Beberapa minggu ini Football Leaks telah membuat pendedahan yang menggemparkan dunia bola sepak dan terbaru pendedahan membabitkan pemain pertahanan Real Madrid yang merupakan juara UEFA Champions League(UCL) sebanyak 3 kali berturut-turut.
Sebelum ini pasukan seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain menjadi sasaran pendedahan yang di buat oleh Majalah dari Jerman, Der Spiegel melalui kolum mereka Football Leaks.
Sergio Ramos dilaporkan telah gagal ujian saringan dadah di final UEFA Champions League(UCL) musim 2016/17 selepas Real Madrid berjaya menewaskan gergasi Italy, Juventus 4-1 di perlawanan akhir.
Pemain pertahanan Sepanyol itu telah disahkan positif ujian dadah jenis dexamethasone tetapi UEFA telah mengambil keputusan untuk menyembunyikan perkara tersebut seperti tiada apa yang terjadi.
Breaking | Football Leaks Headline: Sergio Ramos (Real Madrid) allegedly failed a drugs test which he took the day before the 2017 Champions' League Final & UEFA covered it up. More follows.
— Get French Football News (@GFFN) November 23, 2018
UEFA Anti-Doping Unit juga dilaporkan telah menghubungi Sergio Ramos untuk meminta penjelasan dan maklum balas dari Ramos diaktakan agak membimbangkan. Entah menda dibimbangkan.
Ramos menyatakan bahawa segala perincian kes ini telah dilampirkan dalan laporan perubatan beliau.
“Aku harap ini(laporan perubatan) akan menjelaskan keadaaan sebenar.” Ujar Ramos.
Kotemporari ini, dexamethasone dibenarkan untuk digunakan sebelum perlawanan selagi penggunaanna dilaporkan oleh doktor pasukan di mana Real Madrid gagal untuk melakukan pada ketika itu.
Jika pemain dikesan menggunakan dexamethasone dalam badan mereka tanpa laporan yang betul maka mereka akan disiasat untuk penyalahgunaan dadah.
Malang dan powernya Ramos dan Real Madrid terlepas dari sebarang penyiasatan.
Menurut Football Leaks lagi, doktor telah menulis surat permohonan maaf kepada UEFA Anti-Doping Unit dan telah diterima baik permohanan maaf itu, di mana UEFA merumuskan bahawa ini merupakan satu kesilapan pengurusan.
Uefa: Ramos' positive doping test after CL final an 'admin mistake' https://t.co/sGaRJYV8Dt
— The Independent (@Independent) November 23, 2018
Menurut surat balas dari UEFA hanya :
“Di masa depan kami memohon anda dan pasukan perubatan anda supaya lebih berhati-hati apabila mengisi borang kawalan dadah dan membuat pengistiharan penggunaan ubat dengan lebih tepat.”
Watch out, new Football Leaks is doping bomb.
In brief:
– irregularities in doping test on Ramos after 2017 final
– irregularities in random doping test on Cristiano +10 before Champions R16
– irregularities in doping test on Ramos last april 15https://t.co/TWFGHOJXRb— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) November 23, 2018
Football Leak menyifatkan bahawa aura yang ada pada pemain dan pasukan Real Madrid telah menjadi impak terbesar kenapa mereka boleh terlepas dari insiden ini dan ini bukan kali pertama Real Madrid terlibat dalam isu doping.
Pada bulan Februari 2017, Cristiano Ronaldo telah meluahkan kekecewaan terhadap staf UEFA dalam mengendalikan ujian doping dan telah mewujudkan ketegangan,
Bagi meredakan ketegangan di tempat ujian doping, Real Madrid telah menggunakan doktor mereka sendiri untuk membuat ujian akhir dan ini ternyata sangat bertentangan dengan peraturan.