Fakta Power Tentang Undian Liga Juara-Juara UEFA Musim 2021-22

Juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Chelsea, bakal berdepan pasukan dari Itali, Juventus, Zenit Saint Petersburg dari Russia dan juga Malmo dari Sweden, untuk perlawanan dalam peringkat kumpulan kejohanan kelab yang paling berprestij tersebut selepas undian dijalankan semalam.

Dalam acara yang berlangsung dengan penuh zuhud tanpa bunga api tersebut, kesemua pasukan telah diundi ke dalam kumpulan masing-masing.

Berikut adalah senarai pasukan mengikut kumpulan.

Image
Kedudukan pasukan mengikut kumpulan UCL. Gambar : UEFA

Kumpulan A

Kumpulan A menampilkan dua pasukan gergasi England, Manchester City dan juga gergasi Perancis, Paris Saint Germain, sambil disertai oleh RB Leipzing dari Jerman dan dilengkapkan oleh Club Brugge.

Kalau ikutkan di atas kertas, City dan PSG dilihat tidak bermasalah untuk mara ke peringkat 16-pasukan, namun perlu diingat bahawa Leipzig boleh menjadi pengacau kepada dua pasukan ini meskipun tidak lagi dilatih oleh Julian Nagelsmann yang telah berpindah ke Bayern Munich.

Pertemuan antara City dan PSG boleh diibaratkan sebagai The Oil CLassico, memandangkan kedua-dua kelab ini bergerak di atas duit petroleum dari Timur Tengah. Pertembungan dua pasukan ini juga dikatakan bakal mempertemukan Cristiano Ronaldo dan Leo Messi di atas padang, dengan khabar angin kencang mengatakan kapten Portugal itu bakal menyertai City sehari dua lagi.

Fakta power : Duk kecoh team power si PSG dan City tu, tapi dua-dua pun tak pernah menang UCL lagi. Paling tinggi pun naib juara.

Kumpulan B

Kumpulan ini boleh dikatakan sebagai kumpulan maut pada edisi kali ini kalau dilihat kepada senarai pasukan di atas kertas, meskipun secara praktikalnya tidaklah maut mana pun sebenarnya.

Pasukan pilihan pastilah Atletico Madrid selaku juara La Liga dan Liverpool bekas juara England. Namun perlu diingat, AC Milan yang sudah lama tidak beraksi di pentas Eropah pastinya bakal turun dengan semangat yang membara demi mengembalikan kegemilangan sejarah kelab tersebut dan Porto boleh dikatakan sebagai bogey team dalam kumpulan ini.

Fakta power : Selama dua musim berturut-turut Liverpool telah disingkir oleh pasukan dari Madrid, dengan Atletico menendang keluar mereka daripada saingan UCL pada peringkat pusingan 16-pasukan pada musim 2019-20, dan Real pada musim lalu.

Kumpulan C

Kumpulan ini mungkin tidak akan berapa menjadi tumpuan kerana tiada pasukan yang ternama diundi ke dalam kumpulan ini. Sporting merupakan juara Liga Portugal, manakal Dortmund merupakan pasukan feeder club kepada Bayern dan juga naib juara Bundesliga pada musim lalu.

Ajax pula tampil sebagai juara Eredivise dan Besiktas sebagai juara Liga Turki. Kalau di atas kertas, paling jauh pun wakil kumpulan ni boleh pergi adalah sehingga suku akhir.

Fakta power : Ajax pernah memenangi UCL (ketika itu masih dikenali sebagai Piala Eropah) sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada musim 1970-71, 1971-72 dan 1972-73. Ketika itu Ajax mempunyai pemain lagenda yang diangkat sebagai mujaddid bola sepak – Johan Cruyff. Selain itu, Ajax juga pernah menang piala ini pada tahun 1995, menewaskan AC Milan.

Kumpulan D

Kumpulan ini menampilkan pasukan yang layak ke UCL buat pertama kali, Sheriff Tiraspol – pasukan juara Liga Moldova. Bagi yang tidak tahu, Moldova adalah negara di timur Eropah yang diapit oleh Ukraine dan Romania.

Pasukan yang menjadi pilihan pastinya Real Madrid dan juga juara Serie A musim lalu, Inter Milan. Melengkapkan pasukan ini adalah Shakhtar Donetsk dari Ukraine.

Fakta yang tak berapa power : Sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid, kelab ini tidak pernah berjaya melangkah ke perlawanan akhir.

Kumpulan E

Dua pasukan bekas juara, Bayern Munich dan Barcelona akhirnya bertemu kembali dalam pentas saingan UCL pada musim ini. Kedua-dua pasukan ini dijangka tidak mempunyai masalah untuk mara ke peringkat 16-pasukan, dengna Benfica dan Dynamo Kiev dilihat sebagai pasukan yang merebut slot ke Liga Europa.

Fakta power : Dalam perlawanan peringkat suku akhir pada musim 2019-20, Bayern telah membelasah Barcelona 8-2 dalam perlawanan satu pusingan yang diadakan secara karnival di Lisbon, Portugal dek penangan pandemik Covid-19. Gara-gara kekalahan besar tersebut, jurulatih Barcelona Quiqe Setien telah dipecat dan digantikan dengan Ronald Koeman.

Kekalahan tersebut merupakan perlawanan pertama Barcelona melepaskan 8 gol dalam satu perlawanan dalam tempoh 74 tahun.

Kumpulan F

Kumpulan ini menampilkan dua pasukan yang telah bertembung dalam perlawanan akhir Liga Europa musim lalu – Villareal dan Manchester United. Di atas kertas, kedua-dua pasukan ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk layak ke pusingan 16-pasukan dengan Atalanta dijangka akan menjadi pasukan pengacau dan Young Boys dilihat sebagai tempat mengutip 3 mata.

Fakta paling power : Villareal tewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Europa. Khalasssssss.

Kumpulan G

Seperti kumpulan C, kumpulan ini juga dijangka tidak akan mendapat tumpuan dek tiada pasukan ternama. Kesemua empat pasukan – Lille, Sevilla, Salzburg dan Wolfburg, boleh dikatakan tidak mempunyai penyokong selain di dalam negara mereka sendiri.

Kalau tengok di atas kertas, mungkin Sevilla dan Wolfsburg yang akan mara ke pusingan berikutnya.

Fakta power : Lille, meskipun menjuarai Ligue 1 musim lalu, dijangka bakal berdepan musim sukar selepas pengurus Christopher Gaetler telah meletakkan jawatan hanya dua hari selepas menjulang trofi liga, dan berpindah ke pasukan Nice. Selepas 3 perlawanan Ligue 1 musim ini, Lille masih belum mampu merekodkan sebarang kemenangan.

Kumpulan H

Image
Pengurus terbaik EUFA musim 2020-21, Thomas Tuchel. Gambar : UEFA

Juara bertahan, Chelsea, dijangka tidak akan mempunyai masalah untuk layak ke pusingan untuk layak ke pusingan berikutnya, sambil diiringi kelab gergasi Itali, Juventus. Pasukan Zenit dijangka akan mengisi slot ke Liga Europa manakala Malmo bakal menjadi pasukan pelengkap jadual.

Fakta power : Chelsea tiba-tiba jadi power selepas Thomas Tuchel datang.

BACA:  Bas Bermasalah Tak Menghalang Manchester United Catat Seri Bermaruah Demi Najib Razak