Ferdinand Dedah Kisah Roy Keane Menumbuk Chris Eagles

Rio Ferdinand telah membuat pendedahan tentang kisah pemain panas baran, Roy Keane yang melakukan tindakan luar kawalan apabila telah menumbuk seorang pemain remaja Manchester United ketika sesi latihan.

Roy Keane merupakan seorang pemain tengah yang bijak dan lelaki Irish itu sangat terkenal dengan terjahan kerana telah bermain bersama Setan Merah dari tahun 1993 sehingga 2005.

Sepanjang 12 tahun mengemudi jentera tengah Manchester United, Roy Keane telah membuat 480 penampilan dan sering terpalit dengan perbalahan di padang. Keane vs Vieira.

Roy Keane juga merupakan antara ketua pasukan Manchester United yang paling berkaliber dan membantu kelab memenangi 17 trofi kejuaraaan.

Apa yang membuatkan Keane menjadi pemain yang bagus adalah keinginan yang tinggi untuk menang dan memberikan segala-galanya di padang kerana tidak boleh menerima kekalahan.

Semangat yang berlebihan dan meluap-luap ini menyebabkan Keane mempunyai masalah disiplin yang teruk di padang dengan permainan yang keras lagi kasar.

Sepanjang karienya di Premier League, Roy Keane telah mengutip 69 kad kuning dan 7 kad merah. Entah berapa ramai pemain dicederakan Keane.

Keane sudah diketahui sebagai pemain yang selalu hilang akal dipadang dengan sifat panas barannya itu. Bekeng nak mapuh.

Rio Ferdinand telah mendedahkan bahawa Keane juga pernah naik baran ketika sesi latihan. Bekeng rato riti.

Bercakap kepada the VIBE with FIVE podcast, Rio Ferdinand mendedahkan satu kisah di mana Roy Keane telah menumbuk pemain remaja Manchester United, Chris Eagle di bahagian muka.

“Aku masih ingat ada satu kali tu, Keane menumbuk Chris Eagle dan masa tu Eagle masih budak yang mencari kebebasan.”

“Roy masa tu baru kembali dari kecederaan dan tidak beraksi. Roy bermain dengan pasukan simpanan dan budak-budak muda masa tu seperti Eagles dan Lee Martin ni macam tikus. Masuk dekat je terus cuba tackle.”

“Eagles ni sekali dua juga la buat tackle lambat kepada Roy dan Roy sound la ‘Dengar, perlahan la sikit’.”

“Bola datang lagi dan Eagles cuba membuktikan sesuatu yang meninggalkan kenangan dan sekali lagi mengasari Roy dan Roy terus tarik jersi Eagles.”

“Roy pusing je dan bang satu tumbukan padu ke rahang.”

Rio Ferdinand yang melihat situasi itu nyata tidak senang dengan tindakan Roy Keane lalu pergi mengadap Roy.

“Satu tumbukan pantas dan aku berdiri kat situ lalu pergi dekat Roy ‘Kenapa dengan kau ni Roy?”

“Aku masuk ke dalam dan aku cakap ‘ Roy, kenapa la kau buat lagu ni? Di budak kecik lagi kot’.”

Nasib baik Ferdinand masuk campur tidak berkicap Eagles muka mintak penumbuk tu kena dengan Roy, Roy, hati kau keras.

Sebagai pemain muda, Eagles cuba melakukan sesuatu bagi menarik perhatian supaya beliau dapat beraksi untuk pasukan utama namun Roy Keane jugak kau cari.

Karier Eagles di Manchester United tidaklah begitu gemilang, cemerlang dan terbilang mungkin kerana kesan tumbukan Roy Keane.

Chris Eagles hanya sempar membuat 17 penampilan bersama Manchester United sebelum berpindah ke Burnley pada tahun 2008.

Kini Chris Eagles sudah berusia 5 tahun dan tidak mempunyai kelab selepas meninggalkan Oldham pada Januari 2020.

BACA:  Keane Akui Jadi Pengurus Interim Tidak Akan Berlaku Dan Jangan Lupa Beliau Pernah Jadi Pengurus Sunderland