FAM Dikenakan Hukuman Oleh FIFA

Jawatankuasa disiplin FIFA mengenakan hukuman kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran kekecohan penyokong pada aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia dan Arab Saudi pada 8 September yang lalu.

Selepas pihak FIFA membuat analisa daripada laporan yang disediakan oleh pegawai perlawanan, Jawatankuasa Tatatertib memutuskan Malaysia akan beraksi tanpa kehadiran penyokong dalam perlawanan seterusnya dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia (Malaysia v UAE pada 17 November 2015).

Jawatankuasa itu juga membuat keputusan untuk mengenakan denda sebanyak 40,000 Swiss Franc (RM180,016.00) dan memberikan amaran kepada pihak FAM mengenai insiden tersebut.

Sehubungan dengan itu, Mereka juga telah memutuskan bahawa perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi tempoh hari dibatalkan dan memberikan keputusan 0-3 memihak kepada Arab Saudi.

FAM telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA hari ini.

Baca Juga

Baca Juga