FIFA Akan Perkenalkan Tiket Untuk Orang Gemuk

FIFA bakal memperkenalkan tiket khas untuk orang yang berada dalam kategori obese, atau berat badan yang lebih Piala Konfederasi FIFA 2017 di Russia nanti. Tiket baru ini merupakan tiket khas tambahan kepada tiket khas yang sedia ada seperti untuk mereka yang berkerusi roda, mereka yang menggunakan anjing penunjuk arah dan juga golongan OKU.

Mereka yang ingin mendapatkan tiket ini perlu menyertakan nota pengesahan daripada doktor bahawa Indeks Jisim Badan (BMI) adalah sekurang-kurangnya 35kg/m2.

Tidak dapat dipastikan tiket untuk golongan obes ini adalah lebih murah atau lebih mahal.

Penyokong obes bakal mendapat keistimewaan daripada FIFA

BMI yang normal ialah daripada 18.5 hingga 24.9, manakala nilai BMI lebih daripada 30 dikira sebagai mempunyai berat badan yang lebih. Pemegang tiket obes ini bakal mendapat tempat duduk yang lebih lebar dan juga kawasan yang lebih luas untuk memudahkan pergerakan mereka.

Walaubagaimanapun, FIFA hanya akan menyediakan sejumlah tiket yang terhad untuk perlawanan dengan Piala Konfederasi ini dijadikan medan ujian sebelum sistem ini diapplikasikan di Piala Dunia 2018.

Piala Konfederasi akan bermula pada 17 Jun sehingga 2 Julai di bandar-bandar utama Russia dengan Jerman, Portugal dan Chile diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Dengan pengenalan tiket khas bagi golongan terlebih berat ini, timbul satu persoalan – adakah gemuk dikira sebagai OKU?

Sumber : goal.com

Baca Juga

Baca Juga