FAM Hantar Gol Padu Goulon Untuk Pencolanan Anugerah PUSKAS

Gol super padu pemain import Pahang dan bekas pemain Blackburn Rovers, Herold Goulon sudah disahkan akan dihantar untuk pencalonan anugerah FIFA PUSKAS bagi tahun ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang sudah mendapat izin Pahang untuk berbuat demikian ujarnya seperti yang dilaporkan Utusan.

“Pihak Pahang FA telah meluluskan untuk kita menghantar pencalonan gol Goulon ke FIFA dan ia akan dihantar hari ini.”

“Goulon menjadi pemain kedua selepas Syahmi (Safari) menjadi individu pertama dihantar FAM untuk pencalonan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.”

Gol yang begitu menakjubkan itu telah menjadi tular dan menjadi bahan berita serta perbualan media antarabangsa dan peminat bola sepak dunia termasuklah jiran serumpun kita Indonesia.

Jika gol Goulon ini memenuhi syarat sah PUSKAS maka gol ini layak untuk dicalonkan. Maka marilah kita berdoa agar gol Goulon ini dipilih sebagai 10 teratas.

Gol yang memasuki calon 10 terbaik akan diundi oleh peminat bola sepak seluruh dunia sebelum 3 terbaik akan disenarai pendek. Itulah kepakaran kita.

Syarat Sah Pencalonan Anugerah Puskas

Menurut jumhur umara’ dari FIFA, mereka telah bersepakat bahawa terdapat empat rukun yang perlu dipenuhi untuk memenuhi syarat sah pencalonan.

1- Gol dijaringkan mestilah cantik.

Cantik itu subjektif. Antara gol yang boleh dikira sebagai cantik seperti gol jarak jauh, gol berpasukan, gol sepakan gunting, gol individu yang menggelecek 11 orang pemain lawan, gol guna hidung atau apa sahaja yang dikira sebagai cantik.

Nak tahu cantik tu macam mana, tepuk dada, tanya iman.

2- Gol mestilah dikira tanpa mengira kejohanan, jantina penjaring atau kewarganegaraan.

Gol yang dijaringkan perlu dimainkan di kejuaraan yang dianjurkan oleh FIFA atau badan bersekutunya. Jadi, kalau kau main liga Setia Alam atau liga Alumni kau jaringkan gol cantik macam mana sekalipun, kau tetap tak akan dicalonkan ke anugerah Puskas.

Jadi berhentilah mencuba.

Dalam kes Herold Goulon, golnya yang cantik layak untuk dipersembahkan oleh FAM kepada FIFA untuk pencalonan anugerah Puskas, walaupun dia bukan warganegara Malaysia.

Andai Alan Shearer kembali dari persaraan bermain untuk Melaka United dan jaringkan gol cantik, gol tersebut tetap layak untuk dicalonkan.

3- Gol mestilah bukan bernasib baik, hasil kesilapan, bola tertampan atau pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.

Dengan kata lain, gol mestilah hasil kerja yang dirancang. Kalau pemain yang menjaringkan gol tersebut berada dalam keadaan ofsaid, meskipun gol tersebut dikira dalam perlawanan, ia tetap tidak sah untuk dibawa ke anugerah Puskas.

4- Gol mestilah mengikut lunas-lunas fair play.

Maksudnya di sini pemain yang menjaringkan gol atau terlibat dalam jaringan mestilah berperangai elok. Contohnya kau jaringkan gol dalam Liga Super di stadium Darul Makmur.

Selepas jaringan cantik sepakan gunting dari tengah padang, kau celebrate sambil berbogel, maka gol ini tidak akan dibawa ke tengah. Kalau kau balut dulu sebelum bermain dan disahkan positif, maka gol tersebut juga tidak akan dipandang mulia.

Jaringan Goulon Tular Dan Menjadi Berita Media Antarabangsa Termasuk Indonesia

Jaringan sepakan percuma pemain import Pahang, Herold Goulon dari kawasan sendiri yang telah melepasi lalu melemaskan Hafizul Hakim terus pergi menjangkaui sempadan antara benua.

Gol yang begitu menakjubkan itu telah menjadi tular dan menjadi bahan berita serta perbualan media antarabangsa dan peminat bola sepak dunia termasuklah jiran serumpun kita Indonesia.

Media antarabangsa seperti The Guardion, BBC, Eurospor, Fox dan banyak lagi telah melaporkan berita ini di laman sesawang mereka untuk tatapan pembaca seluruh dunia.

Malah ada yang memuat naik terus video ini ke media sosial mereka seperti Twitter, Facebook dan Instagram mungkin kerana tiada hak cipta terpelihara ke atas video tersebut.

Menakjubkan, luarbiasa, padu dan ajaib itulah antara gambaran media antarabangsa ke atas gol ini. PUSKAS ada kot mungkin aku terlepas pandang.

Gol dari bekas pemain Blackburn itu nyata dicemburui oleh peminat Indonesia secara softway dan hardway. Mereka mula mencari father mother penjaring gol ini namun tiada kaitan dengan mereka.

Inilah antara laporan media antarabangsa dari jaringan Herold Goulon.

Fox Sport Asia

Menakjubkan!

MailOnline Sport

Bekas pemain Blackburn menjaringkan sepakan percuma dari kawasan sendiri di minit akhir.

Eurosport

Hentikan segala kerja kamu lakukan dan saksikanlah keajaiban sepakan percuma ini.

AS English

Gerold Houlon telah menjaringkan gol luar biasa dari sepakan percuma sepanjang zaman.

BBC News

Kau kena tengok gol hebat ini untuk mempercayainya.

The Guardian

Sepakan percuma menakjubkan Houlon pada masa kecederaan dari tengah padang.

Sports Center

Chilavert ante River? ¡IMPRESIONANTE! gol de tiro libre de Herold Goulon, desde detrás de mitad de cancha, para el Pahang en la Copa de Malasia.

Sky Sport Austria

Was für ein Treffer?! ?? Herold Goulon traf im malaysischen FA Cup-Halbfinale per Freistoß aus der eigenen Hälfte.

Baca Juga

Baca Juga