FMLLP Nafi Kenyataan Hos TV9 Mengenai Jumlah Pasukan Tersingkir Di Liga Super

Telah tersebar berita kononnya hanya sebuah pasukan sahaja yang akan disingkirkan dari Liga Super musim 2018 ini dan ada penyokong Kelantan yang mula memasang angan-angan bahawa pasukan mereka akan kekal.

Maka terbitlah teori 4 mata dengan baki dua perlawanan lagi untuk terus kekal di Liga Super dan layak ke Piala Malaysia jika menamatkan saingan di tempat ke-11 carta Liga Super.

“TRW perlu 4 mata utk kekal liga super dan layak ke Piala Malaysia.. Sama2 kita doakn agar TRW dpt sekurangnya 4 mata.”

Lebih kurang ginilah harapan palsu yang muncul dari teori 4 mata.

Namun begitu Football Malaysia LLP pantas menafikan khabar angin itu yang menyatakan bahawa kenyataan yang di keluar oleh hos TV9 semasa siarang langsung perlawanan antara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan adalah tidak benar.

“Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Hos TV9 semasa siaran langsung perlawanan Kuala Lumpur menentang Negeri Sembilan di TV9 tadi berkenaan jumlah pasukan yang akan disingkirkan dari unifi Liga Super Malaysia.”

Dua pasukan tetap akan tersingkir dan hampir mustahil untuk Kelantan kekal melainkan menang 400-0 atau mungkin ada pertambahan pasukan di Liga Super musim depan itupun jika tiada perlawanan playoff. Main buah kalau babi pun boleh terbang.

“MFL ingin mengesahkan bahawa ada 2 pasukan yang akan disingkirkan daripada unifi Liga Super Malaysia 2018. Kenyataan oleh Hos tersebut adalah tidak benar.”

Baca Juga

Baca Juga