Faktor Yang Diambil Kira Oleh Kelab Bagi Menandatangani Pemain Baru

Musim bola sepak Eropah dah bermula. Bagi peminat-peminat bola sepak Eropah, penantian selama hampir 2 bulan telah berakhir. Kebosanan hujung minggu kini telah berakhir.

Bagi kaki fantasy football, jangan lupa untuk update team masing-masing dan join liga fantasy kegemaran anda.

Di sebalik bermulanya musim baru bola sepak Eropah, transfer window masih dibuka sehingga 31 Ogos 2017.  Musim 2017/2018 ni menunjukkan spending power yang paling dahsyat bagi kelab Inggeris.

Setakat ini, dengan berbaki lebih kurang 2 minggu sebelum transfer window ditutup, perbelanjaan kelab-kelab Inggeris untuk pemain baru telah melebihi 1billion pounds!!!

POUNDS tau bukan RM!!!

Musim transfer window ni juga adalah masa untuk kita tengok ramai pakar atau scouts tak bertauliah akan condemn new signings even before they kick a ball!!!

Ayat yang biasa adalah

“Laaa apasal diorang beli mamat A ni, dia bukan bagus, baik beli mamat B”

atau

“Aku rasa pembelian ni akan jadi pembelian paling membazir.”

Jadi, untuk mengelakkan kita semua jadi kaki kondem tanpa tauliah, jom kita tengok apa faktor yang dipertimbangkan oleh kelab sebelum menandatangani pemain baru.

Keperluan Taktikal/ Adaptability Dengan Taktikal@Philosophy

Foto : SportsJOE.ie

Faktor ini antara faktor terpenting. Bagi seseorang pengurus, mereka mempunyai philosophy atau perancangan taktikal tersendiri. Semua pengurus nak pemain dia main ikut idea atau acuan dia. Tapi, pemain bola ada pelbagai kriteria.

Bukan semua pemain akan boleh adapt atau sesuaikan diri dengan taktikal pengurus. Contohnya, bagi pasukan yang nak main tiki-taka macam Barcelona, mereka perlukan pemain yang ada technical quality yang baik, dan juga mobiliti untuk sentiasa mencari ruang.

Mereka tak perlukan big and strong target man macam Romelu Lukaku. Sebab tu sehebat-hebat Zlatan Ibrahimovic, beliau tak ‘ngam’ dengan gameplay Barcelona. Akhirnya beliau flop di Barcelona dan dijual.

Bagi pasukan yang nak tukar taktikal bermain, atau melantik pengurus baru, sudah pasti pemain baru diperlukan bagi menjayakan taktik tersebut.

Sekiranya pemain sedia ada di kelab tersebut tidak mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjayakan taktik tersebut, pemain baru dengan ciri-ciri yang sesuai akan diburu.

Kemahuan Pemain Untuk Sertai Pasukan

Coutinho Mahu Pergi…

Faktor ni mungkin jadi faktor terpenting untuk menentukan sama ada usaha kelab mendapatkan seseorang pemain itu berjaya atau tidak. Dalam hal ini, status pemain dan status kelab memainkan peranan.

Pemain kelas A tidak akan berminat untuk main dengan kelab divisyen bawah atau kelab yang biasa-biasa. Mana mungkin Lionel Messi berminat nak main dengan Leeds United atau Real Betis. Newell’s Old Boys mungkin laa.

Itu pun sebab ada sentimental value pada Messi. Selalunya akan lebih mudah kalau kelab tersebut memang kelab favourite pemain tu sendiri.

Sekiranya kelab dapat tahu pemain sasaran mereka memang berminat untuk sertai mereka, kelab akan terus buat tawaran kepada kelab asal pemain. Pada masa ni peranan agent amat besar bagi memastikan perpindahan itu berjaya.

Selalunya, kalau pemain terdesak untuk berpindah, mereka akan buat transfer request untuk memaksa kelab asal terima tawaran kelab yang nak beli.

Contoh terdekat adalah Philippe Coutinho yang teringin sangat nak sertai Barcelona.

Value Added/ Commercial Value

Nilai Komersil Yang Ada Pada Ronaldo

Kadang-kadang, faktor nombor 1 di atas tak main peranan. Ada juga kelab, terutamanya kelab besar, atau kelab yang ada cita-cita besar, sign pemain yang ada commercial value yang tinggi.

Objektif utama adalah untuk melariskan jualan jersi/ merchandise, untuk explore new fan base (terutamanya Asia/ USA), dan juga expand club network.

Sebagai contoh, Manchester City pernah menandatangani Sun Jihai, Manchester United menandatangani Park Ji Sung dan Dong Fangzhuo, Arsenal beli Junichi Inamoto dan Ryo Miyaichi, dan beberapa contoh lagi.

Pembelian tersebut bukanlah berorientasikan untuk kuatkan pasukan. Tapi lebih kepada commercial value dan dapatkan peminat baru di negara asal pemain tersebut.

Boleh dikatakan hampir semua pemain tersebut jarang main untuk pasukan mereka, flop dan akhirnya dijual/ dilepaskan.

Kecuali Park Ji Sung. Dia spesies rare. Pemain Asia paling berjaya di Liga Inggeris.

Karakter Pemain


Karakter pemain amat penting. Disebabkan itu, sebelum beli seseorang pemain, kelab akan buat scouting menyeluruh terhadap pemain tersebut. Bukan setakat playing ability sahaja yang dinilai, tetapi karakter dalam dan luar padang juga diambil kira.

Sebagai contoh, perkara-perkara seperti reaksi pemain apabila diprovok pihak lawan, semangat pemain untuk menang, hubungan pemain tersebut dengan rakan sepasukan, kebolehan pemain berhadapan dengan media, dan banyak lagi yang kadang-kadang tak masuk akal.

Baru-baru ini keluar artikel Manchester United pernah scout Isco, tapi akhirnya tak jadi beli sebab saiz kepalanya tak sesuai dengan badan. Sampai benda macam tu pun diorang tengok!!! Punya laa detail.

Tapi perkara ni memang penting. Sebabnya, tak guna beli pemain handal tapi mempunyai karakter pelik. Contoh terbaik adalah Mario Balotelli. Hebat, tapi wayar ada short sikit.

Sebab tu tak lama di Manchester City.

Kemampuan Kewangan

Ronaldo 3-0 Messi

Neymar pindah ke PSG dengan rekod perpindahan termahal dunia. Sebab apa? Sebab PSG mampu. Owner dia banyak duit. Kalau nak dikira tahap prestij dan tahap kompetitif, baik stay je di Barcelona.

Tapi tawaran PSG sukar ditolak. Banyak faktor yang menentukan transfer fee ni. Baki jangka masa kontrak, gaji semasa, release clause, dan banyak lagi. Dan kelab yang nak beli juga perlu fikir keperluan kewangan yang lain.

Bukan transfer fee semata-mata. Komisyen agent, signing on fees, loyalty bonus, appearance fee, image rights, dan banyak lagi. Kalau kelab mampu, tak ada masalah kewangan, semua bisa diatur.

Rekod Kecederaan

Foto : Getty

Faktor ini sangat penting. Kelab yang nak beli pemain akan tengok rekod kecederaan pemain. Walau sehebat manapun pemain tersebut, tapi kalau semusim dapat main 1/3 atau 1/2 match daripada jumlah keseluruhan perlawanan semusim disebabkan injury, tak guna jugak.

Antara pemain hebat yang injury prone adalah Owen Hargreaves, Jonathan Woodgate, Michael Owen, Ledley King, Vincent Kompany, Arjen Robben, Marco Reus dan ramai lagi. Sebab tu sebelum sign, pemain wajib lulus medical test.

Statistik Pemain

Foto : pinterest.com

Selain rekod kecederaan, rekod lain juga dinilai sebelum kelab membuat pembelian pemain baru. Statistik seperti goal scored, shot on target, dan conversion rate adalah statistik penting untuk pemain penyerang.

Bagi midfielder pula, antara statistik yang dinilai adalah pass completion rate, successful dribbling, dan chances created adalah antara yang menarik perhatian.

Manakala pemain pertahanan pula dinilai berdasarkan tackles won, headers won, interception dan banyak lagi. Perkara-perkara tersebut merupakan playing statistics.

Ada juga statistik disiplin macam kad merah, kad kuning, suspension record dan sebagainya yang dilihat.

Laporan/ Scout’s Recommendation

Foto : skysports.com

Dalam bola sepak moden, peranan scouts amat penting. Mereka adalah golongan yang bertebaran ke seluruh pelosok bumi untuk mencari bakat-bakat muda yang ada potensi besar.

Semuanya mencari the next Cristiano Ronaldo atau the next Lionel Messi. Apabila scouts mengenal pasti pemain yang berpotensi, mereka akan menyediakan laporan lengkap kepada pengurus pasukan untuk dinilai.

Seterusnya, proses further scouting akan dilakukan, sama ada oleh scouts yang sama atau scouts yang lain. Ini bagi menilai potensi pemain tersebut dengan lebih mendalam.

Pengurus pasukan juga kadang-kala turun sendiri membuat penilaian ke atas pemain tersebut, atau sekurang-kurangnya melihat aksi pemain tersebut melalui video.

Masih ingat kes Bebe sertai Manchester United?

Sir Alex Ferguson siap mengaku beliau tak pernah tengok aksi Bebe sebelum beli. Beliau letak kepercayaan penuh terhadap recommendation Carlos Queiroz.

Dan akhirnya….nama Bebe menjadi bualan sebagai salah seorang flop termahal dalam sejarah Manchester United.

Akhir Kata

Ini antara 8 faktor yang sempat saya kongsikan. Kalau ada tambahan, amatlah dialu-alukan.

Akhir kata, sokonglah apa sahaja yang kelab anda lakukan, atau siapa sahaja pemain yang kelab anda beli. Sebelum pemain tu tunjukkan kebolehan dia dengan kelab baru, jangan laa kita terus kondem.

Nilaikan dengan rasional dan jangan ikut emosi. Semoga kita semua menjadi peminat bola sepak yang matang……

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Wan Mohd Hafifi Bin Wan Ismail untuk diterbitkan di TheSukan.com

Sekiranya anda mempunyai artikel untuk dikongsikan. Hantar di sini.

Baca Juga

Baca Juga