FIFA Perkenalkan Ujian Baru Terhadap Pengadil

Bagi meningkatkan kualiti mutu pengadilan, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah memperkenalkan ujian kecergasan yang baharu kepada para pengadil, dan juga pembantu pengadil.

Pengenalan

Ujian yang pertama dikenali dengan Repeated Sprint Ability (RSA) atau bila dimelayukan menjadi Kemampuan Memecut Berulang-ulang, dalam jarak 40m. Ujian yang kedua pula dipanggil Interval Test (IT) atau dinamamelayukan menjadi  Ujian Selang. Dalam IT, pengadil akan diuji dengan kemampuan untuk berlari pada kelajuan yang tinggi sejauh 75m, berselang dengan 25m jarak berjalan.

Pra-syarat

  1. Masa diambil di antara RSA dan IT ialah 6 hingga 8 minit, maksima.
  2. Ujian mestilah dijalankan di trek balapan atau padang bola sepak rumput asli atau tiruan.
  3. Kasut spike olahraga tidak digunakan ketika ujian

Prosedur

Ujian 1 : Repeated Sprint Ability (RSA)

  1. ‘Pintu mula’ (start gate) perlu diletakkan pada 0m dan 40m bagi garisan penamat(finish gate). ‘Garisan mula’(starting line) perlu ditanda 1.5m sebelum‘pintu mula’. Sila rujuk gambar di bawah untuk pemahaman lanjut.
  2. Para pengadil perlu berbaris di garisan ‘mula’ dengan hujung depan kaki menyentuh garisan. Sebaik sahaja ketua ujian memberi isyarat alat masa elektronik telah diset, maka pengadil boleh memulakan larian.
  3. Pengadil perlu mendapatkan 60 saat maksima waktu rehat di antara larian 6 x 40m tersebut. Ketika rehat, pengadil perlu berjalan semula ke ‘pintu mula’.
  4. Sekiranya pengadil gagal satu percubaan dari enam, maka dia perlu diberikan peluang untuk terus memulakan larian pada percubaan yang ketujuh. Jika mereka gagal dua dari tujuh percubaan, maka pengadil dikira gagal dan harus segera pulang ke kampung tanam jagung.
ref fifa
Kredit gambar : dutchreferee.com

Masa kelayakan untuk pengadil lelaki

  1. Antarabangsa dan kategori 1 : 6.00 saat maksima bagi setiap percubaan.
  2. Kategori 2 : 6.10 saat maksima bagi setiap percubaan.
  3. Kategori bawahan : 6.20 saat maksima untuk setiap percubaan.
  4. Kategori FAM : Tak payah buat percubaan, duduk di tepi padang dan hisap rokok Surya 12 ori, seludup dari Indonesia.

Masa kelayakan untuk pengadil perempuan :

  1. Antarabangsa dan kategori 1 : 6.40 saat maksima untuk setiap percubaan.
  2. Kategori 2 : 6.50 saat maksima untuk setiap percubaan.
  3. Kategori bawahan : 6.60 saat maksima untuk setiap percubaan.
  4. Kategori FAM : Seriously, bro?

Ujian kedua : Interval Test (IT)

  1. Pengadil mestilah menamatkan larian 40 x 75m dikuti 25m jarak untuk berjalan untuk setiap pusingan. Ini juga bersamaan dengan 4000m atau 10 pusingan 400m trek balapan. Kelajuan ujian ditetapkan oleh fail audio dan masa kelayakan dikira mengikut kategori pengadil.
  2. Pengadil perlu bermula dalam keadaan berdiri, kalau sedang duduk sila bangun. Pengadil juga tidak boleh bermula sebelum wisel ditiup. Untuk memastikan para pengadil tidak bermain tipu, pembantu ketua ujian perlu berada di garisan permulaan untuk melepaskan para peserta.
  3. Pada setiap penghujung larian, setiap pengadil perlu memasuki ‘kawasan berjalan’ (walking area) sebelum wisel. ‘Kawasan berjalan’ ini ditanda dengan garisan 1.5m sebelum dan 1.5m selepas garis 75m.
  4. Sekiranya seseorang pengadil itu gagal untuk meletakkan walau sebelah kaki pun dalam ‘kawasan berjalan’ dalam masa ditetapkan, ketua ujian akan memberikan amaran kepada pengadil. Sekiranya mereka tidak mampu untuk meletakkan walau sebelah kaki pun buat kali kedua, maka dia serta merta dikira gagal.(dan akan dikutuk oleh kawan-kawan sekerja)
ref fifa it
Kredit gambar : dutchreferee.com

Rujukan masa untuk pengadil lelaki :

  1. Antarabangsa dan kategori 1 : 15saat untuk larian 75m, dan 18 saat untuk berjalan 25m.
  2. Kategori 2 : 15 saat untuk larian 75m, dan 20 saat untuk berjalan 25m.
  3. Kategori bawahan : 15saat untuk larian 75m, dan 22 saat untuk berjalan 25m.
  4. Kategori FAM : hehehehehehehehehe

Rujukan masa untuk pengadil perempuan :

  1. Antarabangsa dan kategori 1 : 17saat untuk larian 75m, dan 20 saat untuk berjalan 25m.
  2. Kategori 2 : 17 saat untuk larian 75m, dan 22 saat untuk berjalan 25m.
  3. Kategori bawahan : 17saat untuk larian 75m, dan 24 saat untuk berjalan 25m.
  4. Kategori FAM : huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Kalau anda mahu berlatih di rumah dengan menggunakan fail audio yang disahkan FIFA, boleh klik di imej di bawah.

  1. Pengadil lelaki Interval Run Test 15s pecut/18s rehat
  2. Pengadil lelaki Interval Run Test 15s pecut/20s rehat
  3. Pengadil perempuan Interval Run Test 17s pecut/20s rehat
  4. Pengadil perempuan Interval Run Test 17s pecut/22s rehat

Selamat mencuba dan selamat menjadi fit!

Artikel asal boleh rujuk di sini.

Baca Juga

Baca Juga