlu bermain untuk Croatia sehingga usianya 78 tahun.

6. Modric mempunyai ketinggian 172 cm, berbanding Messi 170 cm. Andai Messi lebih tinggi 2 cm pasti dia juga akan berjaya jaringkan dalam perlawanan tersebut.

Modric dikelas tersendiri.

7. Leo Messi dikatakan tidak berminat untuk bermain dalam perlawanan menentang Croatia kerana mengalami depression melampau selepas melihat seteru utamanya Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dengan mudah.

8. Argentina kini perlu berdoa banyak-banyak mengharapkan Iceland seri atau kalah dalam dua perlawanan menentang Nigeria dan Croatia, sambil mereka perlu berpesta gol dalam perlawanan terakhir mereka menentang Nigeria.

9. Walaupun andai kata Argentina tersingkir awal dalam kempen Piala Dunia kali ini, Messi dijangka masih lagi akan dicalonkan sebagai antara pemain terbaik dunia.

Harap dua peminat ni makan umpan dan bergaduh la.

10. Bila Messi jaringkan gol – Pemain terbaik dunia, GOAT, datang dari planet lain, anak didik Datuk Kame, ahli Avengers, pejuang Melayu tulen, hapus GST.

Bila Messi tak score penalti – Bagi ruang kepada dia, dia manusia biasa, Messi insan yang lemah hanya mampu berserah ingin sekali bertemu untuk melepas rindu.

11. Peminat Ronaldo tidak perlu berkata apa dan hanya perlu melemparkan senyuman nipis atau senyum kambing saja melihat aksi Messi.

#TeamRayaCR7

Baca Juga

Baca Juga