Floyd Mayweather Terima Cabaran Khabib

Juara divisyen ‘Lightweight Ultimate Fighting Challenge (UFC), Khabib ‘Eagles’ Nurmagomedov mencabar Floyd ‘Money’ Mayweather untuk bertinju dengannya lalu melaungkan cabaran ‘dalam hutan hanya ada satu raja’.

Mayweather melalui laman instagramnya telah menyahut cabaran Khabib dan mahu menjadikkan Las Vegas hebat kembali.

Khabib melebarkan rekod tanpa kalah beliau dalam karier profesionalnya kepada 27-0 selepas menumpaskan pencabar, Conor McGregor.

Mayweather tidak perlu diperkenalkan lagi Lagenda Tinju dunia dengan rekod tanpa kalah dalam 50 pertarungan. McGregor mudah saja diayamkan Mayweather sehingga kehabisan stamina mungkin Khabib sukar sedikit.

https://www.instagram.com/p/Bo9QDzYAQOT/

Pertarungan tinju antara Mayweather dan McGregor dianggap pertarungan tinju termahal dalam sejarah dengan kedua-dua petinju membawa pulang hasil yang lumayan.

McGregor dilaporkan menerima $30 juta daripada pertarungan itu sahaja walaupun tewas pada pusingan ke-10 di tangan Mayweather.

Money talks. Pertarungan sarkas ini berjaya mengaut keuntungan yang banyak buat Mayweather dan McGregor

Mayweather pula hanya mampu tersenyum kerana dapat membwa pulang $100 juta menentang petinju yang belum pernah bertinju secara profesional sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah apabila kita melihat petinju dari pelbagai latar belakang cuba mendapatkan perhatian Mayweather untuk berada dalam satu gelanggang.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh CEO Mayweather, Leonardo Ellerbe, Khabib dipetik berkata beliau mahu bertarung dengan Mayweather kerana masing-masing mempunyai rekod tanpa kalah sepanjang karier.

“Ayuh Floyd. Kita harus bertarung sekarang. 50-0 lawan 27-0. Kita merupakan dua individu yang tidak pernah tewas. Tetapi dalam hutan, hanya ada satu raja sahaja.”

“Sudah tentu, saya adalah raja kerana Floyd tidak mampu menjatuhakn McGregor tetapi saya dengan mudah dapat melakukannya. Ayuh Floyd !”

Baca Juga

Baca Juga