FAM Mohon Maaf Selepas Dituduh ‘Claim’ Kejayaan Skuad Malaysia B-15

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan ‘Aksi Mantap Skuad B-15 Kebangsaan Hasil Daripada DNA Bola Sepak Negara’ di laman sosial laman bukunya semalam.

“Aksi Mantap Skuad B-15 Kebangsaan Hasil Daripada DNA Bola Sepak Negara.”

“Aksi mantap yang dipamerkan oleh skuad B-15 kebangsaan pada Kejuaraan B-15 AFF 2019 di Chonburi, Thailand yang sedang berlangsung ketika ini adalah hasil adaptasi mereka daripada DNA Bola Sepak Malaysia yang telah dilancarkan bulan lepas oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

Isu ‘claim’ ini wujud kerana pemain yang mewakili Malaysia Bawah 15 tahun ini majoritinya adalah daripada pemain Akademi Mokhtar Dahari(AMD) yang merupakan program dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia(PPBN atau NFDP).

Daripada senarai akhir pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam untuk ke Chonburi, Thailand bagi Kejuaraan B-15 AFF 2019 yang bermula dari 26 Julai hingga 10 Ogos 2019 hanya 2 pemain sahaja bukan daripada Akademi Mokhtar Dahari(AMD).

Dua pemain yang dipanggil bukan daripada Akademi Mokhtar Dahari(AMD) merupakan pelatih Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail(SSTMI) dan SMK Ibrahim FIkri.

Kenyataan yang menimbulkan kekecohan di media sosial oleh netizen itu telah dipadamkan oleh FAM dan permohonan maaf telah dibuat oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

Menurut Stuart Ramalingam, bukan niat FAM untuk mengambil kredit atau ‘claim’ kejayaan skuad B-15 kebangsaan. Korang bacalah kenyataan ni kat bawah ada versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

FAM Mohon Maaf, Tiada Niat ‘Claim’ Kejayaan Skuad B-15 Kebangsaan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memohon maaf di atas kenyataan yang disiarkan di facebook rasmi kami, malam tadi.

Bukan niat FAM untuk mengambil kredit atau ‘claim’ kejayaan skuad B-15 kebangsaan kendalian P Maniam menewaskan Australia 3-0 pada perlawanan ketiga Kumpulan B, Kejuaraan B-15 AFF 2019 di Chonburi, Thailand, petang semalam adalah hasil segera daripada DNA Bola Sepak Malaysia yang baru saja dilancarkan FAM pada 9 Julai lalu.

Apa yang cuba dimaksudkan dalam kenyataan itu sebenarnya adalah kejayaan tersebut serta prestasi baik skuad B-15 kebangsaan bermula dengan Kejohanan Jockey Club International Youth 2019 Di Hong Kong, April lalu, seterusnya muncul juara CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019, bulan lalu dan disusuli aksi baik pada Kejuaraan B-15 AFF 2019 ketika ini menunjukkan yang mereka berada pada landasan yang betul dan seiring dengan apa yang cuba diterapkan dalam DNA Bola Sepak Malaysia itu.

Untuk makluman semua, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) merupakan projek yang dilaksanakan secara bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi kerjasama baharu yang terjalin sejak Disember 2018.

Kami gembira melihat kerjasama ini telah mula membuahkan hasil dan pencapaian pasukan-pasukan remaja negara seperti yang ditampilkan skuad B-15 kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa projek ini sedang berjalan dengan baik dan lancar.

Di sini, FAM turut ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada barisan penggerak NFDP dan juga pihak Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang kerana tanpa sokongan dan usaha mereka selama ini, para pemain skuad B-15 kebangsaan ini tidak akan sampai ke tahap terbaik ini bagi meneruskan kesinambungan corak permainan mereka seiring dengan DNA Bola Sepak Malaysia yang baru dilancarkan itu.

Kenyataan yang disiarkan di facebook rasmi kami, malam tadi itu juga telah pun dipadam.

Justeru, saya berharap agar kita semua tidak terus berbalah mengenai hal mengambil kredit atau ‘claim’ ini. Sebaliknya marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu dan mendoakan skuad B-15 kebangsaan terus mencatat kemenangan pada baki dua perlawanan Kumpulan B bertemu Laos esok dan tuan rumah, Thailand pada Isnin untuk kita layak ke separuh akhir dan seterusnya ke pentas final bagi menjuarai kejohanan ini.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

FAM Apologises, No Intentions to ‘Claim’ National U-15 Squad’s Achievements

The Football Association of Malaysia (FAM) would like to apologise today on the statement which was released on our official facebook page last night.

It was not FAM’s intention to take credit or claim the success of the national U-15 squad as P Maniam’s boys beat Australia 3-0 in the third Group B match of the 2019 AFF U-15 Championship in Chonburi, Thailand, yesterday evening as a direct result of the Malaysian Football DNA which was just launched by FAM on 9th July.

The actual intention of the statement was that the success and good progress shown by the national U-15 squad which started with the 2019 Jockey Club International Youth Championship in Hong Kong last April followed by being crowned champions of the CFA Team China International Youth Football Tournament Haikou 2019, last month and currently the good form displayed in the 2019 AFF U-15 Championship shows that they are on the right track and in line with what is inscribed in the Malaysian Football DNA.

To put it all in perspective, the National Football Development Program (NFDP) is a project jointly implemented by the Ministry of Youth and Sports (KBS), FAM and the National Sports Council (MSN) through a new collaboration since December 2018.

We are pleased to see that this partnership has begun to bear fruit and achievements of the national youth teams as is seen in the national U-15 squad clearly shows that this project is going well and smoothly.

FAM would also like to take the opportunity to thank the NFDP staff and the Mokhtar Dahari National Football Academy (AMD) in Gambang, Pahang because without their unwavering support and efforts, the players of the national U-15 squad would not be in the best conditions to execute the gameplay and strategies in line with the newly launched Malaysian Football DNA.

The statement posted on our official facebook page last night has also been deleted.

Therefore, I hope that we do not keep arguing when it comes to taking credit or ‘claim’. Instead, let’s give our full support and pray for the U-15 squad to continue their good run in the remaining two Group B matches – against Laos tomorrow and host, Thailand on Monday to qualify for the semi-finals and advance to the final of the tournament.

Stuart Ramalingam
Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary

Baca Juga

Baca Juga