Florentino Perez Anggap Haaland Hanya Setaraf Pemain Simpanan Real Madrid Sahaja

Presiden Real Madrid, Florentino Perez menegaskan yang Erling Haaland sebenarnya hanya setanding dengan pemain-pemain di bangku simpanan beliau sahaja.

Perez mengeluarkan kenyataan tersebut selepas kegagalan beliau mahu mendapatkan tandatangan pemain penyerang muda.

Juara saingan Champions League itu merupakan antara pasukan yang sebenarnya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat bekas bintang Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, dari begitu banyak kelab gergasi yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya, Haaland lebih memilih untuk menyertai Man City pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Citizens hanya mengeluarkan £51 juta sahaja untuk mendapatkan pemain kebangsaan Norway itu selepas mereka mengaktifkan klausa perlepasan dalam kontraknya bulan lalu.

Malang untuk Real Madrid sebenarnya mereka telah dipermain-mainkan oleh Kylian Mbappe yang memilih untuk mengubah fikirannya di saat-saat akhir.

Real Madrid tidak bersungguh mahu mengejar Haaland kerana mereka merasakan yang mereka sudah hampir pasti akan mampu membawa Mbappe ke Santiago Bernabeu.

Walau bagaimanapun, selepas Kylian Mbappe memutuskan untuk kekal bersama Paris Saint Germain, Real Madrid sudah tak boleh mengejar Erling Halaand kerana bintang Norway itu sudah menyertai Man City.

Perez kini menegaskan yang Real Madrid sebenarnya langsung tak pernah berminat mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.

Beliau merasakan Karim Benzema jauh lebih hebat dan Erling Haaland hanya layak untuk duduk di bangku simpanan sahaja dalam skuad Real Madrid.

“Kami sudah ada pemain nombor 9 terhebat dalam dunia bola sepak dan kami tidak akan berusaha mahu mendapatkan Haaland semata-mata untuk letakkan dia di bangku simpanan.”

Jelas Perez kepada El Chiringuito.

“Klausa dalam tempoh dua tahun? saya tak tahu. Sekarang kami langsung tak berminat melainkan untuk bina skuad terbaru dengan pemain muda yang kami ada dan penambahan satu dua pemain baru.”

Walaupun bunyi kenyataan Perez itu seakan-akan cemburu kerana gagal mendapatkan Haaland, namun pengurus Real Madrid itu sebenarnya lebih kecewa kerana gagal mendapatkan Mbappe.

Pemain kebangsaan Perancis itu sebenarnya dijangka akan menyertai Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini menerusi perjanjian perpindahan percuma.

Walau bagaimanapun, pada akhir musim lalu, Kylian Mbappe akhirnya mengubah fikiran beliau dan memilih untuk kekal bersama PSG,

Mbappe menandatangani kontrak yang sungguh luar biasa lumayan selama tiga tahun bersama Paris Saint Germain bermula musim baharu nanti.

“Impian dia adalah untuk bermain bersama Real Madrid, kami mahu melakukan itu pada Ogos lalu dan mereka tak benarkan dia pergi. Dia selalu kata yang dia mahu bermain bersama Madrid dan dia turut katakan hal sama pada 15 hari sebelum dia ubah fikiran dia.”

Tambah Perez lagi.

“Ini bukan apa yang Mbappe mahu, dia orang berbeza dan tentunya ada yang meracun dia untuk tinggalkan pasukan.”

“Dia dah berubah, dia terima tawaran lain, dia nampak tertekan dan dia seolah-olah pemain yang berbeza.”

“Dia seorang pemain yang hebat, dia boleh menang lebih banyak berbanding orang lain, tapi ini tentang pasukan dan kami masih ada maruah serta kami tidak mahu ubah apa-apa.”

Jelas sekali para penyokong Man City tentu tidak gembira dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perez itu kerana di mata mereka, Haaland merupakan pemain penyerang terhebat dalam dunia  bola sepak.

Haaland sendiri tentunya akan membuktikan sesuatu kepada peminat dengan beliau bertekad mahu memberikan yang terbaik dan menutup mulut para pengkritiknya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lompatan Anti-Gravity Haaland Berjaya Hasilkan Gol Yang Menakjubkan