Footage Pergaduhan Ronaldo dan Cuadrado Selepas Juve Tewas Kepada Porto Tersebar

Secara tiba-tiba telah tersebar dan tular footage atau rakaman video pergaduhan antara Cristiano Ronaldo dan Juan Cuadrado di bilik persalinan ketika perlawanan menentang Porto.

Juventus telah dikejutkan oleh Porto dipusingan 16 terbaik Champions League pada musim 2020/21 walaupun di atas kertas seperti mendapat laluan mudah untuk ke suku akhir.

Juventus pada ketika itu hadir untuk perlawanan kedua pusingan 16 terbaik selepas tewas 2-1 di Portugal pada perlawanan pertama.

Segalanya tidak menjadi untuk perlawanan kedua buat Juventus di Allianz Arena dan pada ketika itu Andrea Pirlo masih lagi bergelar pengurus.

Tamat 45 minit pertama, Juventus ketinggalan 1-0 hasil jaringan Sergio Oliveira pada minit ke-19 melalui sepakan penalti dan secara agregatnya menjadi 3-1 berpihak kepada Porto.

Satu dokumentari yang bertajuk ‘All or Nothing: Juventus’ telah merakamkan detik yang penuh menakjubkan yang sarat dengan emosi dan mentaliti mahukan kemenangan yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo.

Lantaran itu terjadi pergaduhan mulut antara Cristiano Ronaldo dan Juan Cuadrado selepas Ronaldo menuntut pasukan untuk beraksi lebih baik.

Cristiano Ronaldo nyata dan terbukti tidak gembira dengan persembahan separuh masa pertama Juventus.

Ronaldo: “Kita perlu bekerja lebih keras. Apa itu sial! Kita langsung tidak bermain! Tak buat apa-apa!”

Juan Cuadrado memegan bahu Ronaldo untuk menenangkan beliau namun Ronaldo terus beremosi dan membawa kepada pergaduhan mulut.

Cuadrado: “Jangan risau”

Ronaldo: “Kita main po taik! Sokmo (selalu) gitu!”

Cuadrado: “Kau patut jadi contoh untuk semua orang”

Ronaldo: “Termasuk aku juga main po taik. Kita perlu memberitahu perkara sebenar antara satu sama lain, kito main po taik! Ini perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu ada personaliti.”

Pirlo kemudian masuk ke dalam bilik dan menegur kedua-dua pemain supaya tidak terjadi pergaduhan fizikal.

Pirlo: “Cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini, mari kita pergi. Cukuplah, Cri. Cukuplah, Juan. Kita perlu bertenang dan bersabar. Kita akan meneruskan semangat ini, tetapi tanpa berbalah, dengan postur seseorang yang mahu menang.”

Ketenangan telah diwujudkan oleh Andrea Pirlo yang mahu semangat dan emosi itu ditukar kepada aura positif di dalam padang.

Hasilnya Juventus berjaya bangkit dan menewaskan Porto 3-2 namun malang sekali Juve tetap tersingkir dengan peraturan gol di tempat lawanan selepas terikat agregat 4-4.

Rakaman turut merakamkan reaksi Ronaldo selepas perlawanan dan jelas ternyata Ronaldo sangat kecewa. Mungkin menangis teresak-esak sambil rakan sepasukan yang lain nampak sugul.

Dalam perlawanan tersebut Cristiano Ronaldo teruk dikritik dan dikecam kerana beraksi dengan hambar sekali, Selain dari mencatatkan assists untuk jaringan dari Federico Chiesa.

Cristiano Ronaldo jelas tidak berfungsi dalam perlawanan tersebut dan terus dibelenggu masalah badi prestasi setiap kali bertemu Porto.

Pemain kebangsaan Portugal itu jugatelah dipersalahkan atas penyingkiran Juventus dari saingan liga Juara-juara musim lalu.

Beliau dianggap punca kepada gol jaringan Sergio Oliveira pada masa tambahan kerana tidak membuat benteng dengan betul.

Oliveira melepaskan rembatan leret dari jarak yang agak jauh untuk menewaskan Wojciech Szczesny dengan bekas penjaga gol Arsenal itu gagal untuk menepis keluar bola tersebut.

Ronaldo dan Szczesny berdepan dengan kritikan teruk dari kalangan peminat selepas kedua-dua mereka gagal memainkan peranan masing-masing sehingga bolos gol penting yang menyebabkan mereka tersingkir.

Itulah kisah lama Ronaldo dan Juventus, kini Ronaldo telah kembali ke Old Trafford untuk menjadi Setan Merah kembali, pasti Ronaldo tiap perlawanan mengamuk dengan Harry Maguire dan juga gandingan McFred yang tidak masuk akal.

BACA:  Kroos Dedah Apa Yang Beliau Bualkan Bersama Ronaldo Selepas Tamat Perlawanan Jerman Bertemu Portugal