FAM Menunggu Penjelasan Lim Teong Kim

FAM menunggu penjelasan Lim Teong Kim ekoran kontroversi yang terjadi di Korea Selatan selepas Teong Kim didakwa secara tiba-tiba meminta perlawanan dihentikan dan tidak membenarkan anak buahnya bermain.

Menurut Harian Metro Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menuntut penjelasan daripada Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Lim Teong Kim berhubung insiden dalam siri jelajah skuad bawah 14 tahun negara di Korea Selatan bulan lalu.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan perkara itu berkata, surat tunjuk sebab sudah dihantar kepada bekas jurulatih akademi kelab Bayern Munich itu.

“Kami menerima aduan daripada Persatuan Bolasepak Korea Selatan yang kemudian dihantar kepada NFDP untuk mereka memberikan penjelasan berhubung tindakan Teong Kim.

“Buat masa ini kami masih menantikan penjelasan itu,” katanya.

Insiden kontroversi itu berlaku pada 29 September lalu ketika skuad kendalian Teong Kim beraksi menentang Pohang FC Steelers.

Selepas kelab Korea itu mendahului 4-0 pada babak pertama, Teong Kim didakwa secara tiba-tiba meminta perlawanan dihentikan dan tidak membenarkan anak buahnya masuk ke padang selepas rehat.

Baca : Di Gelar Penyelamat Bola Sepak Negara : Siapakah Lim Teong Kim?

Difahamkan bekas pemain kebangsaan itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Pohang FC Steelers menurunkan pemain lebih umur dalam perlawanan berkenaan.

Namun, kelab Korea Selatan itu memberikan penjelasan yang mereka sudah memaklumkan kepada Teong Kim lebih awal akan menurunkan tiga pemain berusia 15 tahun berserta bukti kad pengenalan pemain berkenaan.

Tapi, Teong Kim enggan menerima penjelasan berkenaan, sekali gus menimbulkan rasa kecewa tuan rumah dengan sikap Pengarah NFDP itu.

Untuk rekod sebelum ini Lim Teong Kim pernah mencetuskan kontroversi apabila melabel jurulatih di Malaysia “bodoh sombong” yang membuatkan semua jurulatih sentap.

Sumber : Harian Metro

Baca Juga

Baca Juga