Feyenoord merupakan kelab yang beraksi di Liga Belanda. Dan mereka terikat dengan kempen sosial yang digerakkan oleh Liga Belanda atau Eredivisie. Di mana minggu lepas adalah minggu untuk menyatakan sokongan kepada LGBT.
Kapten Feyenoord, Orkun Kokcu menolak dengan baik untuk tidak memakai jalur pelangi pada lilitan kapten pada hari perlawanan minggu ini.
Dia sudah bercakap dengan kelab tentang konflik perkara tersebut dengan kepercayaan agamanya.
Selepas berbincang, Feyenoord dan Kokcu setuju untuk memberikan lilitan kapten kepada pemain tengah, Gernot Trauner.
Feyenoord turut memberikan penjelasan tentang perkara itu menerusi satu kenyataan rasmi di laman web mereka. Ini untuk mengelakkan spekulasi seperti mengaitkan pemain itu sudah dipecat sebagai kapten atau sebagainya.
Tidak seperti kelab lain, ada yang sehingga mengenakan tindakan tatatertib kepada kapten yang enggan memakai simbol pelangi, Feyenoord mengambil langkah lebih toleran.
Ini kerana Eredivisie tetap mewajibkan semua kapten memakai lilitan berwarna itu pada hari tersebut. Jadi, Feyenoord memutuskan cara terbaik untuk menanangani konflik itu.
“Saya telah memutuskan untuk tidak memakai lilitan kapten pelangi pada pusingan ini,” kata pemain antarabangsa Turki berusia 21 tahun itu.
”Saya fikir adalah penting untuk menekankan bahawa saya menghormati semua orang tanpa mengira agama, latar belakang atau keutamaan.”
Feyenoord captain Orkun Kokcu chooses not to wear rainbow lgbtq+ armband for Islamic reasons and will thus not captain Feyenoord in their game against AZ. pic.twitter.com/f75Ee2k3Fr
— ⵣ (@Fulaan__) October 16, 2022
Kokcu berkata, dia tidak boleh menyokong kempen tersebut kerana agama. Namun dia pada masa yang sama tidak mahu masuk campur dengan pilihan orang lain dalam hidup mereka.
Dan dia sudah menjangkakan bahawa pasti akan ada sesetengah orang yang akan kecewa dengan tindakannya. Namun dia minta mereka semua memahami situasinya.
“Saya percaya bahawa setiap orang bebas melakukan apa yang mereka mahu atau rasa. Saya memahami sepenuhnya kepentingan tindakan ini, tetapi kerana kepercayaan agama saya, saya tidak merasakan orang yang sesuai untuk menyokong perkara ini.”
“Sebab itu saya tidak selesa memakai lilitan kapten ini. Saya boleh bayangkan sesetengah orang kecewa dengan ini.”
“Itu sama sekali bukan niat saya, walaupun saya sedar bahawa saya mungkin tidak segera dapat menghilangkan perasaan itu dengan kata-kata ini. Tetapi saya harap pilihan saya atas sebab agama juga akan dihormati.”
Peminat bola sepak di Turki rata rata memuji Feyenoord dalam mencari penyelesaian kepada kempen pelangi ini.
Ianya merupakan acara tahunan di liga liga eropah. Di mana mereka akan menyatakan sokongan kepada kebebasan gender dan orientasi hubungan intim sejenis.
Dalam aksi berdepan Az Alkmaar, Feyenoord menang 3-1. Kokcu sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlangnya di atas padang. Dia turut menjaringkan 1 gol menerusi penalti.
Feyenoord's very young & talented midfield was impressive today against a strong opponent.
Orkun Kokcu (21)
Quinten Timber (21)
Lutsharel Geertruida (22)Great work from Feyenoord Academy💪🏻 pic.twitter.com/3jwT3W2ByQ
— Feyenoord Youth Watcher (@Varkenoordfan) October 16, 2022