Ferguson Berkongsi Cerita Paolo Maldini Sebagai Anak Yang Taat

Pada suatu ketika dahulu, dunia bola sepak diwarnai oleh dua watak lagenda ini – Alex Ferguson dan Paolo Maldini. Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya Ferguson cuba membawa Maldini untuk bermain bersama pasukan Syaitan Merah.

Sehinggalah cerita ini didedahkan oleh Ferguson ketika melancarkan Piala Juara-juara Antarabangsa yang bakal berlangsung di New York.

Menurut Ferguson, Paolo Maldini asalnya agak terbuka dalam berpindah ke Old Trafford, namun dihalang bapanya yang juga bekas jurulatih Itali dan Milan, Cesare.

Tiga generasi Maldini

“Aku cuba dapatkan Maldini dulu, tapi bila aku jumpa ayahnya, dia ni seorang yang susah nak bawa berbincang, sampai aku rasa bergegor kepala aku,” kata Ferguson.

“Cesare beritahu aku ‘Atuk aku orang Milan, ayah aku orang Milan, aku orang Milan, anak-anak aku orang Milan. Lupakan saja!'”

Sebagai anak yang taat, Paolo menurut kata ayahnya dan hasilnya, dia bermain selama 24 tahun buat Rossoneri, dan telah memenangi semua piala bola sepak yang dipertandingkan termasuk Piala Dunia 2006.

Selain bercerita mengenai anak-beranak Maldini, Ferguson turut mengakui bahawa dia masih merindui suasana perlawanan bola sepak yang sudah menjadi darah dagingnya.

“Ok, aku mengaku aku rindu suasana perlawanan besar, perlawanan akhir. Fantastis!

“Setahun selepas aku bersara, aku pergi ke perlawanan akhir UCL antara Atletico Madrid lawan Real Madrid, dan aku cakap kat isteri aku ‘inilah perlawanan sebenar’.

“Dalam perlawanan besar, perut kau akan memulas dalam sejam sebelum perlawanan bermula. Bila pemain sudah mula memanaskan badan, kau akan rasa macam duduk sorang-sorang je.

“Kau akan cari orang untuk berborak, sebab kau tak kan sabar tunggu perlawanan bermula. Keseronokan tu semakin meruap-ruap dalam jiwa kau. Aku rindu sangat saat itu,” tambah pengurus lagenda tersebut.

Piala Juara-juara Antarabangsa tahun ini bakal menyaksikan pasukan-pasukan hebat dari seluruh dunia berentap piala pra-musim. Antaranya ialah Real Madrid, Barcelona, Paris Saint Germain, Tottenham Hotspur dan Manchester United. Kesemua perlawanan pra-musim ini bakal dilangsungkan di Amerika Syarikat, sebagai sebahagian daripada program pemasaran jenama masing-masing.

Nyata hasutan Syaitan Merah tidak mampu mempengaruhi ketaatan seorang anak kepada keluarga, ssayangi keluarga anda dan hindari hasutan syaitan.

Baca Juga

Baca Juga