Ferdinand Sanggah Teori Machester United Lebih Power Tanpa Ronaldo

Pemain legenda Manchester United, Rio Ferdinand sanggah teori sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Manchester United akan menjadi lebih power tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dalam pasukan.

Cristiano Ronaldo langsung tidak disenaraikan ketika menentang Manchester City dan ada yang menyatakan pasukan bimbingan Ralf Rangnick itu akan hebat menyerang tanpa Ronaldo di depan.

Natijahnya Manchester United mudah diratah jiran mereka Cik City dengan jaringan 4-1 membuatkan Setan Merah tidak mampu mengangkat muka.

Ronaldo kembali dalam perlawanan wajib menang menentang Spurs untuk terus menghidupkan peluang ke Champions League musim hadapan dan menjaringkan hatrik ke-59 dalam karier.

Pemain Portugal itu kembali dipuji oleh media Massa apabila menjaringkan gol paling banyak daripada mana-mana pemain dalam sejarah bola sepak.

Setakat ini Ronaldo telah menjaringkan 9 gol dalam 23 perlawanan untuk Setan Merah.

Bekas rakan sepasukan Ronaldo, Rio Ferdinand telah menolak segala teori yang menyatakan Setan Merah akan bermain lebih bagus tanpa pemain bintang Portugal itu di kesebelasan utama.

Menjelang perlawanan kedua menentang Atletico Madrid, Rio Ferdinand menjelaskan bahawa Setan Merah tidak akan lepas peringkat kumpulan UEFA Champions League tanpa kehadiran Ronaldo yang genius.

Cristiano Ronaldo telah menjulang kejuaraan UEFA Champions League sebanyak 5 kali termasuklah bersama-sama Rio Ferdinand pada tahun 2008 ketika dibawah pengurusan Sir Alex Ferguson.

Pada peringkat kumpulan, Ronaldo telah menjaringkan 6 gol dalam 5 perlawanan untuk meletakkan Setan Merah menjadi juara kumpulan F mengatasi Villarreal, Atalanta dan Youns Boys.

“Tanpa Ronaldo, Man United tidak akan bermain di Champions League. Adakah United lebih kuat tanpa Ronaldo? Aku tak setuju dengan semua itu.”

“Jika Ronaldo tidak bermain untuk Man United maka mereka telah terkeluar di peringkat kumpulan.”

“Seorang pemain dengan kebolehannya dan bakatnya, pemain yang tegas seperti dia, yang telah menunjukkannya kehebatan selama bertahun-tahun dan musim ini dia boleh membuat perubahan.”

“Man United bukanlah pasukan yang berada dikedudukan yang kau boleh cakap: ‘Ok, kami terlalu bagus untuk mempunyai pemain seperti Ronaldo dalam pasukan kami.'”

Ronaldo telah menjaringkan satu gol ketika tewas kepada Young Boys. Menjaringkan gol kemenangan lewat permainan di Old Trafford menentang Villarreal dan Atalanta.

Di Itali, Ronaldo menjaringkan dua gol ketika seri menentang Atalanta dan menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Villarreal.

Gol Ronaldo diperingkat kumpulan telah memberikan United 7 mata dari 11 mata yang berjaya diraih tanpa mengira satu gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Villareal.

Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh Rio Ferdinand yang menafikan pendapat, Man United akan lebih power tanpa Ronaldo kerana tanpa Ronaldo Setan Merah mungkin kembali ke Europa League atau langsung tiada aksi Eropah lagi musim ini.

Dengan Anthony Martial yang disayangi ramai dipijamkan ke Sevilla serta Mason Greenwood yang masih tergantung sepi selepas terpalit dengan kontroversi berat Man United tidak mempunyai banyak pilihan untuk penyerang asli.

Dalam skuad utama selain Cristiano Ronaldo hanya berbaki Marcus Rashford yang makin kelaut, Edison Cavani yang dibelenggu kecederaan dan pemain muda penuh semangat, Anthony Elanga yang dinaikkan pangkat dengan ketiadaan Martial dan Greenwood.

Hatrik Ronaldo ketika menentang Tottenham Hotspur telah menutup mulut pengkritik. Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer teruk dihentam dan akhirnya dipecat.

Kemudian Harry Maguire menjadi mangsa kecaman apabila keputusan buruk dicapai. Selepas Maguire tidak beraksi Ronaldo pula menjadi sasaran namun hatrik dan tiga mata senyapkan pengkritik buat seketika.

Harry Maguire konsisten dengan aksi kelakar terus menjadi bahan kritikan dan jenaka.

Di usia senja bagi seorang pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo kini sudah menjaringkan 18 gol dalam 31 perlawanan dalam semua kejohanan selepas membuat kepulangan kembali ke Old Trafford.

Hanya dua gol lagi diperlukan Ronaldo untuk menjaringkan sekurang-kurang 20 gol semusim untuk 16 musim secara berturut-turut.

BACA:  Dybala Akui Pernah Membenci Cristiano Ronaldo