Figo Sudah Maafkan Ronaldo Kerana Mengusik Isterinya

Bekas pemain midfield Real Madrid, Luis Figo, mendedahkan bahawa beliau telah memaafkan bekas rakan sepasukannya Ronaldo Nazario atas kontroversi isu berkaitan isterinya.

Legenda berusia 46 tahun itu telah membuat lebih 150 penampilan untuk pasukan Los Blancos antara tahun 2000 hingga 2005.

Figo pernah menjadi tetamu istimewa untuk rancangan TV di Sepanyol, El Hormiguero. Di dalam rancangan itu beliau telah bercerita tentang insiden itu.

Mungkin masih ramai yang tidak pernah mendengarkan kisah terkenal tentang Ronaldo Nazario dengan Figo satu masa dahulu.

Ronaldo Nazario pernah mengeluarkan kenyataan kepada presiden Real Madrid, Florentino Perez dengan menyatakan:

“Sekiranya saya mempunyai isteri yang cantik seperti isteri Figo, saya akan kekal dirumah dan tidak akan keluar.”

Setahun selepas itu, Figo dan isterinya Helene Svendin dipanggil untuk menyertai rancangan TV. Di dalam rancangan itu mereka berdua ditanya tentang kenyataan yang keluar dari mulut Ronaldo Nazario.

Mereka berdua hanya ketawa dengan kenyataan itu dan Figo mengesahkan bahawa hubungan beliau dengan Ronaldo masih baik-baik saja.

“Saya sudah tahu dan dengar sendiri kenyataan itu, kerana Ronaldo sendiri pernah bercakap hal sama ketika kami dalam bilik persalinan.”

Jelas Figo kepada EL Hormiguero dan isterinya Svedin hanya memberi reaksi ketawa apabila mendengar penjelasan dari Figo.

“Tetapi saya tidak marah, saya maafkan dia, kerana saya tahu Ronaldo seorang yang sangat suka bergurau.”

“Tetapi apa yang Ronaldo tak tahu adalah, saya sendiri tetap keluar rumah bila isteri saya tidur.”

Ronaldo turut mengakui bahawa beliau kerap berhibur ketika bersama pasukan Real Madrid. Dan beliau pernah ditegur oleh Florentino Perez supaya mengurangkan aktiviti malamnya.

Dalam satu sesi temu bual bersama pemain Brazil itu oleh Onda Cero, Ronaldo menceritakan kisah itu dan beliau turut menjelaskan mengapa nama Figo disebut.

“Florentino menyuruh saya duduk dirumah dan jangan kerap keluar untuk berhibur.”

“Beliau juga menyuruh saya menjadikan Figo sebagai contoh yang baik untuk diikuti, figo seorang yang berdisiplin. Beliau tidak keluar berhibur dan sering duduk dirumah.”

“Saya dengan penuh rasa hormat menjawab kepada Perez, jika saya mempunyai isteri secantik Figo saya pasti akan terus duduk diam di rumah.”

“Sebenarnya saya lebih banyak menghabiskan waktu malam saya bersama Roberto Carlos berbanding dengan wanita-wanita lain yang pernah saya kahwini.”

Kedua Ronaldo dan Figo telah menceritakan kisah ini menerusi siarang langsung di Instagram. Mereka berbual kisah menarik mereka ketika bersama Real Madrid.

“Kita mempunyai peluang untuk membawa bakat baru bersama “

Kata Figo dalam perbualan itu.

“Setiap detik waktu yang pernah kita lalui bersama sangat istimewa, semua itu membuat kita lebih bersemangat dan selalu menang.”

“Kita saling mengenal satu sama lain dan kita sering tahu apa yang harus dilakukan untuk satu sama lain.”

“Kerana kesefahaman itu, kita dapat membina banyak kenangan manis bersama”.

Ronaldo dan Figo merupakan legenda terhebat dunia. Mereka antara pemain yang pernah menggegar dunia bola sepak satu masa dahulu.

Baca Juga

Baca Juga