Ferdinand Gesa Liverpool Tandatangani Bintang Premier League Ini

Rio Ferdinand percaya yang Liverpool seharusnya menandingi Manchester City untuk menandatangani Jack Grealish dari Aston Villa.

Ketua pasukan Aston Villa, Grealish telah dikaitkan dengan perpindahan untuk menyertai Manchester City pada musim panas ini, dengan Villa meminta yuran perpindahan bernilai £100 juta.

Pemain berusia 25 tahun itu sedang dalam rundingan bersama pihak kelabnya berkait urusan tawaran kontrak baru.

Rio Ferdinand yakin yang Jack Grealish merupakan salah seorang pemain terbaik dan paling berbakat dalam dunia bola sepak masa kini.

Beliau menjelaskan di saluran Youtube miliknya FIVE dengan menjelaskan bahawa:

“Tidak ramai pemain yang mengujakan dalam dunia bola sepak yang menghasilkan detik mengujakan dan akan membuatkan kamu rasa, ‘wow itu sangat gila.”

“Jack Grealish lakukan itu. Dia seorang yang sungguh luar biasa. Jika saya Liverpool, saya akan berusaha untuk kejar dia. Jika saya Manchester City, saya akan dapatkan dia.”

“Kerana dia akan bantu ubah mereka. Dia boleh naikkan Chelsea, 100 peratus. Siapa saja yang ada duit untuk bayar dan dapatkan dia, lakukan segera.”

“Jika Liverpool beli dia, ia tentunya akan memberikan hasil yang menakjubkan. Dia akan bantu perbaiki mereka dan kemudian semua seperti, ‘wow'”.

Liverpool pada musim panas ini baru menandatangani Ibrahima Konate selepas mereka pada musim lalu berdepan dengan masalah kecederaan pemain pertahanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mengakhiri saingan liga musim lalu di kedudukan ketiga dengan mereka gagal untuk mempertahankan kejuaraan Premier League yang dimenangi musim sebelumnya.

Grealish sebelum ini turut dikaitkan dengan Manchester United, dan Ferdinand mengakui yang beliau sangat berharap hal itu akan jadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, United telah menandatangani Bruno Fernandes dan baru-baru ini mereka telah membawa masuk Jadon Sancho pula.

Oleh yang demikian, Ferdinand sendiri mengakui jika United mahu mendapatkan Grealish pada ketika ini, ia bukanlah langkah yang bijak untuk kedua-dua belah pihak.

“Saya sangat suka untuk lihat dia sertai Manchester United, jelas sekali. Tapi saya rasa posisi dia agak padat sekarang.”

Jelas legenda berusia 42 tahun itu.

“Bruno Fernandes di posisi nombor 10, Marcus Rashford di sebelah kiri, Anthony Martial ada di sana, Paul Pogba ada di sana.”

“Ia seolah-olah satu peraturan yang ditetapkan di Manchester United, melainkan mereka kata, ‘tidak, kita akan tukar satu dua pemain untuk dapatkan dia.’

City baru-baru ini telah menghantar bidaan untuk memulakan sesi rundingan berkait perpindahan Jack Grealish.

Menurut pakar perpindahan, Fabrizio Romano, keputusan berkait rundingan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Manusia paling jujur di muka bumi, Fabrizio Romano menjelaskan bahawa:

“Manchester City ketika ini sedang berunding secara langsung dengan Aston Villa untuk dapatkan Jack Grealish. Rundingan sedang berjalan dan keputusan bakal diputuskan. Ia tidak akan mengambil masa yang lama, keputusan akan diumumkan dalam masa beberapa hari dari sekarang.”

“Aston Villa sudah menawarkan Grealish kontrak baru. Dengan mereka berharap untuk kekalkan dia.”

Satu hal yang pasti, semua peminat juga tahu, Liverpool tak akan keluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan pemain seperti Grealish.

Peminat The Reds sendiri bahkan sedang dalam kerisauan ketika ini selepas melihatkan tidak ada sebarang penandatanganan baru yang dilakukan oleh kelab.

Ketika pasukan lain sedang hangat berbelanja sakan, Liverpool masih santai mengaut keuntungan dengan menjual pemain, tanpa menandatangani pemain baru.

Kalau Ferdinand adalah Liverpool, beliau sudah tandatangani Grealish

Jadi tak pasti apa yang dimaksudkan oleh Ferdinand kerana beliau sendiri sedar pemilik Liverpool tidak akan pernah mengeluarkan dana seperti itu untuk membeli pemain.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Liverpool Teruja Dengan Aksi Mantap Diaz Ketika Debutnya Bertemu Leicester