FAM Pecat Lim Teong Kim

Ekoran prestasi buruk skuad Malaysia Bawah 16 tahun di Kejohanan Piala AFC Bawah 16 yang tersingkir di peringkat kumpulan dengan tempat tercorot khidmat Jurulatih Skuad B-16 Kebangsaan, Lim Teong Kim Ditamatkan.

Sasaran awal skuad bawah 16 tahun Malaysia ini mara ke separuh akhir dan layak ke Piala Dunia bawah 17 yang akan berlangsung tahun hadapan di Peru. Bermula dengan cemerlang membelasaha Tajikistan 6-2, namun Malaysia tewas kepada Thailand dan Jepun.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di laman muka buku rasmi FAM dan keputusan ini berkuatkuasa serta-merta atas arahan Presiden FAM, YH Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Memetik kenyataan dari Stuart Ramalingam :

“Keputusan dibuat berdasarkan prestasi skuad negara yang tidak melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Dato’ Hamidin sudahpun mengarahkan Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal memanggil Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia FAM bermesyuarat bersama Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo secepat mungkin untuk membentuk panel pemilihan bagi mencari pengendali baharu skuad B-16 kebangsaan dan cadangan mereka itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk diputuskan,” katanya.

Stuart turut membuat penjelasan dan menegaskan FAM tidak mengikat sebarang kontrak dengan Teong Kim, sebaliknya jurulatih itu mempunyai perjanjian dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kuasa FAM terhad kepada pelantikan ketua jurulatih dan panel penolongnya, tetapi Teong Kim masih mempunyai baki kontrak bersama majikannya. Terpulang kepada KBS untuk menentukan masa depan Teong Kim,” kata Stuart.

Sebelum ini anak didik S. Balachandran hanya selangkah ke Piala Dunia B-17 2015 di Chile apabila tewas tipis 2-1 kepada Australia pada suku akhir di Thailand pada 2014.

Lim Teong Kim hanya dipecat sebagai jurulatih Malaysia bawah 16 dan masih kekal jawatan bersama KBS buat masa sekarang.

Baca Juga

Baca Juga