FAM Lancar Peta Hala Tuju Atau Roadmap F:30

Persatuan Bola Sepak Malaysia atau panggilan manjanya FAM telah melancarkan pelan jangka panjang iaitu Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30 dengan mensasarkan Malaysia menjadi lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Pada 23 Oktober 2018 FAM telah membuat hantaran yang penuh misteri di media sosial.

“Akan datang sesuatu yang baru…”

—-

“Something new coming soon…”

Sehari kemudian satu lagi hantaran dibuat berbunyi jika dibaca dengan kuat:

“Bergerak kehadapan”

—-

“Moving Foward”

Diikuti dengan hantaran yang samar dipercayai imej baru FAM.

Sejak 5 hari lalu FAM telah melancarkan kiraan ke bawah menghitung menunggu 31 Oktober 2018.

Kini kiraan ke bawah dan hantaran yang penuh misteri dari FAM telah terjawab.

Masih menanti peta hala tuju secara terperinci yang akan dibentangkan FAM. Jika ada la kan.

Baca Juga

Baca Juga