FIFA 22: Peminat Anggap Rating Donnarumma Merupakan Penilaian Paling Teruk

Rating FIFA 22, peminat anggap penilaian Donnarumma merupakan yang paling teruk dan tidak masuk akal.

Segelintir peminat tidak gembira dengan keputusan EA Sport memberikan Gianluigi Donnarumma penilaian yang sangat, sangat tinggi dalam FIFA 22.

Donnarumma tidak dinafikan antara penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, dan dalam permainan FIFA 22, beliau telah mendapat penilaian yang sangat tinggi.

Hanya Jan Oblak, Manuel Neuer dan Marc-Andre ter Stegen sahaja yang mendapat penilaian lebih tinggi berbanding penjaga gol kebangsaan Itali itu.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak gembira dengan penilaian tersebut apa lagi melihat beliau dinilai dengan rating 89 bersama penjaga gol seperti Alisson Becker, Ederson dan Thibaut Courtois.

Walaupun Donnarumma merupakan pemenang anugerah ‘Pemain Terbaik Kejohanan’ dalam saingan Euro 2020, peminat di media sosial tetap mengkritik penilaian yang dilakukan oleh EA Sport itu.

Mereka merasakan penjaga gol baharu Paris Saint Germain itu dinilai terlalu tinggi dan tidak masuk akal untuk melihat rating beliau setinggi itu.

Menurut SPORTbible, pengguna twitter, @CFC_Matt_ telah meluahkan kemarahannya dengan menegaskan yang penjaga gol berusia 22 tahun itu tidak pernah beraksi dalam saingan Champions League, jadi penilaian tersebut sangat tidak masuk akal.

Beliau juga turut mempertikaikan mengapa penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy hanya mendapat rating 83 sahaja walaupun beliau merupakan pemain yang bagus sepanjang musim lalu.

“Donnarumma 89 sebab dia bersama Paris Saint Germain, kalau dia masih bersama AC Milan, saya rasa rating dia kekal 86.”

“Dan sekarang dengan tiba-tiba mereka memberikan penilaian yang tinggi pada Donnarumma. FIFA dan rating dia sama tak masuk akal, percayalah bagi saya 86 adalah rating maksimum untuk dia.”

“Sebab dia beraksi cemerlang ketika saingan Euro dia dinilai dengan penilaian yang tinggi? Tapi kenapa Mendy tidak dinilai berdasarkan kecemerlangan dia dalam saingan Champions League?”

“Penilaian pada tahun ini banyak yang tak masuk akal, saya tak tahu mereka nilai menggunakan data apa, tapi bagi saya ia teruk.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang tidak berpuas hati dengan penilaian FIFA 22 ke atas Gianluigi Donnarumma.

Walau bagaimanapun, Donnarumma jelas merupakan penjaga gol terbaik dunia pada ketika ini, dan penilaian tersebut juga tidak keterlaluan sebenarnya.

Beliau layak menerima rating tersebut, namun tidak dinafikan juga yang rating Mendy agak rendah dan sepatutnya beliau layak untuk dinilai dengan penilaian yang lebih tinggi.

Selain Donnarumma dan Mendy, terdapat juga nama-nama lain yang dikatakan dinilai dengan nilai yang tak masuk akal, dan turut menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Dari semua rating yang ada, rating pemain mana yang paling tak masuk akal? Yang dinilai terlalu rendah atau terlalu tinggi, bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  FIFA Perkenal Peraturan Baharu Pemain Pinjaman Yang Lebih Tegas