Final Piala AFF Suzuki 2020 1st Leg: Indonesia 0-4 Thailand

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 menemukan Thailand mewakili kumpulan A dan Indonesia yang menjadi wakil kumpulan B bagi mencari pasukan terbaik di Asia Tenggara.

Thailand mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan A dan menewaskan Vietnam 2-0 di separuh akhir pertama dan seri tanpa jaringan 0-0 lalu ke perlawanan akhir.

Indonesia yang bukan pasukan pilihan telah melakukan comeback sensasi apabila muncul juara kumpulan B dan menewaskan Singapura selaku tuan rumah dalam perlawanan penuh epik untuk ke final.

Ini merupakan final ke-6 Indonesia selepas 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016 di mana Indonesia terkena sumpahan untuk hanya menjadi naib juara sahaja.

Thailand merupakan negara paling banyak bergelar juara iaitu sebanyak 5 kali, 1995, 2000, 2002, 2014 dan 2016. Tiga kali Thailand menewaskan Indonesia.

Final Piala AFF Suzuki 2020 merupakan pertemuan keempat Thailand dan Indonesia. Banyak badi Indonesia nak hapuskan ni.

Messi Thailand, Chanatip Songkrasin membuka tirai jaringan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 seawal minit kedua perlawanan.

Gol berpunca daripada permainan dari bawah dimulakan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata dan hantaran kepada rakan ditekan dengan permainan pressing Thailand sehingga kehilangan bola.

Philip Roller membawa bola masuk ke kotak, Chanatip Songkrasin pantas datang mendukung mencari ruang.

Messi Thailand itu terus merembat dengan kaki kiri selepas menerima bola daripada Philip Roller.

Elias dollah melambungkan bola dan Bordin Phala terus melakukan voli dari sudut sukar, Nadeo Argawinatac sudah tertewas namun Asnawi Mangkualam tiba dengan aksi menyelamat di atas garisan gol.

Indonesia pula telah melakukan satu pembaziran apabila terlepas peluang terbuka ketika gawang terbuka luas dengan rembatan jauh melepasi palang.

Lewat separuh masa pertama Bordin Phala telah melencongkan bola ke gawang Indonesia namun berjaya diselamatkan Nadeo Argawinata.

Chanatip Songkrasin sekali lagi meledak gol kedua pada minit ke-52 selepas serangan Indonesia mudah dipatahkan dan Thailand melakukan serangan balas pantas.

Supachok Sarachart melarikan bola dari tengah memasuki kotak Indonesia namun sempat dikejar tiga pemain.

Supachok Sarachart tenang mengawal bola dan berpusing-pusing menunggu Chanatip Songkrasin tiba untuk melakukan penyudah sebelum tolakan dilakukan.

Selepas mempamerkan aksi padu Supachok Sarachart terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga dengan satu gerakan cantik.

Hantaran Philip Roller telah disajikan dengan satu dummy sebelum bola tiba di kaki Supachok Sarachart yang sudah bersedia merembat.

Rembatan leret melantun-lantun Supachok Sarachart dari luar kotak masuk ke penjuru kiri gawang Indonesia.

Bordin Phala akhirnya meletakkan namanya selakuk penjaring selepas menerima lorongan cantik Worachit Kanitsribumphen pabila pemain Indonesia gagal mengeluarkan bola dengan kemas.

Tenang sentuhan penyudah Bordin Phala untuk meletakkan Thailand empat gol dihadapan.

Thailand datang lagi namun dengan satu percubaan bahaya namun Nadeo Argawinata berjaya menghadang.

Indonesia mati kutu dan semakin tertekan, jelas Thailand jauh lebih baik dari segi teknikal pemain dan pengalaman berbanding Indonesia.

Ketinggalan menyebabkan Indonesia yang dibarisi ramai pemain muda nampak tertekan apabila mudah kehilangan bola dan gagal membuat keputusan dengan pantas.

Pasukan Garuda bukanlah tidak langsung melawan ada beberapa gerakan yang berjaya dilakukan melalui serangan balas namun gagal disudahkan.

Indonesia (4-2-3-1): Nadeo Argawinata; M Edo Febriansyah (Evan Dimas, 45โ€ฒ), Rizky Ridho, Fachrudin Aryanto (Elkan Baggott, 45โ€ฒ), Asnawi Mangkualam; Irfan Jaya (Ramai Rumakiek, 73โ€ฒ), Ricky Kambuaya (Egy Maulana Vikri, 63โ€ฒ), Alfeandra Dewangga, Rachmat Irianto (I Kadek Agung, 45โ€ฒ), Witan Sulaeman; Dedik Setiawan.

Simpanan: Evan Dimas, Ezra Walian, Kushedya Yudo, Egy Maulana Vikri, Victor Igboveno, Rizky Dwi Febrianto, Syahrian Abimanyu, I Kadek Agung, Ramai Rumakiek, Syahrul Fadillah, Hanis Sagara Putra, Elkan Baggott.

Pelatih: Shin Tae-yong.

Thailand (4-1-2-1-2) : Siwarak Tedsungnoen (Kawin Thamsatchanan, 75โ€ฒ); Weetarhep Pomphan, Kritsada Kaman, Phillip Roller, Tristan Do; Yusef Elias Dolah (Pokklaw Anan, 39โ€ฒ), Phitiwat Sukjitthammakul (Thitipan Puangchan, 61โ€ฒ), Bordin Phala; Chanathip Songkrasin (Worachit Kanitsribumphen, 75โ€ฒ), Supachok Sarachat; Teerasil Dangda (Supachai Chaided, 61โ€ฒ).

Simpanan: Kawin Thamsatchanan, Suriya Singhmui, Sarach Yooyen, Thitiphan Puangchan, Adisak Kraisorn, Thanawat Suengchittawon, Narubadin Weerawatnodom, Supachai Chaided, Worachit Kanitsribumphen, Pawee Tanthatemee, Pokklaw Anan, Picha Autra.

Pelatih: Alexandre Polking.

BACA:ย  Park Hang Seo: Malaysia vs Vietnam Adalah Final Awal