Perlawanan akhir di kejohanan paling agung di benua Eropah, Champions League yang sentiasa menjadi tumpuan bola sepak dunia termasuk bagi musim 2018/19 telah diketahui juaranya iaitu Liverpool.
Liverpool bermain di final Liga Juara Eropah buat kali ke-9. Lebih daripada mana-mana pasukan Inggeris yang lain dan kali ini telah meraih gelaran juara buat kali ke-6 dalam sejarah kelab.
Walaupun perlawanan akhir ini agak hambar dan jauh daripada apa yang diharapkan, Liverpool tenang dan mudah menewaskan Tottenham Hotspurs.
Gol awal permainan hasil sepakan penalti Mohamed Salah dan jaringan lewat permainan Divock Origi memastikan kemenangan Liverpool.
Spur menguasai 60 peratus permainan dengan 8 percubaan tepat namun gagal untuk menewaskan Alisson Becker yang kental mempertahankan gawang.
Alisson tampak mudah menafikan percubaan pemain Spurs.
Akhirnya Trofi kejuaraan Champions League ke-6 dijulang dengan gahnya oleh ketua pasukan, Jordan Henderson.
Satu filem pendek perjalanan perlawanan akhir telah dikeluarkan yang memaparkan sesi sidang media, kehadiran penyokong membanjiri kota Madrid.
Filem ini dipaparkan melalui rakaman sudut lain dan sudut sukar yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini.
Meremang bulu-bulu anda apatah lagi bulu roma pabila melihat video ini dengan iringan musik yang meruntun jiwa.
Dipaparkan juga tangisan air mata dari kedua-dua pasukan yang membawa pengertian berbeza selepas perlawanan.
Hayatilah dan nikmatilah detik-detik penuh bersejarah ini. Abadikan sebagai satu kenangan terindah buat anda.
Champions League 18/19 Final : Tottenham Hotspur 0-2 Liverpool
Perlawanan akhir di kejohanan paling agung di benua Eropah, Champions League yang sentiasa menjadi tumpuan bola sepak dunia termasuk bagi penduduk Kampung Demit Kota Bharu telah sampai waktunya bagi mencari juara bagi musim 2018/19.
Kali ini perlawanan akhir yang berlangsung di Madrid menemukan dua pasukan dari England iaitu Tottenham Hotspur dan Liverpool. Tiada lagi kelibat Real Madrid yang muncul juara 3 kali berturut-turut sebelum ini.
Liverpool akan bermain di final Liga Juara Eropah buat kali ke-9. Lebih daripada mana-mana pasukan Inggeris yang lain. Liverpool telah memenangi trofi sebanyak 5 kali, tetapi telah tewas pada 2 final terakhir mereka pada 2007 dan 2018.
0 – Tottenham failed to win any of their opening three Champions League group stage games this season – they are just the second side to do so and go on to reach the final after Inter Milan in 2010, who went on to win the trophy. Resolve. #UCLfinal pic.twitter.com/s5HiHVTY3j
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Tottenham bermain dalam perlawanan pertama mereka di final Liga Juara Eropah. Untuk rekod 5 finalis lepas yang muncul di pentas akhir untuk kali pertama telah kalah. Chelsea 2008, Arsenal 2006, Monaco 2004, Bayer Leverkusen 2002 dan Valencia 2000.
Liverpool muncul dalam 2 perlawanan akhir berturut-turut. Valencia pasukan terakhir yang tewas dalam 2 kemunculan final berturut-turut pada tahun 2000 dan 2001.
Perlawanan ini akan menjadi final Eropah pertama bagi Tottenham sejak Piala UEFA 1984. Mereka boleh menjadi pasukan Inggeris ke-3 memenangi kesemua 3 kejohanan utama Eropah iaitu Champions League, Uefa Cup dan Cup Winners Cup.
3 – Jurgen Klopp has reached his third Champions League final as a manager; the only manager to lose three successive final appearances in the European Cup/Champions League is Marcello Lippi (1997, 1998 and 2003 with Juventus). Worried? #UCLfinal pic.twitter.com/ySZFcBaHSO
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Liverpool telah tewas 4 perlawanan akhir mereka sejak memenangi Piala Liga 2012 sementara Tottenham kalah 2 perlawanan akhir mereka sejak memenangi Piala Liga 2008.
Sadio Mane boleh menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Eropah secara 2 kali berturut-turut selepas Franz Roth dengan Bayern Munich melakukannya pada tahun 1975 dan 1976.
Kali ini erupakan perlawanan utama ke-3 Eropah bagi Jurgen Klopp bersama Liverpool, hanya Bob Paisley pernah mencapai lebih banyak perlawanan akhir dengan Liverpool, 4 kali.
1. Final Europa League 2016 – Liverpool vs Sevilla (1-3)
2. Final Chamlions League 2018 – Liverpool vs Real Madrid (1-3)
3. Final Chamlions League 2019 – Liverpool vs Tottenham?
11 – This is the first time ever that Liverpool have used this exact starting XI, in what is their 53rd game of the season across all competitions. Chosen. #UCLFinal pic.twitter.com/GzEtuyoejs
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Selepas acara nyanyian dan tarian sempena majlis pembukaan perlawanan akhir Champions League musim ini selesai, maka bermulalah perlawanan yang ditunggu-tunggu.
Liverpool memulakan permainan dan hantaran telah dibuat kepada Sadio Mane yang melakukan larian di sebelah kiri.
Tenang Mane mengawal bola sambil menunggu rakan-rakan naik untuk membuat hantaran ke kotak penalti.
Hantaran Mane sangkut dicelah ketiak Moussa Sissoko yang mengangkat tangan memberi isyarat kepada rakan supaya berwaspada dan bola meleret ke tangan.
Tanpa rasa melekit dan teragak-agak pengadil segera menghadiahkan sepakan penalti hanya 30 saat dari sepak mula.
Mohamed Salah tenang mengambil tanggungjawab membuat sepakan. Hugo Lloris mudah ditewaskan dengan sepakan kencang ke bahagian tengah gawang.
01:48 – Mohamed Salah’s opener for Liverpool is the second fastest goal in a Champions League final, only behind Paolo Maldni (00:50) for AC Milan versus Liverpool in 2005. Blocks. #UCLfinal pic.twitter.com/xymH4g79DG
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Pada minit ke-17 rembatan sesedap rasa lagi cantik dari Trent Alexander-Arnold sedikit terkeluar dari tiang gol.
Peluang terbaik Liverpool untuk menjarakkan kedudukan sekali lagi hadir kali ini dari Andy Robertson namun Lloris sudah bersedia untuk menepis keluar.
Spurs terus menguasai perlawanan sehingga lebih 60 peratus penguasaa bola namun gagal untuk menghadirkan ancaman merbahaya bagi menyamakan jurang yang menjadi pemisah.
5 – Mohamed Salah is the fifth different African player to score in a Champions League/European Cup final after Rabah Madjer, Samuel Eto'o, Didier Drogba and Sadio Mane. Famous. #UCLFinal pic.twitter.com/k07Ib9sBHV
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Perlawanan berlangsung dengan kebosanan yang amat tetali dihiburkan oleh seorang wanita yang berpakaian tidak senonoh menceroboh padang menyebabkan perlawanan dihentikan seketika.
Wanita itu dilaporkan masuk ke padang bagi mendapatkan publisiti dengan mempromosi laman sesawang orang dewasa.
HT Spurs 0-1 Liverpool
13 – Tottenham have failed to lead at half-time in any of their 13 Champions League games this season, with the Lilywhites eventually going on to win six and draw twice (L4). Hope? #UCLfinal pic.twitter.com/lJxPliA70S
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Babak kedua bersambung, penguasaan bola terus menjadi milik Spurs yang bermain dengan penun berdisiplin tetapi Liverpool lebih mengancam apabila mendapat peluang untuk menyerang.
Melihat Roberto Firmino dan Georginio Wijnaldum tidak berfungsi dalam perlawanan ini mereka dikeluarkan lalu dimasukkan Divock Origi dan James Milner.
Mauricio Pochettino pula memasukkan Luca Moura dan Eric Dier menggantikan Harry Wink dan Mousa Sissoko.
Gerakan solo dari Mane dari tengah padang mencari Salah yang bijak melakukam flick kepada Milner namun rembatan pemain veteran itu meleret tersasar menjauhi gawang.
Dele Alli membuat satu lambungan memgelirukan namun gagal untuk menewaskan Alisson Becker yang sentiasa bersedia.
Selepas itu Spurs tidak menoleh lagi lalu melancarkan serangan bertali arus melalui Son Heung Min dan Lucas Moura namun dinafikan ketangkasa Alisson.
6 – Liverpool have won their sixth Champions League/European Cup trophy – twice as many as any other English team has won (Man Utd, 3). Speciality. #UCLfinal pic.twitter.com/zsK7NaS3Gs
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Fernando Llorente dimasukkan menggantikan Alli. Spurs mendapat sepakan percuma.
Sepakan percuma lencong Cristian Eriksen pantas ditepis keluar Allison. Kemudian tandukan jarak dekat Son yang dikedudukan offside melambung melepasi palang.
Berpunca dari sepakan penjuru Milner
yang gagal dikeluarkan dengan kemas oleh Son meletakkan Spurs dalam tekanan.
2 – Divock Origi is only the second Belgium player to score in a Champions League/European Cup final after Yannick Carrasco for Atletico vs Real Madrid in 2016; Origi has scored with all three of his shots in the CL this season. Clinical. #UCLFinal pic.twitter.com/rtpmobuHEN
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Virgil Van Dijk membuat rembatan namun dihadang kemudian Joel Matip bijak menghantar bola kepada Origi yang tidak dikawal.
Lord Origi pantas mengambil peluang untuk menggandakan kedudukan dengan meletakkan bola ke penjuru gawang menewaskan Lloris.
Permainan memasuki 5 minit masa kecederaan rembatan Son dan Harry Kane terus dinafikan Alisson. Liverpool hanya menunggu masa untuk menjulang kejuaraan ke-6.
35.4% – Liverpool (35.4%) have become the first side to win the Champions League final despite having less possession than the opposition since Jose Mourinho’s Inter Milan beat Bayern Munich in 2010, also in Madrid. Masterplan. #UCLfinal pic.twitter.com/cuydtDvbbQ
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
4 – Jurgen Klopp is the fourth Liverpool manager to win the Champions League/European Cup after Bob Paisley, Joe Fagan and Rafa Benitez. Fab. #UCLFinal pic.twitter.com/8m4aLqpj5t
— OptaJoe (@OptaJoe) June 1, 2019
Sejarah tercipta buat Liverpool yang menang mudah dalam perlawanan akhir yang pasti tidak menjadi perlawanan yang diingati ramai. Tiada aksi epik dalam perlawanan ini.
TOTTENHAM (4-2-3-1)
Lloris; Trippier, Alderweireld, Vertonghen, Rose; Winks (Moura 66), Sissoko (Dier 74); Eriksen, Alli (Llorente 82), Son; Kane
Subs : Gazzaniga, Vorm, Sanchez, Foyth, Davies, Aurier, Walker-Peters, Wanyama, Lamela.
LIVERPOOL (4-3-3)
Alisson; Alexander-Arnold, van Dijk, Matip, Robertson; Wijnaldum (Milner 62), Fabinho, Henderson; Salah, Firmino (Origi 58), Mane.
Subs : Mignolet, Lovren, Gomez, Sturridge, Moreno, Lallana, Oxlade-Chamberlain, Shaqiri, Brewster, Kelleher.