Ferdinand Mahu Manchester United Dapatkan Mbappe Dan Haaland

Bekas pertahanan kental Manchester United yang memegang gelaran legenda kelab, Rio Ferdinand tanpa berselindung penuh bernafsu mahu Manchester United mengikat dua pemain sensasi Kylian Mbappe dan Erling Braut Haaland.

Jika disebut nama dua pemain muda ini pasti semua kelab akan meleleh air liur mendambakan kedua-dua pemain ini namun sudah pasti harganya tahap wor and fu sahaja mampu memilikinya.

Bekas pesara sukan tinju tanpa pernah bertarung itu nyata serius mahu melihat dua pemain itu ke Old Traffor dan berharap Setan Merah menggegarkan langit dan bumi bagi mendapatkan dua pemain tersebut.

Minggu lalu Kylian Mbappe menggegar dunia bola sepak Eropah dengan jaringan hatrik ketika menentang Barcelona dan aksi Mbappe memberi inspirasi dan motivasi kepada Erling Braut Haaland.

Sehari selepas itu Haaland menjaringkan dua gol ketika menentang Sevilla dan mengakui aksi cemerlang Mbappe menjadi motivasi diri beliau untuk turut cemerlang.

Media kemudian melaporkan bahawa perseteruan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah tamat dan pertembungan Mbappe dan Haaland mengambil alih.

Rio Ferdinand berpendapat Setan Merah perlu mendapatkan pemain berbakat yang penuh mengujakan jika mereka mahu mencabar gelaran juara.

“Musim lepas Manchester United berusaha mengejar semua orang, Setan Merah menamatkan musim 30 mata dibelakang Liverpool sekarang Setan Merah di atas Liverpool.”

“Ini merupakan satu pencapaian yang sangat-sangat besar, musim lalu kami tidak pernah terfikir Manchester United akan menang liga atau berada di atas sana.”

“Empat atau lima minggu lepas kami menyatakan perkara itu. Jadi aku melihatnya sebagai satu langkah besar untuk ke arah yang benar.”

“Adakah pasukan ini berada dalam kedudukan yang baik berbanding musim lepas? Ya, benar. Adakah usaha yang masih perlu dilakukan? Ya, ada.

Ferdinand juga mahu Manchester United mendapatkan seorang pertahanan tengah yang mampu memimpin dan laju selain Mbappe dan Haaland.

“Aku melihat kemajuan, aku nampak banyak ruang yang perlu diperbaiki, kami perlu membeli seorang pertahanan tengah yang mampu memimpin dan mempunyai kelajuan. Tolonglah!”

“Aku rasa Edison Cavani satu kehadiran yang bagus tetapi kami perlukan centre forward.”

“Jika manusia seperti Erling Haaland atau Kylian Mbappe masih wujud kau jangan benarkan mereka pergi ke pasukan lain.”

“Kau perlu goncangkan langit dan bumi untuk mendapatkan mereka.”

Untuk membawa kisah klasik di zaman silam kembali, Manchester United perlu mendapatkan pemain bintang yang mampu mengubah perlawanan.

“Manchester United perlukan pemain bintang dan budak dua ekor ni boleh menukar cerita perjalanan kelab kelab bolas sepak, lagu tu lah kepoweran mereka.”

“Ada ruang untuk peningkatan dan peluang untuk memajukan skuad ini, masih wujud pemain lain diluar sana.”

Kontrak Mbappe bersama PSG akan tamat pada Jun 2022 dengan baki kontrak lagi setahun Mbappe akan berada dalam pasaran perpindahan jika tiada kontrak baru dengan PSG dipersetujui.

Tiga tahun lalu, Manchester United dilaporkan hampir mengikat Haaland dengan harga £3 juta sahaja namun di sailang RB Salzburg tang konar.

Peluang sekali lagi terbuka tahun lalu buat Setan Merah namun harga yang diletakkan sangat tinggi lalu Haaland ke Borussia Dortmund dengan harga biasa-biasa sahaja.

BACA:  Rio Ferdinand Dedah Mahu Sertai Pasukan Musuh Selepas Dikapak Van Gaal