Ferguson Dedah Kisah Beliau Kempunan Dapatkan Totti

Share on facebook
Share on twitter

Pengurus legenda yang berada dalam senarai pengurus terbaik sepanjang zaman dalam dunia bola sepak. Sir Alex Ferguson telah mendedahkan kisah beliau yang kempunan untuk mendapatkan legenda AS Roma, Francesco Totti.

Ketika era kegemilangan bersama Manchester United tidak semua yang dihajati Sir Alex Ferguson akan diperlolehi dan Francesco Totti antara pemain membuatkan pengurus dari Scotland itu kempunan.

Manchester United akan menentang AS Roma di Old Trafford dalam perlawanan separuh akhir pertama Europa League.

Sir Alex Ferguson yang telah bersara pada tahun 2013 telah mengumpul 38 trofi sepanjang kerjayanya selama 26 tahun di Old Trafford. Terpaling cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selain melahirkan pemain bintang, Sir Alex juga padu dalam mendapatkan pemain bintang antaranya Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Eric Cantona namun bukan Totti.

Francesco Totti sangat terkenal sebagai “One man club’ merangkap ketua pasukan Roma yang hebat lagi setia disepanjang kariernya.

Bercakap kepada Akhbar Itali, Gazzetta dello Sport menjelang perlawanan Manchester United menentang Roma, Sir Alex Ferguson membuka cerita:

“Kami tertarik dengan Francesco Totti dan kami mahu beliau berada dalam perancangan kami dan kami telah menyatakan hajat kami. Semuanya sangat jelas bahawa Totti tidak mahu meninggalkan kota Rom.”

“Kota Rom melekat dengan begitu mendalam dengan Totti. Semua ini jelas dalam CV (Curriculum vitae) beliau. Dalam karier Totti beliau hanya akan memakai jersi Roma sahaja.”

Seluruh kariernya, Francesco Totti setia bersama AS Roma sebelum mengundurkan dir daripada dunia bola sepak dan bergelar pesara pada tahun 2017.

Francesco Totti yang kini berusia 44 tahun telah beraksi selama 25 tahun di Serie A dengan mengumpul785 penampilan dan mencetak 307 gol serta 184 bantuan gol untuk Roma.

Kapten Itali itu telah menjulang satu trofi Serie A title, dua Piala Coppa Italia and dua gelaran Italian Super Cups dengan Roma.

Sudah pasti pencapaian tahap kayangan Totti adalah menjulang piala keagungan bola sepak yang didambakan semua pemain, Piala Dunia bagi tahun 2006.

Totti pernah bertandang ke Old Trafford pada 2007 namun telah dibelasah 7-1 di suku akhir kedua Champions League.

Sepanjang kariernya yang setia bersama AS Roma, Totti telah bermain bersama beberapa pemain lagenda dunia seperti Gabriel Batistuta, Cafu, Andrea Pirlo, Alessandro Del Piero, Paolo Maldini dan Gianluigi Buffon.

Kesetiaan Totti kepada Roma bukan sahaja menolak tawaran Manchester United malah pasukan gergasi yang lain.

Totti tolak Tawaran Real Madrid

Bekas kapten AS Roma, Francesco Totti menyatakan sebab utama beliau menolak tawaran untuk menyertai Real Madrid adalah kerana penyokong, rakan sepasukan dan juga keluarga.

Totti mendapat perhatian daripada Real Madrid pada jendela perpindahan 2014. Namun pemain kelahiran Roma itu memilih untuk terus kekal bersama kelab kebanggaan Rom itu sehingga ke penghujung kariernya pada 2017.

Menurut laporan, Los Blancos menawarkan harga €25 juta untuk Roma berhijrah ke Barnebeu. Namun demikian Totti akhirnya kekal di Stadio Olimpico.

“Saya sebenarnya tidak menolah, malah saya sering memikirkannya. Seperti saya pernah katakan, 80% [niat untuk berpindah] itu ada,” kata Totti baru-baru ini.

Totti mengaku pada ketika itu ia adalah keputusan mudah untuk terus menyertai Real. Malah isterinya, Ilary Blasi juga sudah beredia dengan kehidupan baru di Madrid.

Namun penyokong AS Roma, rakan-rakan dan keluarganya di Itali menjadi penghambat utama untuk beliau meneruskan niat tersebut.

“Isteri saya, Ilary berkata ‘Saya akan meninggalkan segalanya, saya akan pergi dengan mu, mari kita buat keputusan ini’.

“Tetapi Keputusan [yang di buat] dari hati, memikirkan suporter, teman, dan keluarga,” kata Totti.

Selepas menolak tawaran dari Real Madrid, Totti berpendapat beliau kemudiannya tampil sebagai pemain yang berbeza. Perasaan itu adalah kerana beliau berani menolak peluang untuk menyertai Madrid.

Madrid sanggup menebus klausa pelepasan €25 juta Totti, memberikan segalanya yang dimahukan pemain itu, kecuali lilitan kapten yang dimiliki oleh Raul Gonzalez.

Menurut Totti, Raul adalah kapten dan simbol kepada Real Madrid.

“Saya melakukan sesuatu yang berbeza dari apa yang selalu dilakukan pemain lain. Kebiasaan pemain akan pergi ke Madrid, Barcelona, Bayern Munich apabila ditawarkan. Saya pula berbeza,” ujar Totti.

Topi Keledar Khas Rossi Tribute Kepada Totti

Valentino Rossi meneruskan tradisi apabila berlumba di negara kelahiran beliau iaitu Italy apabila telah memakai topi keledar edisi khas di perlumbaan MotoGP Mugello pada 2017.

Topi keledar keledar yang digunakan oleh Valentino Rossi bertemakan bola sepak.

Topi keledar edisi khas yang hanya dipakai di GP Italy itu merupakan satu tribute bersempena persaraan lagenda bola sepak AS Roma dan Italy, Francesco Totti yang juga merupakan sahabat kepada Rossi.

Selain Totti, Rossi juga memberi penghormatan kepada kawan dan bekas rakan sepasukan beliau Nicky Hayden yang telah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal selepas seminggu berada dalam keadaan koma.

Perlawanan Roma menentang Genoa merupakan perlawanan terakhir Francesco Totti bersama Roma. Tiket perlawanan itu habis dijual sejak minggu lalu kerana penangan lagenda mereka yang setia bersama kelab.

Dalam perlawanan itu, Totti masuk pada minit ke-54 menggantikan Mohamed Salah. Roma berjaya menewaskan Genoa 3-2 hasil jaringan Diego Perotti pada minit akhir perlawanan.

Sebagai tanda penghargaan kepada lagenda mereka, penyokong Roma membawa sepanduk, gambar, topeng dan macam-macam lagi sebagai penghargaan mereka kepada Totti.

Korang tengok sendiri la gambar kat bawah ni. Lejen

Biar Jasa Jadi Kenangan. Mungkin Itulah Maksudnya

Sumber Gambar : Bleacher Report Football

BACA:  Totti: Mo Salah Adalah Antara Pemain Terbaik Dunia Dan Hanya Akan Bertambah Baik
Share on facebook
Share on twitter