Tugas sukar dan sangat luar biasa untuk Indonesia dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2020 menentang Thailand selepas mudah dijinakkan dengan empat gol.
Lima gol perlu dicari Indonesia untuk menjadi juara dengan syarat mudah di mana Thailand tidak menjaringkan gol, jika itu berjaya dilakukan sang Garuda maka pasti akan menjadi kebangkitan terhebat dalam dunia bola sepak.
Dalam sidang media selepas perlawanan akhir pertama, Shin Tae Yong telah mengangkat tangannya dengan menunjukkan lima jari, mungkin bermaksud mereka mahu lakukan comeback dalam final kedua.
Indonesia tidak diperkuat oleh Elkan Baggott, Victor Igbonefo, Rizky Dwi, dan Rizky Ridho pada laga leg kedua final Piala AFF 2020. Empat pemain ini dilarang bermain oleh Pemerintah Singapura setelah dianggap melanggar sistem bubble Piala AFF 2020.
"Memimpikan Indonesia comeback melawan Thailand, seperti Barcelona kepada PSG adalah hal sia-sia."
"Perbedaan kelas, level, dan pengalaman serta semangat juang antara keduanya sangat besar. Saat ini, Thailand dapat menyatakan: Raja telah kembali,"
โ Soha (media Vietnam) ๐ฟ pic.twitter.com/DDsjxk6owX
โ Extra Time Indonesia (@idextratime) January 1, 2022
Kesungguhan Indonesia jelas ternampak untuk mencipta sesuatu, mungkin kebangkitan Barcelona ke atas PSG menjadi inspirasi.
Larian cantik penuh berseni Ramai Rumakiek di sebelah kiri kemudian menari-nari sebelum menghantar bola kepada Witan Sulaeman yang datang membantu.
Witan Sulaeman tidak memegang lama bola apabila melihat Ricky Kambuaya bersedia sudah di belakang, setting cantik terus dilakukan.
Ricky Kambuaya mempunyai masa dan ruang yang cukup lalu melepaskan rembatan leret yang tidak berbahaya dan tidaklah bergitu kuat.
Tetapi penjaga gol Thailand, Sirawak Tedsungnoen telah melakukan satu kesilapan budak sekolah apabila gagal menangkap bola dan terbias ke gawang sendiri.
A beautiful run by Ramai Rumakiek down the left, and an excellent finish by Ricky Kambuaya ๐โฝ๏ธ#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #THAvIDN pic.twitter.com/uWAWnPoQMu
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) January 1, 2022
Pada minit ke-7 Indonesia sudah mengurangkan defisit dan mampu untuk melakukan kebangkitan yang mereka perlukan.
Supachok Sarachart hampir menyamakan kedudukan dan mematikan semangat kebangkitan Indonesia pada minit ke-12 tetapi percubaannya diselamatkan palang.
Nadi dan penghubung bahagian tengan dan serangan Thailand, Chanatip Songkrasin dikawal dengan sangat ketat oleh pemain Indonesia sekaligus mengurangkan ancaman.
Sangat lain permainan Indonesia dalam perlawanan ini yang menampakkan jelas semangat mereka mahukan kemenangan dan memadamkan kelebihan Thailand.
Thailand masih lagi mampu bermain penuh tenang dan bersahaja dengan Indonesia mempamerkan permainan penuh berdisiplin.
Separuh masa pertama Indonesia mengusai perlawanan dan permainan menjadi milik mereka, Thailand tenang menyerap tekanan kerana masih lagi selesa memegang agregat 4-1.
Thailand melakukan pertukaran di separuh masa kedua apabila memasukkan Adisak Kraison untuk menambah sengat dibahagian serangan.
Took him just 9โฃ minutes on the pitch ๐คฏ#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #THAvIDN pic.twitter.com/6iJ8mq0GZW
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) January 1, 2022
Adisak Kraison tidak menunggu lama apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-54 apabila menyempurnakan bola muntah percubaan Bordin Phala.
Hanya sembilan minit sahaja diperlukan Adisak Kraison berada di padang untuk terus mengubah permainan.
Dua minit kemudian Saracht Yooyen terus membunuh perlawanan dengan gol kedua juga berpunca dari percubaan Bordin Phala yang dipatahkan.
Supachok Sarachart mengejar untuk mendapatkan bola dan dikasari pemain Indonesia, Saracht Yooyen terus merembat untuk gol kedua.
A 2โฃ minute double salvo to potentially secure the title ๐#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #THAvIDN pic.twitter.com/OrvvdcwKye
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) January 1, 2022
Berbaki 15 minit permainan, Thailand menguasai 64 peratus perlawanan dengan tenang bermain hantaran pendek demi hantaran pendek di kawasan Indonesia.
Selepas gol kedua Thailand, Indonesia terus shutdown dan mati kutu, hanya mampu bertahan menahan asakan Thailand.
Pemain masa depan Indonesia yang beraksi di Eropah, Egy Maulana Fikri kembali memberi nafas kepada Indonesia dengan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 10 minit.
What a finish! ๐ฎ๐ฉ#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #THAvIDN pic.twitter.com/38gFGFvp5R
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) January 1, 2022
Egy Maulan Fikri telah melepaskan satu rembatan dengan satu penyudah yang sangat cantik.
Mustahil untuk Indonesia memadamkan agregat 6-2 namun mereka menunjukkan kepada dunia bahawa mereka tidak akan tunduk dengan mudah dan berjuang hingga ke wisel penamat.
Thailand terus mencuba untuk mencari gol tambahan dengan saling bertukar hantaran di depan kotak Indonesia bagi mencipta peluang.
Indonesia cuba untuk menang dalam perlawanan kedua ini walaupun gagal bergelar juara, Ricky Kambuaya menerobos benteng Thailand dan dijatuhkan namun tiada sepakan penalti dari pengadil.
Akhirnya tiupan penamat ditiup lalu secara rasminya, Thailand muncul juara sebanyak buat kali keenam dan Indonesia muncul naib juara buat kali keenam.
Buat kali keempat, Thailand mengecewakan Indonesia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Badi final Indonesia berterusan.
Timnas Thailand: 23-Siwarak Tedsungnoen; 3-Theerathon Bunmathan, 15-Narubadin Weerawatnodom, 25-Pawee Tanthatemee, 6-Sarach Yooyen, 7-Supachok Sarachat, 11-Bordin Phala, 12-Thanawat Suengchitthawon, 18-Chanathip Songkrasin, 26-Kritsada Kaman, 10-Teerasil Dangnda.
Simpanan: 1-Kawin Thamsatchanan, 8-Thithiphan Puangjan, 9-Adisak Kraisorn, 13-Philip Roller, 16-Phitiwat Sookjitthammakul, 17-Janepob Phoki, 19-Tristan Do, 21-Sivakom Tiatrakul, 22-Supachai Chaided, 24-Worachit Kanitsribumphen, 27-Weerathep Pomphun, 28-Pokklaw A-Nan.
Timnas Indonesia (4-2-3-1): Nadeo Argawinata; Asnawi Mangkualam, Fachruddin Aryanto, Alfeandra Dewangga, Pratama Arhan; Rachmat Irianto, Ricky Kambuaya; Witan Sulaeman, Egy Maulana Vikri, Ramai Rumakiek; Dedik Setiawan
Indonesia 0-4 Thailand
Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 menemukan Thailand mewakili kumpulan A dan Indonesia yang menjadi wakil kumpulan B bagi mencari pasukan terbaik di Asia Tenggara.
Thailand mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan A dan menewaskan Vietnam 2-0 di separuh akhir pertama dan seri tanpa jaringan 0-0 lalu ke perlawanan akhir.
Indonesia yang bukan pasukan pilihan telah melakukan comeback sensasi apabila muncul juara kumpulan B dan menewaskan Singapura selaku tuan rumah dalam perlawanan penuh epik untuk ke final.
Ini merupakan final ke-6 Indonesia selepas 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016 di mana Indonesia terkena sumpahan untuk hanya menjadi naib juara sahaja.
๐ข #Accor Starting XIs | ๐ฎ๐ฉ Indonesia ๐ Thailand ๐น๐ญ
๐๐ก๐ข๐ฌ is it, the big one.
๐ The starting line-ups for both sides in the first leg of the #AFFSuzukiCup2020 final are in!
Who will come out on top today? ๐
#RivalriesNeverDie | #ALLsport | #IDNvTHA pic.twitter.com/RzEGsXqsQ0
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Thailand merupakan negara paling banyak bergelar juara iaitu sebanyak 5 kali, 1995, 2000, 2002, 2014 dan 2016. Tiga kali Thailand menewaskan Indonesia.
Final Piala AFF Suzuki 2020 merupakan pertemuan keempat Thailand dan Indonesia. Banyak badi Indonesia nak hapuskan ni.
Messi Thailand, Chanatip Songkrasin membuka tirai jaringan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 seawal minit kedua perlawanan.
Gol berpunca daripada permainan dari bawah dimulakan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata dan hantaran kepada rakan ditekan dengan permainan pressing Thailand sehingga kehilangan bola.
The skipper leading by example ๐#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #IDNvTHA pic.twitter.com/Y7hdjFrAD7
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Philip Roller membawa bola masuk ke kotak, Chanatip Songkrasin pantas datang mendukung mencari ruang.
Messi Thailand itu terus merembat dengan kaki kiri selepas menerima bola daripada Philip Roller.
Elias dollah melambungkan bola dan Bordin Phala terus melakukan voli dari sudut sukar, Nadeo Argawinatac sudah tertewas namun Asnawi Mangkualam tiba dengan aksi menyelamat di atas garisan gol.
Indonesia pula telah melakukan satu pembaziran apabila terlepas peluang terbuka ketika gawang terbuka luas dengan rembatan jauh melepasi palang.
End to end from Alexandrรฉ Pรถlking's men! ๐ฅโฝ๏ธ#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #IDNvTHA pic.twitter.com/m6EGYpYtup
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Lewat separuh masa pertama Bordin Phala telah melencongkan bola ke gawang Indonesia namun berjaya diselamatkan Nadeo Argawinata.
Chanatip Songkrasin sekali lagi meledak gol kedua pada minit ke-52 selepas serangan Indonesia mudah dipatahkan dan Thailand melakukan serangan balas pantas.
Supachok Sarachart melarikan bola dari tengah memasuki kotak Indonesia namun sempat dikejar tiga pemain.
Supachok Sarachart tenang mengawal bola dan berpusing-pusing menunggu Chanatip Songkrasin tiba untuk melakukan penyudah sebelum tolakan dilakukan.
Unstoppable from Supachok from outside the area ๐๐น๐ญ#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #IDNvTHA pic.twitter.com/teKEwH1UeN
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Selepas mempamerkan aksi padu Supachok Sarachart terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga dengan satu gerakan cantik.
Hantaran Philip Roller telah disajikan dengan satu dummy sebelum bola tiba di kaki Supachok Sarachart yang sudah bersedia merembat.
Rembatan leret melantun-lantun Supachok Sarachart dari luar kotak masuk ke penjuru kiri gawang Indonesia.
Bordin Phala akhirnya meletakkan namanya selakuk penjaring selepas menerima lorongan cantik Worachit Kanitsribumphen pabila pemain Indonesia gagal mengeluarkan bola dengan kemas.
Calm, composed, and clinical ๐#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #IDNvTHA pic.twitter.com/rXJcyQjtbp
โ AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 29, 2021
Tenang sentuhan penyudah Bordin Phala untuk meletakkan Thailand empat gol dihadapan.
Thailand datang lagi namun dengan satu percubaan bahaya namun Nadeo Argawinata berjaya menghadang.
Indonesia mati kutu dan semakin tertekan, jelas Thailand jauh lebih baik dari segi teknikal pemain dan pengalaman berbanding Indonesia.
Ketinggalan menyebabkan Indonesia yang dibarisi ramai pemain muda nampak tertekan apabila mudah kehilangan bola dan gagal membuat keputusan dengan pantas.
Pasukan Garuda bukanlah tidak langsung melawan ada beberapa gerakan yang berjaya dilakukan melalui serangan balas namun gagal disudahkan.
Indonesia (4-2-3-1): Nadeo Argawinata; M Edo Febriansyah (Evan Dimas, 45โฒ), Rizky Ridho, Fachrudin Aryanto (Elkan Baggott, 45โฒ), Asnawi Mangkualam; Irfan Jaya (Ramai Rumakiek, 73โฒ), Ricky Kambuaya (Egy Maulana Vikri, 63โฒ), Alfeandra Dewangga, Rachmat Irianto (I Kadek Agung, 45โฒ), Witan Sulaeman; Dedik Setiawan.
Simpanan: Evan Dimas, Ezra Walian, Kushedya Yudo, Egy Maulana Vikri, Victor Igboveno, Rizky Dwi Febrianto, Syahrian Abimanyu, I Kadek Agung, Ramai Rumakiek, Syahrul Fadillah, Hanis Sagara Putra, Elkan Baggott.
Pelatih: Shin Tae-yong.
Thailand (4-1-2-1-2) : Siwarak Tedsungnoen (Kawin Thamsatchanan, 75โฒ); Weetarhep Pomphan, Kritsada Kaman, Phillip Roller, Tristan Do; Yusef Elias Dolah (Pokklaw Anan, 39โฒ), Phitiwat Sukjitthammakul (Thitipan Puangchan, 61โฒ), Bordin Phala; Chanathip Songkrasin (Worachit Kanitsribumphen, 75โฒ), Supachok Sarachat; Teerasil Dangda (Supachai Chaided, 61โฒ).
Simpanan: Kawin Thamsatchanan, Suriya Singhmui, Sarach Yooyen, Thitiphan Puangchan, Adisak Kraisorn, Thanawat Suengchittawon, Narubadin Weerawatnodom, Supachai Chaided, Worachit Kanitsribumphen, Pawee Tanthatemee, Pokklaw Anan, Picha Autra.
Pelatih: Alexandre Polking.