Ferdinand Suruh Ole Hubungi Beliau Untuk Selesaikan Masalah

Rio Ferdinand meminta pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer untuk menghubungi beliau selepas menegaskan yang hanya kasih sayang sahaja ada antara mereka berdua.

Solskjaer baru-baru ini mengkritik komen dari bekas rakan sepasukannya itu berkait kecederaan Phil Jones dan sikap Cristiano Ronaldo yang mahu menjadi pembantu pengurus di tepi padang.

Ferdinand kemudiannya tampil untuk meredakan keadaan dan menjelaskan kepada umum yang hubungan beliau dengan Solskjaer dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menerusi saluran Youtube miliknya, beliau memberi pesanan kepada Ole Gunnar Solskjaer dengan menyatakan:

“Ole mencari saya hari itu menerusi surat khabar! Dia cari saya, saya macam tak percaya.”

“Ketika saya lihat Ole, saya akan berikan dia satu pelukan hangat. Saya akan hulurkan tangan untuk bersalam dengan dia dan saya akan katakan, ‘semuanya tentang kasih sayang, saya sayang kamu sahabat!’ saya peminat setia dia.”

“Ole at the wheel, ia tidak akan berlaku sehingga saya katakan itu. Saya tak ada masalah, saya langsung tak ada masalah dengan sesiapa sahaja di Manchester United.”

“Ada macam-macam yang saya dengar tentang situasi panas seperti sekarang, dan kamu dapat maklumat yang salah dari sini dan sana. Kamu hanya perlu hubungi saya, sahabat, kamu cuma perlu hubungi saya.”

Semua insiden panas ini bermula dengan Ferdinand menganggap Jones sebagai individu yang tidak berguna kerana sentiasa berada di tepi padang dan tidak boleh beraksi.

Solskjaer membalas semula kenyataan Ferdinand dengan menyatakan yang penilaian dari bekas rakan sepasukannya itu tidak berasas atas kesukaran yang dihadapi oleh Jones.

Ekoran dari kekalahan 2-1 United di tangan Young Boys minggu lalu, telah tular satu rakaman yang memperlihatkan bagaimana Ronaldo berdiri di sebelah Solskjaer di tepi padang sambil memberi arahan kepada para pemain.

Selepas melihat insiden itu, Rio Ferdinand memberitahu BT Sport yang beliau tidak selesa melihat aksi Ronaldo dan andai dirinya ditempat Ole, beliau tentunya bakal menyuruh Cristiano untuk duduk.

Ketika ditanya tentang komen tersebut, Solskjaer turut menunjukkan reaksi tidak gembira dan mengkritik bekas rakan sepasukannya itu kerana tidak memahami situasi.

“Rio, kamu pun tahu, sekali lagi, kadang kala dia komen pada hal yang dia langsung tak tahu.”

Jelas Solskjaer.

“Sepatutnya kad kuning untuk dia ketika memasukkan Nemanja Matic. Kedua-dua Bruno Fernandes dan Cristiano sangat kompetetif, dan tiba-tiba mereka dikeluarkan.”

“Mereka ada di sana ketika sedang beraksi dengan sering berdepan dengan pengadil. Mereka sangat diperlukan untuk membantu kita menangani situasi yang mana keputusan tak berpihak pada kita.”

Pengurus Manchester United itu kemudiannya tampil menjelaskan apa yang berlaku di garisan tepi padang dan turut menegaskan yang hanya beliau dan pembantunya sahaja yang dibenarkan berada di kawasan tersebut.

“Namun kemudian Cristiano duduk dan Bruno juga duduk.”

Tambah Solskjaer.

“Kita semua tahu yang hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk berada di kawasan teknikal dan ia adalah saya, Michael Carrick atau Mike Phelan atau Kieran McKenna yang akan ada di sana.”

“Ia jelas tiada masalah untuk seorang pemain yang tidak dibuang padang, jadi saya tak ada masalah mereka mahu tunjukkan passion dan kemudian mereka kembali duduk. Ia bukannya situasi yang mana Ronaldo menguruskan para pemain lain.”

Ferdinand kemudiannya menegaskan yang beliau tiada maksud lain dari kata-katanya melainkan mahu melihat United dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Ketika saya berjumpa dengan Ole, semuanya hanya kerana kasih sayang, pelukan dan ciuman.”

Sambungnya lagi.

“Saya faham itu, kerana dia berada di bawah tekanan, ia merupakan tekanan yang sangat tinggi.”

“Ada ramai orang yang timbulkan persoalan pada kamu dan kamu balas dengan reaksi panas pada ketika ini, saya faham.”

“Pada akhirnya, saya rasa mereka tahu, jauh dalam lubuk hati saya, ia langsung tiada kebencian. Mereka semua berkongsi bilik persalinan dengan saya, mereka tahu saya siapa.”

“Jika saya salah, saya angkat tangan, sama seperti apa saya lakukan pada minggu lalu dengan Phil Jones.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer Yakin Man City Tak Mungkin Mampu Atasi United