Final Europa League: Kesebelasan Utama Manchester United vs Villareal

Ole Gunnar Solskjaer telah membericarakan rancangan pemilihan pemain sehari sebelum perlawanan akhir Europa League menentang Villareal berlangsung.

Pengurus Manchester United itu telah menamakan 26 pemain untuk senarai skuad yang di bawa ke perlawanan akhir yang berlangsung di The Stadion Miejski, Gdansk, Poland.

Dalam perlawanan akhir di Gdansk ini, Ole Gunnar Solskjaer boleh menyenaraikan 12 pemain gantian dan hanya lima pemain boleh ditukar dalam tempoh waktu
permainan normal.

Ini bermakna Ole perlu memilih 11 pemain utama bersama 12 pemain gantian yang berjumlah 23 pemain daripada 26 pemain yang telah dibawa.

Anthony Martial tidak lagi perlu dijaga hati kerana ditinggalkan terus dirumah, manakala status Harry Maguire masih samar-samar.

Selepas melakukan pengiraan berdasarkan formula yang dirumuskan oleh Ole sendiri maka ini senarai kesebelasan utama Manchester United berserta pemain simpanan.

Man Utd starting lineup (4-2-3-1): David De Gea, Aaron Wan-Bissaka, Victor Lindelof, Eric Bailly, Luke Shaw, Scott McTominay, Paul Pogba, Bruno Fernandes, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Edison Cavani

Subs: Dean Henderson, Lee Grant, Harry Maguire, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Brandon Williams, Daniel James, Amad Diallo, Juan Mata, Nemanja Matic, Donny van de Beek

Kesebelasan utama Villareal

Unai Emery merupakan pakar Europa League sehingga UEL itu telah digelar sebagai Unai Emery League dan perlawanan ini sudah pasti menjadi medan Unai Emery menebus maruah.

Imej gemilang Unai Emery tercalar apabila Arsenal yang lemah dan lembik serta patut dibubarkan tewas dalam perlawanan akhir ketika dibimbing Unai Emery.

Pasukan Sepanyol itu mempunyai keraguan terhadap Samuel Chukwueze tetapi ada harapan tinggi dia akan terlibat dalam perlawanan akhir selepas cedera di separuh akhir.

Terdapat juga tanda tanya mengenai ketersediaan pemain pertahanan pinjaman dari Tottenham Hotspur, Juan Foyth. Etienne Capoue kembali dari penggantungan tetapi tanpa Vicente Iborra.

Ada keputusan besar yang harus dibuat di gawang antara Sergio Asenjo pilihan pertama dan Geronimo Rulli, yang menjadi penjaga gol dalam Liga Europa.

Selepas segala pertimbangan dengan waras dibuat maka inilah senarai kesebelasan utama yang telah dipilih oleh Unai Emery.

Villarreal (4-4-2) Rulli; Foyth, Albiol, Torres Pedraza; Yeremi, Capoue, Parejo, Trigueros; Moreno, Bacca.

Subs: Asenjo, Mario Gaspar, Funes Mori, Raba, Estupinan, Alcacer, Moreno, Coquelin, Pena, Jaume Costa, Moi Gomez, Nino

BACA:  Senarai Nombor 7 Terhebat Dalam Setiap Liga Utama di Eropah