Fergie’s Time dan Penalti – Liverpool Kelab Yang Paling Bernasib Baik?

Fergie’s Time mendapat jolokan setelah pasukan Manchester United kerap kali menjaringkan gol kemenangan atau penyamaan dalam masa kecederaan, dan paling diingati tentunya gol Michael Owen pada minit ke-96 ketika mereka menewaskan musuh setempat, Manchester City yang berpihak kepada United 4-3.

Terma ini mula digunakan pada tahun 1993 selepas Steve Bruce menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan ketika menentang Sheffield Wednesday sekaligus membolehkan Manchester United menang Premier League pertama mereka dalam tempoh 26 tahun.

Liverpool power this our year berapa tahun?

Dan sejak dari itulah Manchester United telah dilabel membeli pengadil kerana pegawai perlawanan telah dituduh secara sengaja dan juga tidak sengaja memberi masa tambahan kepada Manchester United untuk mendapatkan mata semaksima mungkin iaitu 3 mata.

Tetapi, sebenarnya Manchester United sekadar menduduki tempat kelima jika jumlah keseluruhan gol kemenangan di masa kecederaan dikira dalam era Liga Perdana, dengan 18 kemenangan.

Kelab mana yang paling banyak kali menang pada masa kecederaan?

Top 10 Pemenang Masa Kecederaan Paling Banyak.

Jika menurut gambar gajah di bawah yang memaparkan graf pasukan paling banyak yang mencatat kemenangan dalam masa kecederaan ketika perlawanan Premier League sejak musim 1992 sehingga 2016.

Liverpool power this our year merupakan pasukan paling banyak mencatat kemenangan dalam masa kecederaan sedangkan Manchester United yang power hanya berada di kedudukan kelima selepas Arsenal Chelsea dan Everton.

Tetapi kenapa di panggil Fergie’s Time? Kenapa tidak Liverpool time? King Kenny Times? Gerrard Times? Atau pun Time Square? Atau The Times Gadisku dalam koma?

Kejadian ini dinamakan Fergie’s Time kerana gol masa kecederaan yang dijaringkan Manchester United adalah sewaktu di bawah rejim Sir Alex Ferguson. Manakala pasukan lain pengurusnya bersilih ganti.

Kan Arsenal lagi banyak? Wenger pun dah mereput kot dengan Arsenal dan tak out pun lagi. Kenapa tak letak nama Wenger Time?

Perkara ini bukan rahsia pun sebenarnya. Arsenal Wenger mula mengurus Arsene pada tahun 1996 dan merujuk kepada rentetan bermulanya istilah Fergie Time pada tahun 1993 ketika Steve Bruce menjaringkan gol kemenangan di waktu kecederaan.

injury time
Pasukan paling banyak menang di waktu kecederaan | Gambar : Mirror Football

Untuk rekod dari tahun 1992 hingga 2013 Manchester United telah menjaringkan 81 gol pada minit 90 dan masa tambahan di Premier League sewaktu di bawah tampuk pimpinan kuku besi Sir Alex Ferguson.

Daripada 81 gol tersebut hanya 18 perlawanan sahaja mencatat kemenangan. Hanya di Premier League sahaja. Di Champion League nanti aku kira.

Berikut merupakan 10 pasukan berserta jaringan kemenangan diwaktu kecederaan.

1. Liverpool – 28
2. Arsenal – 21
3. Chelsea -20
4. Everton – 19
5. Manchester United – 18
6. Newcastle – 17
7. Tottenham – 17
8. Aston Villa – 13
9. Wigan Athletic – 12
10. Bolton Wanderers – 11

Pasukan Paling Banyak Mendapat Penalti

Selain dari Fergie’s Time, Liverpool juga merupakan pasukan yang paling banyak mendapat sepakan penalti, berbanding pencabar lain. Adakah Liverpool pasukan yang bernasib baik?

Apa yang nasib baiknya jika dengan jumlah penalti yang paling banyak pun masih tidak membantu memenangi liga. Ye Dok?

penalties
Carta pasukan dengan penalti paling banyak | Gambar : Mirror Football

Top 5 pasukan yang mendapat tendangan penalti yang paling banyak.

1. Liverpool – 137 penalti
2. Arsenal – 129 penalti
3. Manchester United – 123 penalti
4. Chelsea – 122 penalti
5. Newcastle United – 114 penalti

Semoga korang faham apa yang cuba diterangkan kerana Artikel ini ditulis di bawah paras mengantuk maksima sementara menunggu Subuh secara berjemaah di Surau. #DoneRiak.

Baca Juga

Baca Juga