Ferdinand Gerun dan Gentar Dengan Kehebatan Liverpool

Liverpool power this is our kini semakin mendonia mungkin menjadi every year is our year menjadi fenomena nyata menimbulkan rasa takut dan gerun buat Rio Ferdinand.

Kegusaran dan keresahan hati bekas pemain Manchester United itu adalah jika Liverpool terus menguasai dunia bola sepak untuk satu tempoh yang lama.

Liverpool kini hanya menunggu detik sahaja untuk dinobatkan sebagai juara Premier League buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun selepas sekian lama mencuba.

Kejayaan Liverpool ini akan menidakkan kenyataan Gary Neville bahawa Manchester United akan terlebih dahulu menjadi juara sebelum Liverpool.

Liverpool kini gah teruk di puncak dengan perbezaan 22 mata dan hanya memerlukan 6 kemenangan daripada baki 13 perlawanan. Gila padu.

Musim lalu Liverpool telah mendakap trofi Champions League buat kali ke-6 dalam sejarah kelab dan muncul juara FIFA Club World Cup.

Pecah peluh Ferdinand memikirkan masa depan cemerl;ang Liverpool.

Ferdinand mengakui sangat teruja dan menghormati Liverpool. Elemen nasib atau tuah bukan faktor kejayaan tetapi Liverpool merupakan sebuah pasukan yang bagus.

“Kau patut hormati perkara ini. Aku fikir Liverpool telah melakukan satu tugas yang luar biasa.”

“Dalam tempoh dua tahun lalu, jumlah mata yang dipungut oleh Liverpool sangat fenomena. Mereka telah melakukannya jadi kau kena akui dan hormati.”

“Kau tidak bernasib baik untuk memenangi liga, aku tahu dari pengalaman aku. Kau tidak perlukan tuah kau perlu jadi sebaik mungkin untuk menang liga.”

“Liverpool ni dah terlebih baik.”

Situasi ini sedikit merunsingkan Rio Ferdinand yang takut fenomena ini merupakan satu permulaan buat Liverpool untuk mendonia bagi tempoh yang lama.

“Aku fikir bahagian yang paling menakutkan dari Liverpool ini bukannya hari ini tetapi mereka akan terus sebegini untuk tempoh yang panjang.”

“Mereka seperti sebuah pasukan yang dibentuk untuk tempoh jangka panjang. Aku fikir pasukan lain dan pemilik yang lain boleh mencontohi apa Liverpool lakukan.”

“Mereka telah melabur kepada pengurus dan idea. Pengurus dibenarkan untuk melaksanakan idea itu sepanjang masa.”

Apa yang dikecapi kini oleh Liverpool bagi Ferdinand adalah satu permulaan sahaja dan banyak lagi akan tiba.

“Klopp tidak mempunyai kejayaan yang segera. Tetapi hasil akan dapat kau lihat dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang.”

“Sekarang ini hanya satu permulaan ke arah itu.”

“Klopp telah diberi masa dan sumber dan kini trofi mula datang.”

Apa yang diperkatakan Ferdinand itu ada kebenarannya di mana Jurgen Klopp diberi tempoh yang secukupnya untuk membina pasukan sejak beliau hadir ke Liverpool.

Pengurus yang kini berusia 51 tahun itu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Klopp bukan sahaja membina pasukan tetapi juga telah mencipta pemainnya menjadi bintang bola sepak dunia dan mendominasi carta 10 teratas Ballon d’Or.

Pemain seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino telah dibeli pada harga berpatutan lalu diasah untuk menjadi bintang.

Virgil Van Dijk dan Allisson Becker dibeli pada harga memecahkan rekod perpindahan dunia mengikut posisi masing-masing.

Namun impak daripada yang diberi oleh kedua-dua pemain ini telah lebih daripada jumlah yang telah dibayar oleh Liverpool.

Pemain dengan harga yahudi ini telah memimpin dan memberi kestabilan tanpa batas di bahagian pertahana Liverpool dan menjadi kebal tidak boleh bawa bincang.

Kepimpinan dan kewibaan yang ada pada Van dijk telah membolehkan pemain seperti Joe Gomez, Trent Alexander Arnold dan And Robertson mengeluarkan potensi sebenar mereka.

Arnold kini dinilai sebagai pemain pertahanan paling bernilai di muka bumi pada usia yang sangat muda.

Maka tidak hairanlah Ferdinand takut dan mungkin terkencing tiga titik dengan peluk menitik memikirkan masa depan cemerlang menanti Liverpool.

BACA:  Carragher Secara Brutal Menganjing Ferdinand Supaya Tidak Jadi Fan Boy Ronaldo