FIFA Mahu Perkenal Penalti Di Peringkat Kumpulan Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026

Persekutuan bola sepak antrabang (FIFA) kini menimbangkan untuk memperkenalkan penentuan sepakan penalti di peringkat kumpulan di Piala Dunia 2026.

Dari sepakan penalti ini, pasukan yang berjaya akan berpotensi untuk meraih mata bonus di pengakhiran perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri.

Menurut The Athletic yang mengatakan keputusan untuk melaksanakan ini boleh berkuat kuasa seawal Piala Dunia 2026, apabila kejohanan ini akan diadakan dengan kerjasama tiga tuan rumah iaitu Amerika, Kanada dan Mexico.

Kejohanan Piala Dunia seterusnya di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan merangkumi 48 pasukan berbanding 32 dan dijangka mempunyai 16 kumpulan.

Bagi setiap kumpulan pula akan dihuni oleh tiga negara berbanding lapan kumpulan dengan empat pasukan seperti yang kita lihat di Qatar.

Dua teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati pusingan-32 — pusingan kalah mati tambahan daripada format semasa.

Hasil daripada struktur kejohanan ini, akan ada pusingan sepakan penalti tambahan mengikut kumpulan, dengan dua pasukan teratas daripada 16 kumpulan akan layak mengikut undian sebulat suara oleh FIFA baru-baru ini.

Majlis FIFA sebelum ini mengundi sebulat suara untuk satu kumpulan tiga pasukan tetapi kemungkinan satu kumpulan dengan empat pasukan akan diguna pakai kembali jika mengikut perbualan di belakang tabir.

Jika satu kumpulan dengan empat pasukan, dua pasukan teratas dan 8 pasukan tempat ketiga tebaik akan turut layak menyaksikan jumlah perlawanan akan bertambah namun mengurangkan kemungkinan manipulasi perlawanan.

Bagaimanapun, penentuan sepakan penalti selepas perlawanan boleh menyaksikan negara bekerjasama atau mengatur keputusan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Pada masa ini, semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan dimainkan secara serentak untuk mengelakkan sebarang manipulasi dari perkara ini berlaku.

Ini telah berlaku sejak 1986 di mana FIFA telah menjadualkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Piala Dunia secara serentak untuk mengurangkan peluang perkara ini berlaku dan UEFA telah mengikutinya di Kejohanan Eropah.

Perubahan itu diperkenalkan selepas “Disgrace of Gijon” pada tahun 1982, apabila kemenangan 1-0 Jerman Barat menentang Austria menghantar kedua-dua pasukan mara dengan mengorbankan Algeria yang telah menewaskan Chile sebelum perlawanan Jerman Barat menentang Austria bermula.

Tetapi ketua pegawai pembangunan teknikal FIFA, bekas bintang Belanda Marco van Basten, berminat untuk mengubahnya lebih awal daripada jangkaan.

“Sepakan penalti sememangnya boleh menjadi pilihan untuk kejohanan dengan kumpulan dihuni tiga pasukan di mana anda bermain menentang dua lawan,”katanya kepada akhbar Jerman Sport Bild, seperti dipetik Daily Mail.

“Ia boleh menjadi sangat sengit. Jika satu pasukan misalnya seri satu perlawanan 0-0 dan menang yang lain 1-0, terdapat kemungikinan yang tinggi bahawa ketiga-tiga pasukan itu akan mempunyai jumlah mata dan gol yang sama pada akhirnya.”

Keterujaan sudah mula dirasai untuk Piala Dunia 2026 yang akan hadir kurang lebih empat tahun lagi, yang dijanjikan akan menjadi kejohanan yang terbesar sejak Piala Dunia pertama pada tahun 1930.

“Kita perlu mencari cara lain untuk menyentuh hati dan emosi orang ramai,” kata Presiden FIFA Gianni Infantino semasa lawatan ke Los Angeles baru-baru ini, seperti yang dipetik oleh FIFA.

“Saya fikir ada cara berbeza untuk melakukannya dan kami mahu menggunakan peluang Piala Dunia FIFA ini datang ke sini.”

“Peringkat pertama benar-benar peringkat akar umbi; ia adalah akses kepada sukan itu. Kami perlu memberi kanak-kanak lelaki dan perempuan, kanak-kanak, akses yang lebih mudah kepada sukan ini.”

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung pada hari Isnin 8 Jun 2026 dan kembali ke waktu asal di pertengahan tahun.

BACA:  Malaysia Bakal Ke Piala Dunia 2034