Fernandes Maki Hamun Pengadil Untuk Dapatkan Penalti Selepas Rashford Dijatuhkan Oleh Elanga

Anthony Elanga menjatuhkan Marcus Rashford di dalam kotak penalti ketika bintang England itu sedang berpeluang untuk menjaringkan gol.

Walau bagaimanapun, ketika melihat Marcus Rashford jatuh dalam situasi tersebut, Bruno Fernandes tampil memaki hamun pengadil perlawanan kerana tak menghadiahkan sepakan penalti kepada setan merah.

Manchester United sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Leicester City di Old Trafford malam semalam.

Kekalahan itu jelas sekali telah mempersulitkan urusan Manchester United untuk mengejar Arsenal untuk merebut slot ke saingan Champions League musim hadapan.

Kelechi Iheanacho terlebih dahulu meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-63 permainan untuk Leicester mendahului 1-0.

Fred kemudian berjaya memadam gol pendahuluan tersebut untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Telah berlaku beberapa insiden menarik dalam perlawanan ini, antaranya ketika Scott McTominay terselamat dari dilayangkan kad merah, selepas mengasari James Madison.

Madison bahkan turut sempat berfikir yang beliau telah berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Leicester, namun sayangnya gol beliau dibatalkan.

Manchester United mula bermain bersungguh-sungguh di hujung permainan dengan mereka turut berkesempatan untuk menjaringkan gol di masa kecederaan menerusi Marcus Rashford.

Rashford pada ketika itu sedang benar-benar berdepan situasi yang mana beliau sepatutnya sudah boleh menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah.

Walau bagaimanapun, kesempatan emas beliau mahu menjaringkan gol itu dengan mudahnya telah digagalkan oleh rakan sepasukannya sendiri, Anthony Elanga.

Elanga yang ketika itu datang dari kedudukan offside dengan tiba-tiba melakukan terjahan yang menjatuhkan Rashford di dalam kotak penalti.

Bruno Fernandes, Jadon Sancho dan beberapa pemain United kemudiannya mengangkat tangan meminta pengadil menghadiahkan sepakan penalti.

Kedua-dua mereka sama sekali tak sedar Anthony Elanga yang menjatuhkan Rashford dan bukanlah pemain Leicester City.

Andre Marriner bahkan menunjukkan isyarat offside selepas penjaga garisan mengangkat bendera beliau sebaik melihat Rashford jatuh tersembam.

Apa yang mengejutkan peminat adalah bagaimana reaksi Bruno Fernandes yang memaki hamun pengadil kerana tak menghadiahkan sepakan penalti kepada Man Utd.

“Apa yang Bruno Fernandes lakukan? Adakah dia tak nampak Elanga sendiri dah rasa bersalah dekat situ? Memalukan.”

“Manchester United sekarang penuh dengan lawak jenaka, situasi macam ni pun mereka berani minta pengadil bagi sepakan penalti.”

“Fernandes kenapa? Kenapa dia sangat beremosi? Dia sedar tak apa sebenarnya yang sedang berlaku?”

“Fernandes bersungguh-sungguh meminta penalti dan hal ini menunjukkan bagaimana teruknya kedudukan United pada ketika ini.”

“Kalau ikutkan Anthony Elanga patut dapat kad merah, mengasari Rashford di dalam kotak penalti dengan Rashford dalam situasi berpotensi untuk menjaringkan gol.”

Selepas mencatatkan keputusan seri yang mengecewakan, United kini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, tiga mata dibelakang Arsenal.

The Gunners walau bagaimanapun memiliki kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan dan mereka berpotensi untuk menjarakkan lagi mata andai menang baki kedua-dua perlawanan tersebut.

Sepertinya semakin sukar untuk Manchester United bersaing merebut kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga, selepas mereka kerap keciciran mata penting.

Setan merah bahkan turut berpotensi untuk terlepas slot ke saingan Europa League, kerana Tottenham Hotspur yang lebih berpotensi untuk lakukan hal itu.

Manchester United tidak boleh keciciran mata lagi kerana mereka berpotensi untuk mengakhiri saingan liga musim ini di kedudukan yang lebih teruk.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penilaian Pembelian Pemain Dari Liga Portugal Ke United