Senarai 19 Pemain Paling Berusia di Liga Super 2019

Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan tiba-tiba mempunyai keperluan membina skuas atas 34 tahun, Liga Super mempunyai sumber yang lebih dari mencukupi.

Sehingga pertengahan musim saingan domestik, terdapat 19 orang pemain berusia 34 tahun dan keatas muncul di liga super.

Mengikut pecahan pemain dalam kumpulan umur ini meliputi 16 pemain tempatan dan 3 pemain import.

Selangor mempunyai 3 pemain iaitu Amri Yahaya (38), Sandro (36) dan Rufino Segovia (34).

Safee Sali (35), Rajesh Perumal (34) dan Subramaniam Sooryapparad (34) adalah 3 pemain yang sedang bersama Petaling Jaya City.

Pahang juga mempunyai 3 pemain melibatkan Rezmezey Che Ros (37), Afif Amiruddin (35) dan Helmi Eliza Elias (35)

Di ikuti Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka United, PKNS dan Felda United masing-masing 2 pemain.

JDT, Perak, Kedah dan PKNP tidak mempunyai atau tidak pernah menampilkan pemain berusia 34 keatas sepanjang musim ini

Suffian Rahman merupakan pemain paling tua di Liga Super yang kini berusia 41 tahun

Senarai 19 pemain tersebut mengumpul 11,769 minit dalam saingan liga super dan 2 pusingan piala fa.

Jika Malaysia diminta membentuk satu skuad ke kejohanan atas 34 tahun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai sumber pemain yang cukup.

Siapakah pemain yang boleh membentuk pasukan Malaysia atas 34 tahun tersebut. Dalam susunan 4-3-3 ia boleh dibentuk seperti di bawah.

1. Suffian Rahman, 41 – Penjaga Gol

Sehingga kini terdapat 3 penjaga gol yang bermain di liga super. Suffian, Helmi Eliza Elias, 35 dan Rezmezey Che Ros, 37.

Disebabkan Suffian lebih tua walaupun Helmi berada dalam pasukan lebih kuat maka laluan diberikan kepada Suffian sebagai pemain utama.

Pasukan: Terengganu FC
Kedudukan tua: No.1/19
Penampilan: 9/14
Jumlah minit: 900/1,260
Peratusan: 71%
Bolos: 11(1)

Suffian mempunyai catatan bolos 10/16 bersama Terengganu, SATU clean sheet dan berada dalam skuad menang 5 kali dari jumlah menang pasukan 6 kali.

2. Rajesh Perumal, 34 – Pertahanan kanan

Terdapat 2 pemain yang boleh bermain di posisi ini. P.Rajesh dan Razman Roslan.

Disebabkan Razman mempunyai posisi utama di pertahanan tengah maka P.Rajesh lebih berhak.

Foto – Kedah FA

Pasukan: Petaling Jaya City
Kedudukan tua: No.14/19
Penampilan: 13/13
Jumlah minit: 1,142/1,170
Peratusan: 98%
Jaringan: 1
Kad: 2

Walaupun agak berusia P.Rajesh menjadi pemain utama Petaling Jaya City sepanjang musim.

Dalam sistem sayap bertahan K.Devan, pemain ke-2 Petaling Jaya merupakan pemain sayap kiri iaitu Yoges Muniandy.

Satu-satunya jaringan dari P.Rajesh terhasil pada perlawanan terakhir pasukannya ketika menentang Terengganu (1-2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

3. Fitri Omar, 34 – Pertahanan Kiri

Gunalan Pandathan, 38 lebih tua berbanding Fitri tetapi pemain ini cuma muncul 14 minit untuk diletakkan di kesebelasan utama.

Pasukan: Kuala Lumpur
Kedudukan tua: 15/19
Penampilan: 10/13
Jumlah minit: 604/1,260
Peratusan: 48%
Jaringan: –
Kad: 6

Sebelum kehadiran Azmi Muslim pemain ini menjadi pemain utama Kuala Lumpur.

Digantung 1 perlawanan kerana mengutip 3 kad kuning dan menunggu 2 lagi kad di liga super dan Piala Fa untuk penggantungan kali ke-2 dan ke-3.

4. Thiago Junior, 35 (Import) – Pertahanan tengah

Bagi posisi pertahanan tengah terdapat 4/20 nama tersenarai dan Thiago mempunyai penampilan paling banyak diantara Razman Roslan, 35, Afif Kamaruddin, 35 dan Subramaniam Sooyapparad, 34.

Paukan: Felda United
Kedudukan tua: No.11/19
Penampilan: 10/14
Jumlah minit: 806
Peratusan: 64%
Jaringan: 2
Kad: 1 (1)

Nidzam Jamil sering membuat kombinasi Thiago-Raffi sebelum kehadiran Masaki Watanabe yang dipancing dari Perlis.

Selepas itu pemain ini mula digilirkan bersama Raffi untuk menjadi pasangan Masaki.

Thiago menjadi pemain pertahanan tengah yang paling mampu menjaringkan gol dan 1 dari 2 jaringannya merupakan jaringan kemenangan ketika menetang Selangor (2-1).

Mengutip kad merah pada minit ke-85 ketika tumbang di Larkin menentang JDT (1-3).

5. Afif Amiruddin, 35

Tiada pemain tua yang mempunyai minit yang baik walaupun mempunyai 4 nama dalam senarai. Afif lebih baik dari Razman dan S.Subramaniam.

Pasukan: Pahang
Kedudukan tua: No.10/19
Penampilan: 3/14
Jumlah minit: 155
Peratusan: 12%
Jaringan:-
Kad: 1

2 penampilan yang diraih Afif disebabkan kecederaan Muslim Ahmad dan 1 lagi penampilan ketika Dollah Salleh melakukan perubahan taktikal dalam permainan, menentang Melaka (1-1).

6. Shukur Adan, 40 – Tengah Bertahan

Merupakan pemain ke-2 paling tua dalam senarai 20 pemain.

Syukur Adan meneruskan karier di divisyen tertinggi bersama Melaka United ketika berusia 40 tahun

Pasukan: Melaka
Kedudukan tua: No.2/20
Penampilan: 11/12
Jumlah minit: 843/1,080
Peratusan: 78%
Jaringan: 1
Kad: 3

Zainal menggilirkan posisi Syukur diantara pertahanan tengah dan tengah bertahan.

Syukur bermain 6 kali sebagai pemain pertahanan tengah dan 5 kali sebagai pemain tengah bertahan.

Syukur lebih kerap bermula di tengah bertahan ketika Melaka kehilangan Liridon Krasniqi secara misteri.

7. Sandro, 36 (Import) – Tengah Menyerang

Kehadiran Sandro mengantikan Antonio German menjadikan Selangor mempunyai 3 pemain tua atas 34 tahun paling ramai dan kerap dimainkan.

Sandro hadir sebagai penyerang tengah tetapi dalam skuad tua ini dia diletakan sebagai tengah menyerang seperti di Kedah.

Sandro hadir menggantikan Antonio German dan menjadi pemain import paling berusia dengan 36 tahun

Pasukan: Selangor
Kedudukan tua: No.7/19
Penampilan: 9/10
Jumlah minit: 810/1,170
Peratusan: 69%
Jaringan: 4
Kad:-

Selepas 3 kemunculan Antonio German pemain ini dikritik oleh B.Sathianathan. Seterusnya memberi laluan kepada Sandro.

Agak malang selepas 2 penampilan Sandro bersama Rufino Segovia, Segovia pula cedera.

3 penyerang ini menyumbang 8 jaringan untuk selangor. 4 daripadanya terhasil melalui Sandro. 2 dari 4 jaringannya pula melalui sepakan penalti.

8. Indra Putra Mahayuddin, 38 – Tengah Menyerang

Pada minggu ini Indra Putra telah mencatat jaringan ke-100 di liga utama Malaysia sepanjang kariernya. Pahang, T Team (kini dikenali sebagai TFC II), Kelantan, Felda United dan Kuala Lumpur.

Gambar – http://www.malaysiagazette.com/sites/default/files/field/image/indra.jpg

Pasukan: Kuala Lumpur
Kedudukan tua: No.4/19
Penampilan: 14/14
Jumlah minit: 1,168/1,260
Peratusan: 93%
Jaringan: 7
Kad: 1

Indra muncul dalam kesemua 14/14 perlawanan Kuala Lumpur sebagai pemain kesebelasan utama. Menjadi penjaring terbanyak pasukan dengan 7 gol.

Juga merupakan penjaring terbanyak pemain tempatan di liga super.

9. Rufino Segovia, 34 (Import) – Penyerang

Penyerang yang mengumpul 31 gol pada musim lepas dan dikekalkan oleh Selangor.

Segovia mencatat 19 jaringan di Liga Super, 9 jaringan pada kempen Piala Fa dan 3 jaringan di Piala Malaysia pada musim 2018.

Sehingga kini pemain mencatat 3 jaringan sebelum mengalami kecederaan dan kini sudah disisihkan 7 perlawanan.

Pasukan: Selangor
Kedudukan tua: No. 17/19
Penampilan: 6/13
Jumlah Minit: 480/1,260
Peratusan: 38%
Jaringan: 3
Kad:-

10. Safee Sali, 35 – Penyerang

Apabila Perlis digantung oleh Malaysia Football League, pemain pasukan tersebut mendapat tambahan 30 hari mencari pasukan baru.

Petaling Jaya tidak ketinggalan menjadi sebahagian dari pasukan yang memancing pemain dari pasukan tersebut.

Petaling Jaya City menjadi penyambung hayat karier Safee Sali ketika usianya mencecah 35 tahun

Petaling Jaya meminjam keluar Giancarlo kepada PKNP dan membawa masuk Safee Sali di bahagian serangan mereka.

Selepas dibawa masuk Safee Sali hanya tidak tersenarai sekali dalam kesebelasan utama pasukan.

Safee Sali membentuk 3 serangan serangkai bersama Pedro Henrique dan Serginho dalam skuad K.Devan.

Pasukan: Petaling Jaya City
Kedudukan tua:
Penampilan: 10/10
Jumlah minit: 789/1,170
Peratusan: 67%
Jaringan: 2
Kad: 1

11. Amri Yahya, 38 – Penyerang

Selepas penyingkiran German dan kemasukan Sandro. Sandro menjadi pasangan kepada Segovia.

Tetapi Segovia cuma sempat berpasangan dengan Sandro 2 kali sebelum cedera. Dan pada ketika itulah Amri mula mendapat tempat lebih kerap.

Pemain Terbaik Malaysia Abad Ke-21?

Pasukan: Selangor
Kedudukan tua:
Penampilan: 10/13
Jumlah minit: 572/1,170
Peratusan: 49%
Jaringan: 2
Kad: 3

Amri 2 kali menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Melaka (4-3) dan Kuala Lumpur (3-2).

Berikut adalah 11 pemain yang boleh dibentuk menjadi pasukan Malaysia atas 34 tahun. Melibatkan pemain yang berada di divisyen tertinggi negara.

Pemain Simpanan

Umur 19 pemain diatas dikira mengikut tahun kelahiran. Seramai 6 pemain simpanan yang boleh dimasukan adalah :

1. Helmi Eliza Elias (37)
2. Razman Roslan (35)
3. Gunalan Pandathan (38)
4. Subramaniam Sooryapparad (34)
5. Shahrom Kalam (34)
6. Ashari Samsuddin (34)

Manakala Malaysia mempunyai 2 lebihan penjaga gol iaitu Remezey Che Ros (37) dan Norazlan Razali (34).

Secara statistik pemain kumpulan umur ini terlibat sebanyak 11,769/130,680 minit melibatkan liga dan Piala FA.

Angka tersebut membentuk pemain Liga Super atas 34 tahun menjadi 9% peratus.

Atau 9% peratus bola sepak domestik kini ditunjangi oleh pemain tua.

Baca Juga

Baca Juga