FAM Arah KAFA Bayar Tunggakan RM190,000 Dalam Masa 14 Hari

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 1 Jun 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan dengan mengarahkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyelesaikan tunggakan gaji sejumlah RM RM190,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat.

KAFA perlu melangsaikan tunggakan gaji kepada :

1. Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin – RM9000.00
2. Mohd Khairul Izuan Rosli – RM77,486.87
3. Mohammad Faizal Abu Bakar – RM44,000.00
4. Velizar Emilov Popov – RM59,951 (AS$14,000)

PKNP FC Diarah Bayar Pampasan RM132,000

Dalam mesyuarat yang sama, FAM juga memutuskan bahawa Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak(PKNP FC) perlu membayar RM132,000 kepada dua pemain yang ditamatkan kontrak secara sebelah pihak.

1. Mohamad Amirul Asraf Bin Mohd Noor – RM72,000
2. Muhammad Hafizuddin Bin Harun – RM60,000
3. Mohd Afiq Amsyar Bin A. Salamat – Tuntutan pengadu adalah ditolak

Baca Juga

Baca Juga