FAM bekerjasama dengan syarikat dari Switzerland, Sport Radar

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjalin perkongsian strategik selama tiga tahun dengan SportRadar, syarikat pengurusan data sukan berpangkalan di Switzerland, mulai tahun depan.

Laman web Sport Radar boleh dilihat di sini.

Timbalan Presiden FAM Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata di bawah perkongsian itu, SportRadar menyediakan ‘Federation Management Platform’ (FMP)  peralatan data berkaitan produk dan perkhidmatan kepada badan induk itu.

Syarikat pengumpulan data yang terkenal di seluruh dunia
Syarikat pengumpulan data yang terkenal di seluruh dunia

“Kami berterima kasih kepada SportRadar, yang juga menguruskan data sukan liga utama yang lain seperti Liga Bola Sepak (Amerika Syarikat), kerana membangunkan data yang sistematik dan sistem kutipan yang cekap, membolehkan kami menjalankan Liga Malaysia dengan lebih lancar,” katanya kepada  pemberita di Petaling Jaya, hari ini.

Sementara itu Pengarah Urusan SportRadar Stephen Leibhard menyatakan mereka gembira FAM bersetuju untuk menjalin kerjasama ke arah pengumpulan data  yang lebih cekap.

Beliau berkata sistem itu digunakan secara meluas oleh pelanggan termasuk liga bola sepak dan persatuan. “Sistem kami sangat mudah kerana ia adalah sistem berasaskan internet yang antara lain memudahkan penonton, contohnya, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perlawanan yang ditonton,” katanya. – Bernama

Baca Juga

Baca Juga